Ziarah Tan Sri Jins Shamsudin

Thursday, 3:50 pm

Pagi semalam, aku ke rumah Tan Sri Jins Shamsudin. Pihak ofis ada buat ziarah sebab kesihatan beliau yang kurang sihat. So I followwwwwwww…….. [kebetulan aku yang kena belikan hamper raya dan cashkan duit sumbangan untuk beliau]

Tapi bila tengok luaran, dia nampak sihat walafiat. Masih segak bergaya…

P1050560_thumb6

Presiden GAFIM terkini, Jurey Latiff Rosli sedang mendengar cerita dari pengasas selaku Presiden pertama GAFIM sambil didengar oleh Setiausaha Agung GAFIM, Yusof Kelana.

 

Kisah ziarah ni, korang boleh baca lebih lanjut kat MStar online.  Kat sini aku akan cakap from my view sahaja..

P1050552_thumb9

menyelit bergambar time2 dorang tengah syiok berborak… Hehehehe.. Kat situ ada (dari kiri) Ong Peng Chu, Martias Ali, Jurey Latiff Rosli, Yusof Kelana, Tan Sri Jins Shamsudin, Dato’ M. Daud Wahid & Khir Md Noor

 

Panjang masa yang dihabiskan di rumah Tan Sri. Dari pukul 10 pagi kami sampai, pukul 12 tengahari baru mengundur diri. Dalam waktu itu, macam² cerita yang kami dengar dari mulut Tan Sri, kisah beliau melibatkan diri dalam dunia seni sejak dari dulu, persatuan² yang telah berjaya Tan Sri tubuhkan dan masih berdiri hingga sekarang termasuklah FINAS dan GAFIM. Ceritanya bahawa Tan Sri P.Ramlee adalah gurunya. Tan Sri P.Ramlee lah yang mendidik beliau dahulu. Tan Sri Jins Shamsudian tak habis² menyebut tentang filem pertama yang dilakonkan oleh beliau seolah² hidupnya hanya ada seni dan FINAS.

Ralit sungguh aku menumpang dengar.

P1050561_thumb8

Buku yang menjadi kebanggaan Tan Sri..…

Ada jugak kisah lucu yang berlaku pada haritu. Memandangkan Tan Sri yang tak dapat mengecam kawan²nya, maka mereka masing² bergurau bertanya tentang diri masing². Dengan konfiden dia menjawab walhal orang yang ditanya semuanya ada depan mata. Tapi, hari ni rasa lucu sebab dia masih segar dan segak. Tapi bila dia sakit nanti, perasaan lucu tu mungkin takkan timbul lagi… Huhuhuuhu sedih..

 

P1050565_thumb6

Wartawan RTM dan Awani turut serta dalam ziarah kami

 

Walaupun Tan Sri tak kenal orang, tapi dia meraikan setiap orang yang datang ke rumahnya. Dia berpura² kenal setiap dari mereka. Setiap yang ditanya oleh wartawan, dia menjawab dengan segak dan bergaya. Setiap pose yang disuruh, dia memberi kerjasama dengan cukup baik. Tan Sri memang legend!~

Kata Puan Sri, setiap hari pun beliau akan bangun dari tidur dan bersiap² untuk keluar bekerja. Dan setiap hari jugak Puan Sri kena explain kepadanya bahawa dia tak perlu buat semua tu lagi. Dia hanya perlu berehat. Kadang² bila mendengar cerita tentang sakit Tan Sri Jins Shamsudin ni, aku terkenangkan arwah abah. Dulu, waktu abah masih hidup, beginilah keadaannya. Lupa. Lupa siapa orang² disekelilingnya, lupa rumahnya. Yang dia ingat, hanya memori lama…

 

P1050554_thumb9

Sesi  menyampaikan sumbangan dari GAFIM atas memperingati dan menghargai jasa Tan Sri kerana menubuhkan GAFIM.

 

P1050571_thumb12

Bilik bacaan Tan Sri.. shoot gambar konon² sedang membaca untuk 2 orang anak beliau Jebat dan Nadim

 

Tapi, walaupun Tan Sri ‘lupa’, beliau tetap ingat setiap buku beliau. Waktu kami berkunjung, beliau ada keluarkan 3 biji buku. Accidently, salah satu buku telah diletakkan di meja yang lagi satu. Bila beliau sedar, bukunya hanya tinggal 2, cepat² dia tanya mana bukunya yang lagi 1? Ini menunjukkan kecintaannya terhadap barang kesayangannya yang mendalam. Aku kagum!~

Kata Puan Sri dan anak²nya, beliau terlalu menghargai barang. Hinggakan setiap goodies bag yang dibawa balik dari mana² jemputan, akan disimpan rapi sampai sekarang masih ada lagi. Anaknya pulak cerita, waktu dia menyelonggarkan surat² yang disimpan oleh Tan Sri, dia terjumpa kad jemputan perasmian pembukaan pejabat dari Skop Production. Bayangkan dah berapa lama Skop Production wujud dalam dunia seni, tapi kad tu masih elok disimpan. Agaknya, Skop Production sendiri dah tak simpan kad tu…

Banyak lagi kisah² peribadi Tan Sri yang aku dapat menumpang dengar semalam. Ya Allah, aku berbangga sebab dapat menziarah ke rumahnya semalam….

P1050569_thumb2

Eh, menyelit jugak… Tapi dulu dah pernah bergambar dengan Tan Sri masa FFM24. Tension aku Khir Md Noor kata aku orang indon, apakah?

Tapi kan tapi… ziarah kami dapat BONUS bila Tan Sri Jins Shamsudin nyanyikan lagu raya untuk kami semua… walaupun kedengaran sangat uzur tapi masih merdu dan lunak suara Tan Sri Jins Shamsudin. Aku ada rekod videonya tapi tak tahu ler bila plak rajin nak upload ke Youtube. Sila request sepaya aku rajin nak upload.

Apapun, aku berdoa semoga Allah tetap panjangkan umur beliau dan memberinya kesihatan yang stabil. Aminnnnn!~

Sekian,
This entry was posted in Diary. Bookmark the permalink.

13 Responses to Ziarah Tan Sri Jins Shamsudin

  1. akubiomed says:

    Wah ulasan ini lebih detail dari akhbar seolah-olah saya turut berada sesi bertemu Tan Sri Jins Shamsudin.

    Nampak gaya filem Pasir Salak yang ingin belaiu arahkan tak dapat dilaksanakan dengan keadaan kesihatan beliau sekarang ini. Saya difahamkan beliau membuat kajian mendalam mengenai peristiwa Pasir Salak. Saya berharap karya ini dapat difilemkan suatu hari nanti.

  2. nanan says:

    eh sd keje mana ek
    Sian tgk dia kan
    Penah bkerja dengan dia masa kat finas dulu

  3. Dee says:

    untunglah kerja ngan artis..hehehe..apapun..moga tan sri jins cepat sembuh..

  4. yatie says:

    suka tgk citer Jefri Zain

  5. wida says:

    ada tgk kat berita awani pasal sakit lupa tan sri jins ni..

    rupanya sis ikut jugak yer..

  6. ruziela says:

    salam… sw… sedey la bile tgk tan sri nie kan.. dulu sorg yg ceria.. bersuara lantang dalam politik atupon perfileman.. tp sekarang hanya kenangan lama yg dingatinya… sw sekarang berapa erk umur tan sri?… dh menjangkau ke 80 thn ker?… sw.. kalu org2 mcm ogy nie nk dtg melawat rumah tan sri boleh ker.. or sw nk dtg lagi ke sana…?.. coz ogy nk ikut.. la.. kalu x keberatan lh x sentkan ogy alamt tan sri.. ingt kalu ada masa nk pergi melawat la…. tq sw

  7. Seorang insan yang bergelar seniman. memperjuangkan seni perfileman melayu di mata tanah air khususnya harus di banggakan.

  8. mat tropedo says:

    hidup untuk seni.itu kata2 pencinta seni..tapi kita kena ingat kata2 dari alim ulama . bila meninggal kita akan di tanya tentang umor kita..apa yg kita gunakan umur kita semasa hidup…untuk seni atau untuk agama..fikir2kan lah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: