Han Yu-Min adalah gadis yang ditinggalkan oleh makcik pembantu kedai setelah kematian ibunya di stesen keretapi. Dia ditemui oleh sepasang suami isteri yang miskin. Pasangan itu akhirnya meninggal dunia dan ibu angkat Han Yu-Min lari meninggalkan dia dengan seorang adik lelaki yang mengidap sakit buah pinggang. Demi membiayai perubatan adiknya, Han Yu-Min telah bersusah payah bekerja siang dan malam.
Secara kebetulan dia bertemu dengan 2 orang lelaki, adalah anak makcik yang pernah meninggalkan dia di stesen keretapi dahulu. Mereka saling jatuh cinta tanpa mengetahui hubungan silam masing-masing. Namun, setelah datuknya yang pernah melarang hubungan ibu dan bapanya, menyuruh ayahnya yang hilang ingatan untuk mencari semula cucu yang ditinggalkan. Takdir telah menemukan mereka, tetapi sikap tamak mereka tidak pernah tamat sejak dulu.
Segala rahsia terpaksa dibongkar setelah ayah Han Yu-Min mula mengingati kenangan lalu sedikit demi sedikit dan akhirnya menyebabkan masing-masing menderita.
Teerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrbeli cerita ni sebab nak cukupkan quota Buy1 Free1.. Walaupun permulaannya memang boring, mungkin jugak sebab aku tak baca sinopsis cerita ni dah tak tahu motif perjalanan cerita ni. Selain dari pelakon yang tak membuka selera, tapi dah alang membeli kenalah menonton sampai abis. Actually jalan cerita not bad. Di akhir cerita, kita teringin nak tahu apa kesudahan dan akibat yang diterima oleh orang yang tamak. Yang sanggup meninggalkan budak berumur 4 tahun seorang diri di stesen keretapi semata-mata kerana merebut harta pusaka kanak-kanak tersebut.
Kalau nak beli CD, aku tak rekemen. Tapi kalau dah boring sangat takde story nak tengok silakan laa menonton My 19 Year-Old Sister-In-Law…



hehehe ingtkn tn blog yg dpt SIL umo 19…
suspen kann…. ? ehehehe
Lor…along ingat memang amy dapat kak ipar umur muda camtu..adoii…citer korea rupanya…
cite korea rupenya..hiks
hiks hiks hiks
aduhh memang suspen ini tajuk..hahahhaa
sajer bikin suspen hehehehe….
ingatkn kak amy dapat kakak ipar 19 taun… dah pernah tengok, tapi dah lupa jugak jalan cerita ni…
hmmmmm… sebab tak berapa menarik laa tu, sampai lupa.. hehehe