Tutorial Jahitan Pinggang Kain

Lagi 8 hari nak raya.  Ada yang masih menjahit baju ke?

“Adaaaaa” jawab orang tu… hehehehe

Baiklah, hari ni nak tutor lagi khas untuk kawan2 yang minat menjahit…

Ada 2 formula, satu formula adalah zip di bahagian tepi tak kira kiri atau kanan.  Dan lagi satu formula adalah zip belakang.  Tapi kali ni, aku tunjuk jahitan pinggang untuk zip tepi.

027

Tetas jahitan penyambung kain sebanyak lebih kurang 8”.

028

Pin kan zip pada kain.  Tips, kalau zip terletak sebelah kiri sisi kain, rapatkan lipatan kain pada zip bahagian kiri.  Kalau zip terletak sebelah kanan sisi kain, rapatkan lipatan kain pada zip belah kanan.

029Pin kat lipatan kain sebelah kanan lebih besar supaya menutupi zip.  Jika zip terletak sebelah kanan sisi kain, lakukan sebaliknya.

031

Jahitkan keliling zip yang telah dipinkan tadi.

BAHAGIAN PINGGANG

imagePotong kain perca untuk alas pinggang, ukuran seperti gambarajah di atas

033Letakkan lapisan kain tadi seperti di atas.  Lebihkan 4” dibahagian zip rapat.  Jahit sambungan.

image

Tambahan: boleh letakkan reben penyangkut sisi kain kiri dan kanan.

image

Kiraan getah + pengeras untuk zip tepi

  1. PENGERAS = ukuran pinggang bahagi 2 + 2” + 1/2”
  2. GETAH = ukuran pinggang bahagi 2, 1 bahagian potong 2 bersamaan 3 keping getah ATAU baki ukuran pengeras
  3. Atur dan sambung seperti di atas

ATAU potong pengeras ikut ukuran jarak dart ke dart depan dan belakang, panjang getah pula  adalah ukuran pinggang – panjang pengeras.

image

image

Pengeras 2” (atau ikut suka) diletakkan di bahagian alas pinggang yang telah dilebihkan 4” tadi.  Lipat seperti gambarajah, jahit dibahagian hujung (jangan terkena pengeras).  Terbalikkan lipatan tadi, (perngeras berada di bahagian dalam kain) dan jahitkan keliling.

image

Jahitkan pengeras pada basi kain dan alas yang telah dicantumkan.  Kedudukan pengeras pada kain adalah di antara dart kiri dan kanan bahagian hadapan kain dan dart kiri dan kanan belakang kain.

image

Lipatkan alas pinggang tadi seperti di atas.  Pinkan.

imageJahit sekeliling pinggang di bahagian pengeras sahaja.

image

Lakukan lipatan yang sama pada bahagian pinggang, tetapi pastikan jahitan dibahagian bawah tidak terkena langsung pada getah supaya getah dapat ditarik.

image

Akhir sekali, tarik kain pada bahagian getah semaksima yang boleh, jahit bahagian tengah getah.

045

Siap jahitan pinggang pada kain….!!!~

Semoga tutorial ini sangat membantu.  Terima kasih.  Smile

Sekian,
This entry was posted in Diary. Bookmark the permalink.

18 Responses to Tutorial Jahitan Pinggang Kain

  1. wida says:

    blur…(sadisnya..ai x pndai m’jahit)
    ni buat tuto untuk kak mya tu ker?

  2. en_me says:

    rajinnyerr makkk (menjahit dan mengajar tutorial menjahit) .. ekeke

  3. Dee says:

    fuyoo…dah terer ar ko jahit..smpi boleh bagi tutorial tu..

  4. wahida says:

    hebat la ko nok…nnt ada rezeki ko bukak kelas lak yer…

  5. noriz says:

    aku dah lama gile tak jahit, rasa dah kematu tangan, dah berabuk skill…huhu

    maintain ok…nanti leh bukak butik :)

  6. eLLy says:

    tak lama lagi bila ko dah betul2 PRO boleh la bukak kelas jahitan khas for blogger ;)

  7. bitt says:

    saluttttttttttttttttt….boleh kasi tutorial jahit baju pulak tak? ehhehe baju kurung biasa2 jek… ;)

  8. Lyn Yusoff says:

    classss..
    lepas ni semakin byk tutorial jahitan dr u :)

  9. DZ says:

    singgah cari ilmu jahit kain baju kurung… :) tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: