Trip Korea Day 1 : Lian Hostel

Nak cerita pasal accommodation aku sepanjang di Seoul.

Pilihan yang tepat!

Ada 3 line subway kat situ. Line 1, Line 3 dan Line 5. So kalau ada destinasi ke mana² pun dah less tukar subway. Tapi subway utama kat Lian Hostel ni adalah Line 5. Keluar exit 6 tu jalan tak sampai 5 minit dah jumpa hostel. Just kat belalang restoran tepi exit tu jer.

214.062

Nampak tak exit 3 kat belakang aku? Tempat aku berdiri adalah exit 6. Kat sini ada 7E, ada gerai² minum soju yang glamer dalam drama² tu. Balik malam tension keje singgah minum pekena soju dengan side dishes. Hahahaha meriah sangat!~

 

Aku dapat Lian Hostel dari Booking.com. Tapi venue ni hasil dari pembacaan kat blog² yang arif pasal Korea, katanya kalau nak menginap di Seoul, Jongno adalah tempat terbaik untuk dipilih sebab terletak di antara banyak tempat² yang dapat dilawati.

Antara tempat² yang ada di sekitar Jongno adalah Gwanghamun termasuklah Gyeongbokgung Palace iaitu istana utama di Seoul. Nak ke N Seoul Tower pun tak jauh dari situ hanya few subways jer.

01.01

Bilik tak besar mana pun, muat² laa untuk balik terus tidur. Bilik air ada sekali dalam setiap bilik so tak payah susah² nak share dengan orang luar.

Kat Lian Hostel pun disediakan mesin basuh kot² nak cuci baju tapi ada 1 malam tu aku balik nak cuci seluar tapi dah tutup plak. Agaknya sebab dah lewat sangat. Yelaa… kita datang nak berjalan, balik dah tentulah lewat malam. So mana nak cari masa nak membasuh ye tak. So aku cuci skit jer kat tempat kotor & jemur dalam bilik air.

Katil memang nampak kecik tapi insya allah muat untuk 2 orang. Lebih dari tu memang tak muat lah. Nak nyelit atas lantai pun tak muat rasanya. Dalam bilik ada mini fridge, kettle. Ada TV jugak tapi tak pernah bukak pun TV sepanjang kat Seoul ni. Aku balik memang terus tidur jer sebab budget esok pagi nak bangun awal.

Lian Hostel very friendly. Aku bawak plug cable tapi tak sesuai plak untuk Korea, so tanya reception kat mana nak beli la. Tup² diorang kasi pinjam. Memang dah simpan stok untuk guest. Waahhhh good good sangat. Payung pun disediakan untuk guest yang nak keluar waktu hari hujan.

01.02

Tayang gambar hari terakhir kami di Lian Hostel. Budak ni dari China ambil part time kat sini tapi ntah kenapa aku lebih mesra dengan dia berbanding si Daniel pengurus Hostel Lian ni. Hehehe faktor jantina agaknya.

OK, kat sini aku sertakan maklumat Lian Hostel. In case korang boleh terus direct booking dengan diorang. Compare dulu harga dengan ejen atau direct booking mana yang lebih murah. Dalam kes aku, aku memang takde direct contact dengan diorang so memang terpaksa booking online.

Hostel Li-An

19, Donui-dong, Jongno-gu,

Seoul, 110-330

Email: lianhostel@gmail.com

 

Harga semalaman untuk bilik yang aku duduk 50,000 won. Bahagi plak dengan 2 pax so aku kena bayar 25,000 won jer untuk 1 malam.

Sekian,
This entry was posted in Diary. Bookmark the permalink.

6 Responses to Trip Korea Day 1 : Lian Hostel

  1. fara says:

    Wah, kental akak travel dan urus semua sendiri..sy pergi haritu guna agent sebab tak rajin nak arrange tapi ‘sakit’ la kumpul duit..hehehe…jemput singgah blog sy untuk catatan perjalanan di sana..salam kenal dan salam singgah tinggal jejak…:)

    • sw33tdarling says:

      nak jimat duit farah, kena laa korban kan otak dan fikiran buat semua sendiri. bukan senang, bukan kejap.. hehehe

  2. fara says:

    tulah, kalau ada rezeki nak pergi lagi tapi arrange sendiri je…lagi banyak tempat boleh pergi kan?hehehe..

    • sw33tdarling says:

      Fara, akak dah visit blog awak tapi tak boleh comment sebab akak pakai hosting sendiri. sorry ya

  3. bukan kat exit 3 tu tempat ji hoo lari dari gary nak ke exit 5? tempat dye duk main cak cak, tempat dye duk minum air dalam cafe??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: