Trip Korea Day 1 : Itaewon

Kalau korang baca entry pertama untuk hari pertama di blog aku ni, korang akan nampak itinerary yang aku tampal kat situ.

Kalau nak ikut pada itinerary asal, selepas check-in di Lian Hostel kami sepatutnya ke Namsagol Hanok Village seterusnya ke N Seoul Tower. Tapi memandangkan cuaca baru lepas hujan, budak Cina Lian Hostel nasihatkan supaya tukar ke tempat lain. Katanya jalan pun licin tak sesuai nak mendaki ke tower tu. Mendaki?? Bukan nak naik cable car ke? Hehehe yang tu nanti kita citer.

Sebab kedua pulak bila cuaca selepas hujan ni, pemandangan pun kurang cantik dari atas sana. So OK laa.. kita tukar itinerary petang hari pertama dengan hari kedua. So kita santai² ke Itaewon dulu.

Memandangkan kami pun belum lunch lagi, so elok jugaklah kita ke Itaewon makan kat Restoran Murree yang glamer sangat tu… Lunch ke dinner kalau pukul 5 petang tu? Hahahaha… sendiri tanggung laa ya. Adat laa kalau travel, time makan dah jadi tak menentu. Siapa yang tak tahan lapar tu siap laa bekalan. Nasib baik kami berempat ni jenis yang boleh tahan perut.  Yang ni pujian.

038

Destinasi pertama kan… tengah excited lagi nak bergambar sakan kat subway ni… Eh lupa nak pesan. Korang takyah nak sebut train ke keretapi ke bila nak tanya orang Korea ni.. Memang kalau dah namanya subway, subway jer laa yang dorang faham. Tips hari ini. Hehehe

042

Dah namanya Itaewon, katanya tempat tumpuan pelancong lebih² lagi yang Muslim. So memang banyak kedai² makan yang tulis Halal kat sini. Tapi jangan korang nak cari tanda halal jakim ke nak mintak dorang sahkan halal betul ke tiruan ke.

045

Banyak yang aku baca sebelum datang ke Korea ni, termasuk blog² pelajar kita yang ada kat sana. Pesan diorang, kita ni tak boleh nak terlampau was² atau berat hati nak makan samada boleh ke tidak.

Mana² kedai boleh masuk cuma pesan kat diorang taknak daging/pork, taknak arak. Pastu makanlah tanpa was². Soal sudu garfu pinggan dan mangkuk ni, asalkan bersih sudah memadai. Kalau tanak, maknanya kena bawak lah bekas sendiri.

“Gogi um-mou-go yoo” – saya tak makan daging

“Li yori gogi/ham/ssseul innayo?” Makanan ini ada daging/ham/arak?

Tapi bila dah datang Itaewon ni rasanya takde masalah was² laa kan? Siap kitorang boleh makan daging lagi. Itulah satu²nya menu daging kitorang sepanjang kat Korea. Ingatkan nak makan lepas 2-3 hari kat sini, apakan daya. Rezeki hari pertama terus makan daging. Tak craving laa… Hahaha

046

049

049.01

Total makan kitorang kat Murree 69,000won. Huurmmmm jangan convert laa. Kalau convert memang tak sampai hati nak telan. So andaikan sahaja RM69. Habis citer. Lagipun kalau bahagi 4 baru 17,250won. Aku punya budget makan sehari 20,000won so masih dalam budget…. hehehe

So siap makan, kitorang terus tuju ke masjid. Satu²nya masjid kat Seoul ni. Rugi sebagai umat Islam kita tak melawat Masjid kat negara orang nak² negara yang bukan Islam. Lagi rugi kalau tak dapat solat. Huhuhu…

Bergambar kat luar je laa jawabnya. Betul² punya luar ni…. Sampaikan tak naik ke atas sana sebab aku ingatkan naik terus masuk masjid. Aigoooooo

050.01

050

Puas bergambar kat masjid, kitorang patah balik ke subway. Tujuan nak ke Dongdaemun. Tapi sebab masa awal lagi, kitorang singgah dulu ke Cheonggyeocheon Stream. Takpelah, dah ubahsuai itinerary. Plan B or Plan C memang patut ada pun sebab percutian ni melibatkan cuaca. Kalau tak sesuai memang patut ubah.

Bukan takat cuaca jer, masa jugak memainkan peranan penting. Lari masa bermakna lari laa itinerary kita. Maka, HARGAILAH MASA!!!!!

May 3, 2014 | itaewon by sw33tdarling on Keek.com

Direction:

Dari Jongno 3(sam) ga Station ambil Line 3 ke Yaksu. Tukar ke Line 6, turun ke Itaewon exit 3. Keluar jer dari exit terus je depan nampak Dunkin Donuts masuk simpang ke kanan. Jalan terus lagi nampak kedai dalam gambar pertama, terus lagi nampak parking space sebelah kanan, masuk simpang kiri. Naik bukit skit, nampak kedai Siti Sarah sebelah kiri. Murree di sebelah kanan. Jalan ke depan lagi akan jumpa masjid.

 

 

**entry pertama dah update dengan video keek. Sila terjah kalau nak layan video dalam KTX

Sekian,
This entry was posted in Diary. Bookmark the permalink.

2 Responses to Trip Korea Day 1 : Itaewon

  1. mamatisya says:

    mmg dkt itaewon senang mkn sbb byk restoran halal…guesthouse kami dlu kt itaewon…tk naik ek kt atas masjid tu…kami naik smp atas

    • sw33tdarling says:

      tak naik… :( :( :(
      sob sob sob

      ruginyaaaaa sbb mati2 ingatkan naik terus masuk masjid. tak expect kat dalam bangunan ada bangunan lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: