Trip Korea Day 1 : Cheonggyeocheon Stream & Dongdaemun

Cheonggyeocheon Stream memang dalam itinerary hari pertama. Tapi sebab masa pun awal lagi nak ke Dongdaemun, maka kita ke Cheonggyeocheon Stream dulu. Lagipun katanya Dongdaemun buka 24 jam. So kalau lambat² ke sana pun takde masalah.

Esok punya itinerary kita tak tahu lagi macamana, so mana yang sempat kita terjah, kita dulukan.

Nak ke Cheonggyeocheon dari Itaewon kena naik balik subway Line 6 tadi ke Gongdeok Station. Dari situ tukar ke Line 5 turun di Gwanghwamun Exit 5.

Tip untuk hari ini. Print map subway. Map boleh search image jer kat gugel pilih yang mana rasa convenience sebab dia memang ada banyak jenis map macam² ragam. Tapi kalau nak tengok online punya boleh KLIK SINI.

Ada jugak orang suggest suruh install application subway dalam handphone. Terpulang keselesaan masing² but for me, I still suggest kena ada printable map.

057.01

Dalam station Gwanghwamun ada kaunter kaler² pink gini. Dedicated to mangsa feri karam. Macam² dorang buat. Ada jugak dorang ajar cara lipat kertas untuk jadikan kapal dan letak dalam kotak transparent tu.

OK. Keluar exit 5, korang kena cari mercu tanda macam gambar kat bawah ni.

057.14

 

Inilah permulaan  Cheonggyeocheon Stream. Bagi yang tak tahu, Cheongyeocheon Stream ni adalah Restoration Project Korea. Dari sebuah tempat yang sangat hodoh dan kotor, akhirnya menjadi tarikan pelancong.

Apa yang menarik?

Kalau korang datang malam, dapatlah tengok lantern yang macam² rupa ni.

057

057.04

Kalau datang siang, mungkin ada banyak lagi benda menarik yang boleh dilihat. Ingatkan kalau sempat memang nak repeat waktu siang tapi apakan daya, memang tak sempat.

 

 

 

Kamera ciput so pasrah je laa takleh laa nak tunjuk kat korang gambar yang cantik², cuma dapat simpan dalam kotak ingatan je…. Selesai sesi bergambar, kitorang terus berjalan cari stesen subway. Jumpa station Jonggak Line 5 turun ke Dongdaemun.

057.01 (2)

Entah kat mana mall yang diorang cakap open 24 hours tu kami tak jumpa. Aku pulak macam takde daya nak pi tanya orang tang mana mall yang gah kat Dongdaemun buka 24jam tu… Yang kami nampak cuma bangunan Pyounghwa Clothing Market. Pasrah jer tuju masuk ke dalam sebab nampak ada kedai souvenir. Beli souvenir serba sikit. Serba sikit?? Boleh dikatakan semua fridge magnet buah tangan untuk kawan² aku beli kat situ. Tapi kalau korang nak beli souvenir nasihat aku, cari kat Namdaemun jer. Nanti sampai entry sana aku citer kat mana yang murah.

Merayap lagi nampak kedai jual macam² jenis cap. Wide shawl pun ada. Aku cuba pegang satu tapi macam kena marah. Ntah. Tak faham bahasa dia tapi terus aku cabut tinggalkan kedai tu. Terus phobia. Hahaha. Aku syak dia nak bagitau tak boleh beli satu kot. Maybe untuk borong sahaja.

Dah abes pusing², nak balik ke Lian Hostel. Budget nak jalan slow² ambil angin malam sampai ke hostel. Tup² tanya orang macam jauh jer….. Macam tak boleh nak jalan kaki jer……. Nak naik subway dah tutup. Tup tup tanya orang lagi.

062.01

Gigih chinggu (kawan) aku yang berdua ni nak tolong kami balik ke Lian Hostel. Siap call tanya kawan² walhal diorang pun tengah tunggu bas or teksi, katanya nak gi minum dengan kawan² lain. Sudahnya dia tahankan teksi untuk kami di seberang jalan, pastu siap explain kat ahjussi teksi yang langsung tak boleh nak speaking english tu.

Ahjussi teksi plak siap call Lian Hostel tanya direction sebab alamat yang aku kasi dalam huruf roman, manalah diorang boleh baca. Lupa pulak Lian Hostel dah kasi business card yang memang ada map & alamat dalam bahasa Korea. Aigooooooooooooo

Tambang teksi dari depan Gukje Market ke Hostel Lian 3,400won kalau tak silap. Kalau silap pun tak jauh perginya, lebih kurang tu jer.

Tamat episod hari pertama. Kita jumpa hari kedua.

Sekian,
This entry was posted in Diary. Bookmark the permalink.

3 Responses to Trip Korea Day 1 : Cheonggyeocheon Stream & Dongdaemun

  1. LIYANA says:

    Kak, setahu sy reaksi bila kita pgang topi dia marah2 tue sebab kulit tu dr anjing/babi.. sbb sy pn pernah kena cmtu kt dogdemaemun market gk..tak sempat pegang pun..terus dia halau no..no..no.. bila tnya dgn our guide rupanya brng2 tu dr kulit…..

  2. fara says:

    Oh, seronoknya akak sempat tgk lantern festival…waktu sy kat sana, dorg tgh setting semua tu…tak sempat nak tgk…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: