Ehhh katakuuuuu….
Korang pernah naik lrt tak untuk ke tempat kerja sehari²?? Aku pernah.
Dulu…. suatu masa dahulu masa zaman² masih naif dan fresh di kotaraya, LRT adalah salah satu pengangkutan penting buat diri aku.. Dari tempat tinggal di AU2 Keramat (Stesen Jelatek), sampailah berpindah ke Setiawangsa (Stesen Setiawangsa), sampailah pulak berpindah ke Keramat Jaya (Stesen Damai).
Aku pernah travel dari Jelatek ke Kelana Jaya. Sampai di Kelana Jaya, ambil pula bus rapid untuk sampai ke ofis. Waktu tinggal di Keramat Jaya, aku kena jalan kaki selama lebih kurang 10-15 minit untuk sampai ke Stesen Damai. Dari situ naik LRT ke KL Sentral sebab ofis kat area situ.
Kadang² punyalah penat waktu petang balik kerja, tertidur dalam tren. Dah terlepas dari stesen, patah balik.
Satu kali, aku tertidur. Sedar tak sedar buka mata dah sampai di Stesen Wangsa Maju. Gegas² aku bangun keluar dari tren. Sedang elok plak tren dari arah lagi satu sampai. Aku terussss jer masuk tren tu.. Dah jalan baru aku sedar, tren yang aku naik asalnya sebenarnya dah pusing balik pun.
Aku percaya, korang² yang pernah naik tren pun WAJIB ada pengalaman tertidur dalam tren macam aku… Nak kongsi??
Ehhh macam panjang plak cerita Trainmate aku ni. Apakata nanti² pulak aku sambung kisah trainmate ni. Harini cukup setakat kita kongsi pengalaman tidur dalam train. Oteiii?
So apabila, moh cerita skit pengalaman korang tertidur dalam train….



naik lrt cpat2 sbb leh tido lar.. hahaha.. dulu dok kt keramat jaya ke kak? kat mana tuh? aku still balik umah lama kat flat keramat 2 tuh.
keramat jaya kat pangsamurni titiwangsa… hehehehe
i lum pernah dpt merasa pengalam tertidor gini sis…
cuma takat tertido depan tv byk kali lah hehehehehe
hehehehe… maknanya tak penah naik tren pi balik keje laa erk?
hahahahaha.. lawak lak akak leh tertido smp pusing balik.. nyenyak sungguh neh…
*da join GA blog iyra?*
nyenyak kann….? Hahahahaha ntah2 berdengkur pun tak sedar dah
tak penah naik train lagi pi keje coz kat tpt keje tak de train huhuhuhu
not made in KL laa kau ni kan.. hehehehe
Naik komuter asyik penuh saja terutama di jalan Jelatek dan banyak berhenti-henti di sepanjang jalan. Baik naik motor sekejap sahaja sudah sampai.
Bila henda teleport macam Star Strek dicipta?
bila dah beli motor, gudbye trainmateee…. hehehehehe
Kalau LRT nie rasanya tak pernah kot… kalau naik komuter adalah….huhuhu
sama jer rasanya LRT atau komuter… yang pasti, kalau komuter lagi sedap terlelap tp AWASSSS jangan sampai terlepas… hahahahaha
masa berulang dulu selalu naik lrt dari pasar seni ke kl sentral and amik bas ke Seremban..
pasar seni ke KL Sentral satu stesen jer.. tak sempat nak tidur pun kan.. tp agaknya along tido dalam bas laa kot.. hehehehe
trenmate saya adalah apek main sudoku, hari hari saya jumpa beliau dalam tren.
dan trenmate terbaru adalah bebudak main badminton?? aku tgh duk imajen niii
haaaaaa.. untung laa.. sama macam kid dulu. penat punya pasal siap mengigau dalam tren tu.. berdengkur pun yea kut.. hahahahaha.. lawak je
ngigau???? aiseehh itu dah kritikal nasib baik ngigau tak pukul orang bagai
mak aihh..siap tertido dan terlepas stesen lak tu.penat bebenor eh..hehehe
tetiap petang pun penat balik keje.. tp bila dah sampai umah, dapat plak calling2 kawan ajak hunja2 terus cerah balik bijik mata hahahahaa
saya x pernah lagi naik