Tetiba rasa teringin nak dine-in kat pizza hut… Eerrrr actually bukan suka sangat pun makan Pizza Hut ni, lagi suka dengan Domino’s Pizza tapi ntah kenapa terasa nak bermewah dalam restoran Pizza Hut sebelum bermulanya pantang selama 100hari 60hari 40 hari sahaja.
Satu hari tu, aku sajer jer luahkan kat hubby tetiba terasa nak makan kat sana. Katanya, kalau nak makan belanja lah… Entah bergurau entahkan tidak, tapi aku fahamlah. Hubby dah banyak abis duit untuk preparation nak bersalin ni. So okaylah, aku tanam niat nak belanja, but still konon nak buat surprise, nak panggil secara tiba² gittew….
So petang Rabu tu aku call hubby. Jam pukul 4.30pm lebih kurang kot. Tak berangkat.
Sampai pukul 5.30pm aku call pun tak berangkat tapi sekejapan lepas tu hubby call balik. Knowing me, dapat jer cakap apalagi terus ler bagi bedil satu das… Tapi dia tembak balik dengan meriam buluh. Terus aku merajuk!!
Tapi bila balik malamnya kat rumah, situasi rumah jadi lain macam. Si Zulfan memberak kat tandas, lepas tu panggil aku bila dah siap [nak suruh basuh]. Tak sempat aku nak jawab apa², hubby dah bingkas bangun pi basuhkan. So aku faham lah. Itulah cara dia feel sorry or say sorry without saying… Korang pernah hadapi situasi cam aku??
OK, pendekkan cerita. Dah tahu mulut dia memang berat nak cakap SORRY, so kita maafkanlah sebab dia dah take action kan… Itulah namanya BAHASA TUBUH.
Esoknya, aku takde nak call² dah. Terus antar SMS cakap pukul 5.30pm-6.00pm tunggu kat Pizza Hut Wangsa Maju. Immediately dapat reply “K”. Maka, tercapailah hasrat aku nak dine-in kat Pizza Hut.
Uhhhhhhhhh panjangnya cerita, nak makan pizza punya pasal!
An awkward moment. Dalam hati ada jual mahal skit lagi.. Kekekeke
Pizza Hut ada promo, Everyday FREE for kids. Ada ukuran tinggi diorang kat pintu masuk [lupa nak snap gambar, ingatkan ada dalam website rupanya takde]. Tapi Zulfan & Ika termasuk dalam promo tu, so we must buy RM20+ for 1 kids.
So aku pilih Combo Meal for 1 person and another Combo Meal for 2 person, total up jadi RM50+ so dapat 2 meal for kids for FREE. Masing² pilih menu pizza. Tapi Ika pilih Tuna Pizza, sumpah tak sedap dan hanyir!!
Combo Meal 1, hubby pilih Spaghetti dan Combo Meal 2 aku pilih Regular Pizza. Tapi apa yang kemaruk sangat nak makan kat Pizza Hut ni?
Rindu nak makan mushroom soup dia… Hampeh jer kan….??? Takpelah, dah terlintas kat tekak tu, kenalah tunaikan. Kang duk teringat time dalam pantang, lagi haru nak menahan 2 bulan punya period….
Lepas habis dinner kat Pizza Hut, we both husband & wife dah action like normal, macam takde gaduh² punnnnn….. kan bagus cenggitu?? Silent war is the best!!



punyalah drama..nak makan pizza je tu.hehe..kelakar lah sis ni.
pulun abis2 sis b4 pantang ni..
tetiba teringin nak makan pizza hut utk berbuka today.
tapi nak sizzling yee mee jugak.. hahaha
kty pun pergi piza sbb suka mushroom soup.makan piza cicah mushroom soup.sedapnya lah hai
pernah tak mengalami situasi begini…
isteri sentap. tapi sang suami pun ikut menyentap sama.
haha!
Tentu tersenyum sampai ke telinga dapat menunaikan hajat.
saya suka pizza akan tetapi suop cendawan tu saya x suka, hehe