Tengok Cerita Kerana Pelakon

Beli CD MIDAS ni pertama sebab Buy 1 Free 1. Lepas tu adik aku cakap, citer ni best. Dah beli, dia tengok dulu pastu dia cakap taknak tengok, boring. Takleh nak follow citer business politics gini. Aiyoo aritu kata best, dah beli cakap tak best plak. Camno?

Tapi namanya pun beli kan. Takpe, biar aku tengok. Heroin dia pun not bad, second heroin dalam Boys Over Flower. Aku suka tengok muka heroin ni, Lee Min Jeong. Kengkadang drama Korea ni, dapat tengok pelakon yang pernah kita tengok dalam drama sebelumnya pun, boleh buatkan cerita tu menarik. Mungkin sebab kita terasa nak tengok watak yang berlainan dari watak yang pernah kita tengok sebelumnya.

Jang Hyuk, hero cerita ni rupanya hero Successful Story of a Bright Girl. Ini antara cerita Korea yang paling awal yang aku tengok kat TV. Masa tu belum terjebak dalam pembelian dan pengumpulan CD lagi. Memula beli CD ni tak perasan hero ni hero yang penah aku tengok tapi lelama duk nengok macam familiar jer muka dia kan… Recall punya recall, baru ler teringat! Makin smart lak dia skang. Dulu macam selekeh jer..

 

Pelakon ketiga, No Min-woo. Tak kenal pun nama dia. Macam hero Jang Hyuk, aku rasa macam familiar gak dengan muka 2nd hero ni. Cari punya cari, rupanya dia pernah berlakon dalam My Girlfriend is Gumiho. Lama duk termenung apa watak dia dalam Gumiho. Baru teringat, dia jadi kekasih Gumiho zaman dulu². Tetiba rasa macam ensem sangat dia ni.. ahaks!~

 

image

Yang keempat. Si mamat ni. Kim Sung-oh. Memang aku tak kenal dia sebelum ni. Tapi kalau tak kerana familiar muka, tak terasa laa aku nak search nama dia. Rupanya dia pernah berlakon dalam Secret Garden & Spy Myung-wol. Tapi aku tak dapat nak recall watak dia dalam kedua-dua drama tu… Cuma aku duk terbayang ler, watak dia more tu orang suruhan. Maybe tu watak dalam Secret Garden kot. Ker dia jd PA Eric dlm Myung-wol? Kena tengok balik drama tu baru boleh tahu.

 

image

Eh eh eh. Tetiba ada jugak si Ricky ni. Aku tak pernah tengok dia berlakon sebelum ni. Kenal dia sebab dia ni power gila main sukan dalam Dream Team, menang sesokmo. Nak tahu apa Dream Team? Gugel ler! Satu rancangan hiburan berasaskan sukan dari KBS World.  Tapi watak Ricky dalam Midas ni hanya watak tempelan sahaja. Dan dia dah kawen uols. Babai!

 

Kalau nak ikutkan cerita  ni, tentang dunia perniagaan, saham dan bertelingkahan adik beradik berebut harta keturunan. Banyak mainan politik dalam perebutan harta. Hmmm, sapa yang suka dengan dunia gini, disyorkan menonton. Bagi aku, takde laa minat sangat cerita² gini tapi aku cuba masukkan diri aku dalam sudut yang berbeza, kisah cinta antara mereka² ni. Dapat plak layan mata dengan pelakon² ensem, cukuplah tu.

Review dan result bintang dalam drama ni takleh nak kasi lagi sebab baru nak masuk episod 6. Nanti dah abis, aku review.

Sekian,
This entry was posted in Diary. Bookmark the permalink.

8 Responses to Tengok Cerita Kerana Pelakon

  1. eLLy says:

    Ricky tu mcm mat salleh la beb

    • sw33tdarling says:

      yaa.. memang mat salleh, tapi celup laa kot sebab dia pandai bahasa korea.. alaa mcm pelakon pan asian negara kita leeew

  2. wida says:

    bestlah cite Successful Story of a Bright Girl tu..lain dah hero dia kan.

    betul lah kak..kdg2 tgk cite ni sbb pelakonnya. nak2 kalau pelakon tu hensem..aww

  3. rasp says:

    citer korea slalu i tgk sbb anak-anak i cakap best baru tengok….

    tapi betul…bila pelakon yg kita minat berlakon pun layan gak….

    citer Midas tu i ada beli dvd dia….

    sampai lani tak layan-layan sbb my kids pun kata boring…

    baru je habis layan citer Love Rain…

    lembs very the sangat tapi taching ooooo hehehehehe…

    somehow suka lah citer tu…

    nak tengah dok pikir nak layan citer apa……

  4. zahidahwahid says:

    nak tengok cita ni pun sebab nak tengok no min woo je… tapi tak boleh tahan dengan plot cerita yang berat… sampai ke sudah, tak habis2 lagi tengok…. huhuhuhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: