Tak Boleh Tidur

Wednesday, 3:00 pm

Semalam, sebab hubby ada kat rumah so dia dah concur TV.. layan bola.

Aku?  Habis aku punya rancangan TV tak boleh nak tengok satu hapa pun, so aku layan mata lagi baik!  Oh ya, dah cakap kan kitorang beli TV baru gantikan TV dalam bilik yang dah rosak tu.  So segala aktiviti kembali berkisar dalam bilik je sebab cuaca yang panas ni, dalam bilik adalah tempat yang paling sesuai untuk berkumpul sebab ada ekon…

So aku dah tidur agak awal jugak la malam semalam.  Awal tak awal mana, kul 10.30pm kot.  Gedebak gedebuk gitu gini, mata aku terjaga sebab nak ke toilet.  Pastu dah tak boleh nak lelap langsung.  Tengok jam pukul 3am.  Layan twitter, abis timeline 7jam punya post aku qatam.  Last² perut lapar, rendam maggi…

 

Pastu sambil² tunggu maggi lembut, aku habiskan jahitan tepi untuk baju mak.  Siap jahit tepi, aku pasang TV then layan TV sambil makan maggi… Ngam² ada movie baru start.  Syiok woo citer tuu bertajuk The Killing Game

 

Dah abis makan maggi, aku sambung layan movie ni dalam bilik.  Kisah seorang ibu yang kehilangan anak kerana dibunuh.  Rentetan dari keinginan untuk bertemu dengan mayat anaknya, dia telah menjadi pakar membuat patung forensik. 

   

Setiap mayat yang ditemui akan diolah tengkoraknya untuk membentuk wajah mangsa.  Tapi dah 10 tahun dia berusaha dalam bidang ni, masih gagal temui tulang anak beliau.

Suatu hari, pembunuh bernama Dom telah menghubunginya dan cuma untuk mendorong dia temui semula mayat anaknya dan turut sama mengugut dia akan membunuh seorang kanak² yang seiras anaknya yang telah mati itu.  Arahan demi arahan dia ikuti sehingga membawa kepada siapa sebenarnya pembunuh tersebut…. Best!

sampai tak sedar dah dekat pukul 6am.  Seingat aku, dah 2-3 kali aku tak boleh nak tidur malam cenggini… pantang terjaga mesti payah nak lelap balik mata.  Aduyaiii, selama aku mengandung ni, tak pernah lagi dapat peel cenggini…

Sekian,
This entry was posted in Diary. Bookmark the permalink.

2 Responses to Tak Boleh Tidur

  1. akubiomed says:

    Harap dapat cukup rehat kalau tidur lewat boleh menyebabkan pening kepala.

  2. rasp says:

    i pun skarang susah sgt nak tidor…

    tapi tu laaaa…nowadays malas bebenor nak beronline bagai…

    dok ngadap tv or baca buku….

    rugi lak rasanya semalam tak tgk movie tu….

    sis, try to get a good rest ok….hari makin dekat tu…

    u need your energy nanti…take care!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: