Dah lama tak buat sushi sejak mengandung dulu. So lepas dah kuar Zaim ni, banyak kali gak pi pasaraya nak cari beras SUMO tak ketemuan. Beras lain tak cung laa texture sushi tu nanti.
Nak dijadikan rezeki, haritu terjumpa lah beras sumo kat Carrefour. Ngam² tinggal sebungkus yang sekilo tu. Terus rembat tak fikir panjang. Bila nak buat, itu belakang cerita. So the other week baru terjah Aeon cari seaweed, cuka & kicap. Tapi kicap takde plak kat Aeon, so belasah laa. makan takde kicap pun OK gak…
Proses membalut pun bermula. Punyalah lama tak buat kan, sampaikan buluh menggulung tu pun kena beli baru punya. Yang lama rasanya dah kena kidnap ke Terengganu. Huhuhuhu
Yang gambar atas tu, 1st badge. Rasa tak cukup ummpphh.. Pastu terlupa plak nak letak telur lapis kat dalamnya.
Yang gambar bawah ni, 2nd badge. Tangan dah serasi balik dengan sushi so rasa pun sangat mantops walaupun tanpa kicap.
Isi ketam, timun jepun, telur. Cukuplah 3 bahan kat dalam sushi tu. Yang segulung tak berpotong lagi tu Zulfan punya. Haritu buat timun & ketam, dia taknak. So kali ni aku gulung gak untuk dia letak telur jer. Si ika dapat segulung timun sahaja. Apalah memasing pun tak suka ketam. Sedap apa!
Actually, sekilo beras sumo tu boleh buat lebih kurang 3 kali. Tapi tetiba ada pesanan plak dari kampung suruh spare kan beras tu. Wat balik Terengganu. Kat sana takde beras sumo mahupun seaweed yang besar khas tuk sushi. Jakun kan? Hahahaha



mmg kesian..kena mydin x jual yer?
Nok aku nie badan jer besar.. tapi aku tak gheti nak makan sushi
Pernah cuba makan Sushi tetapi tekak tak mahu terimalah pula.
terer aaa u buat sushi…
i tau makan jer…
tapi berbaloi lah u buat coz ramai peminat sushi…
cam i, tak berbaloi buat…lebih baik beli sbb yg makannya hanyalah 2 org….
* alasan je tu, sbb malas nak buat kan *
salam..
guna beras biasa x boleh ke? tak biasa dengar pun beras sumo ni… tapi setakat ni belum mampu nak telan suhsi ni…hehe
beras biasa tak berkanji mcm beras jepun, boleh guna tapi rasanya jadi melayu laa sikit
whoaaa… pandai buat sushi rupanya…nanti boleh kasi food testing nie
tunggu balik kuching baru makan sushi…bukan buat, beli je..hehehe
Nampak sedap dan menyelerakan, kalau buat jual tentu laku
Kak ajar saya buat sushi , suka sangat tp tk reti buat …
Nantilah akak buat entry
sukaaaaaaaa sushi…sedap kan…