Kesinambungan entry Legoland semalam, pepagi hari nak keluar rumah nak masuk ke Singapore. A very short trip to Singapore semata² nak menjenguk pakcik yang ditimpa ujian dari Allah. Beliau menginap cancer perut.
Takde gambar sebagai bukti. Betul² keterlupaan. Cukup tak kalau bukti gambar Zaim dengan background kon kat imigresen?
Cuaca plak hujan sepanjang² perjalanan. Aku duk risau jer kalau² GPS taknak kasi kerjasama time² hujan gini tapi syukur alhamdulillah kami selamat sampai ke opis pakcik dengan jayanya. Ye laaa… Hari yang kami pergi ni hari Isnin. Makcik pakcik bekerja so terpaksalah menziarah ke opis beliau.
Sampai kat sana pun, dah keluarkan camera tunjuk makcik gambar² yang kami ambil di Tanjung Sutera Resort tapiiiiiiiiiiiiiiii boleh terlupa jugak nak bergambar sama² sebagai kenangan. Hadusssss.. Memang takde rezeki.
Gitu gini pung pang pung pang duk berborak, kami keluar dari Singapore pukul 3pm kalau tak silap terus ke Melaka tak singgah mana² dah. Pun time keluar dari Singapore tu duk hujan laaa sesangat lagi. Sana sini musim hujan kenapa KL tak hujan??? Kenapa, kenapa kenapa KL cuaca songsang dari tempat lain?
Pendekkan cerita, sampai bandar Melaka dah pukul 8pm. Duk terpusing² meninjau nak check-in tang mana ler malam tahun baru tu. Sah² hotel banyak yang fullybook. Tapi alhamdulillah, 2nd hotel hubby tanya ada kekosongan itupun, itu ajer pilihan yang ada.
Kami dapat menginap di Mahkota Hotel, harga bilik kami malam tu RM300. Haiyooooooooooo, telan airliur aku nak duduk tak sampai 24 jam tapi terbang RM300. Tapi bukanlah untuk bilik tu semata. Kami dapat Apartment.
Tapi kalau dapat apartment gini, lagi seronok kalau dapat duduk ramai². Eerrr maksud aku seronok dan berbaloi, maklumlah kalau kemut cam aku ni memang semua duit keluar aku kira. So dapatlah kita gunakan segala ruang yang ada. Tapi dah bukan aku yang bayar, cakap banyak pun tak guna. Kata hubby, bercuti sakan. OK, jom menikmati.
Kakak & AbangNgah tengah duk melayan adik sambil menonton TV. Gigih pegang adik yang tengah nakal nak turun dari sofa. Mama love u, AbangNgah!~~
Malam tu kami dinner kat apartment kami jer, tapaw by hubby dari luar. KFC lagi
. Memang nak suruh bini gemuk gamaknya sebab jeles bila dengan pujian untuk bini yang dah kurus, bertubi² sejak mula sampai di Johor hingga ke Singapore.
Malamnya, New Year Eve. Cadang nak ke Dataran Pahlawan, kononnnnnnnnnnnn tapi memasing dah letih. Nasib baik Mahkota Hotel buat event sendiri kat depan lobby untuk sambut tahun baru. So moh kita join!!
Tepat detik 12 tengah malam, belon atas langit dilepaskan. Kat dalam belon tu ada kertas untuk cabutan bertuah. Meh kita lihat siapa yang kenaaaaa………..
Akuuuuu jugak yang kena! Hehehehe! Aku yang dukung Zaim ni boleh dapat lucky draw ni, korang percaya tak? Cemana aku pecahkan belon sambil pegang Zaim? Hmmm cemana nak pecahkan belon kalau nak tangkap pun susah?
Nak dijadikan rezeki aku. Masing² ingatkan ada hadiah dalam belon tu tapi sebenarnya hanya cebisan kertas tulisan apa hadiah yang kita dapat. So sambil dukung Zaim tu, entah cemana aku ternampak kertas gulung terjatuh betul² kat depan kaki aku terus aku sambar. Bukak² jer terus nampak tulisan High Tea Voucher. Hehehe melompat gumbira laaa apa lagi!
Lepas acara sambutan tahun baru, diorang sambung buat disco kat porch tu. Ah So tengah kerinting rambut pun turun cucuk langit. Hahahaha. Dari mana Ah So?
Setiap yang gembira, pasti ada yang sedih.
Dah redeem voucher tu, ingatkan nak lepak² laa kejap kat lobby sambil² layan orang tengah happening dengan disco tup tup kaki duk tersadung dawai kat bawah sofa rotan kat lobby Mahkota Hotel ni. Tersiat gak laa kulit bawah kuku tu. Aku komplen, dorang terus datang cabutkan dawai tu tapi takde compliment apa² pun takat bagi plaster jewww… Patut bagi ler diskaun ke apa ke kan… kang aku majuk tanak duk sana lagi kang! Cissss ko ingat ko sapa? Tahun depan pun belum tentu aku duk sana lagi. Huhuhu sadisssss…. Terus balik bilik, tidur! Hahahaha
Esok pepagi lepas breakfast, layan bebudak mandi kolam.
Aku layan dari atas jer. Baru nak feeling mat salleh berjemur kat kerusi baring, tetiba hujan renyai. Terus bawak Zaim naik atas. Puuuuuuuuun tak tunggu pukul 12, kami check-out awal. Rugi weiihhhh! Tapi hubby cakap taknak bersesak beratur check-out dengan orang ramai nanti. Kitorang ada tujuan lain lagi lepas ni.
Last but not least, layan Zulfan bergambar kenangan.
Tunggu entry kitorang jadi pelancong, melawat bandaraya Melaka.



besar tul apartment tu sis…
memang berbaloi kalo beramai2 dalam tu….
rezki u lah sis, dpt lucky draw tu….
hehehehehehehehehehe itu ah so sungguh lucu…
takmo ketinggalan tu………
kalau jenis family tak kisah tidur tunggang langgang, mmg ok laa sangat menyesakkan apartment tu
bestla husband kak amy.. sekali sekala berjalan happening sungguh~
sekali sekala?? Hehehehe ni pertama kali bercuti takde tujuan selama kami berkahwin.,
apartment mahkota hotel memang best… selesa… lagi syok kalau dapat masak2 sendiri… hehehe
tapi… dengar2 kabarnya ada penghuni lain kat apartment ni.. huhuhu