Siap, Dengan Bangganya

P1060554

Minggu lepas pi kedai kain, duk telek kain nak buat sarung bantal untuk tetamu, tetiba ternampak plak kain cotton corak angry bird ni, untuk cadar. Semenjak anak² dah ada katil sendiri ni, so sesuailah kita mula mengumpul cadar yang cantik² di mata mereka supaya menjadi ransangan untuk mereka tidur di bilik sendiri. [Zulaikha tu masih duk ngelat² lagi tidur bilik makpak]

Beli untuk Zulfan, Zulaikha & Zaim sekaligus.

2 malam aku duk mengerjakan kain ni, akhirnya semalam secara rasminya selesai dipakai oleh anak². Wahhhhh, anak² happy aku pun lagi happy sebab rasa bangga sangat anak² suka dengan hasil kerja tangan aku.

Cadar ni aku jahit siap bergetah bagai kat bawah tu, bukan setakat jahit square macam cadar kat asrama tauu….. So jadi ikut contoh cadar yang kitorang beli tuk diorang hari tu, maka jadi lah… Takde lah susah sangat sebenarnya kalau buat dengan hati yang ikhlas.

So………… ada sesapa nak upah aku jahitkan set cadar untuk anak² mereka tak??

Cara beli kain [for my future record]

  • Cotton cadar 1.5m = 1 single bed
  • Cotton cadar 1m = 2 sarung bantal / 1 sarung bantal, 1 bolster
  • Getah 0.5m x 2 untuk atas dah bawah cadar

***Kesimpulannya 2.5m kain cadar untuk 1 set cadar single bed

Tetiba rasa nak beli lagi kain angry bird ni, nak pakai tuk tilam mak pak budak plak…. Cute tu rasanya??? Hehehehehe

Sekian,
This entry was posted in Diary. Bookmark the permalink.

7 Responses to Siap, Dengan Bangganya

  1. suriaamanda says:

    ISH..BIOR LA BEBUDAK EJRK PAKAI CORAK TU AMY OII….JGN LA MAK PAK SAMA..HEHEHEHE….

  2. Dee says:

    kau pakailah yg cute2..nti anak2 kau pun nak tidur balik kat bilik kau..padan muka..hahaha…

    kain biru ada lebih…nti aku bwklah masa christmas nti ye..hehehe..

  3. wida says:

    cantik..upahnya berapa pulak?

  4. zahidahwahid says:

    syoknya… me nak cadar satu… gambar princess k… hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: