Lasssst beraya, actually dah terlajak Syawal dah skit. Kami, PELANGI ada jemputan dari mother to be, Neena the gorjes…. Ada yang belum tahu ke, Neena expecting? Yupsss, beliau sedang mengandung and tahniah, Neena. Jaga diri, jaga kandungan, jaga makan dan yang later on, jaga badan… hehehehe
Jemputan pukul 4pm, kami pun takde ler sampai awal sangat dan takde laa lewat. Tapi sampai² jer, tengok husband Neena sedang bertungkus lumus set up meja dan makanan. Apakah aku tersilap time? Eh, tak katanya… hehehehe
Ooooo, takpelah. Take your time. Kami pun takde plan apa, memang nak datang ke sini dan berkumpul beramai² dengan kawan² yang lain…
Gendang gendut tali kecapi. Kenyang perut nak bergambar pun suka hati….
Haaaa… dah mai dah meroyan memasing bila dah ramai² gini, semua pun kena sawan camera…..
Dah puas geng PELANGI meroyan, meh bergambar plak beramai² dengan semua jemputan. Sapa yang bawak laki tu, bertabahlah!! Hahahahaha
Kualiti gambar adalah berbeza². So boleh tahu laa yang mana camera cikai, yang mana camera pro ye dok?? Tapi ada aku kesah camera apapun, janji muka I enterframe… hahaha
Balik dari rumah Neena, geng PELANGI buat another meeting. Bukan sebab lapar tak cukup makan kat sana. Perut dah menyangkak dah kenyang makan kat rumah Neena yang semuanya menu sedap². Tapi sebab dah lama sangat PELANGI tak hang out bersama, maka kami masing² jumpa plak kat kedai Cheese Nan.
Aku lupa apa nama kedai ni, takpe tak penting. Janji cheese Nan dia sedap dan aku yang tak suka cheese ni, tersuka plak makan cheese nan kat sini.
“thank you uncle, tolong jagakan Zaim”
Hahahahaa senang hidup kalau pi memana ada orang nak pegangkan anak kecik. Senang skit nak meroyan!!



sukanya tgk zaim…comei
ala… bila dapat nak jumpa baby zaim pulak ni?