Ini kisah pagi tadi… Teramat payah nak kejutkan mereka² sebab masing² dah sedap tidur bangun lambat selama seminggu cuti sekolah ni….
Bogelkan Zulfan, dia baring balik. Bogelkan Ika pulak, mama yang kena marah balik.. Katanya, “kenapa bukak baju Ika ni…? Ika nak tidur laaaaa” mama pulak kena marah.
Taktik hangkut Ika terus ke bilik tak menjadi atas sebab² kondisi diri yang tidak mengizinkan.
Zulfan pulak, tak sesusah mana tapi still liat nak bangun pagi tadi. Dah bogelkan dia, aku away buat keje lain dulu. After 5 minutes datang balik, baru dia bangun masuk bilik air…
Dan Ika harini siap kena pukul bagai.. hubby balik tengok dia duk bergolek terbogel lagi. Hubby tolong hangkut dia masuk dalam bilik air. Aku terus jirus air kat badan dia sambil mulut dia membebel².
Sudah mandi, dia cari pasal lagi. Tak mahu tuala yang dipakai tu. Nak tuala lain. Sudah dibagi tuala lain, lain pasal pulak dia cari. Katanya dia merajuk, tak mahu sesiapapun pujuk. Hubby lak arini rushing sebab ada event kat UPM katanya.
Dihangkutnya Ika, ugut nak masukkan dalam cage kucing. Meraung melalak memekik. Selalunya bila hubby dah bertindak agresif macam tu, aku yang menyinga ni automatik akan jadi soft.
Kalau salah sorang tak soft, tak pura² pujuk dia alamatnya sampai ke petang laa tak bersekolah. So dalam meraung pun paksa diri pakai uniform. Aku kena pura² on her side. Masa ni laa, abis laa cerita sekolah dia keluarkan. Tetiba tak suka cikgu, tetiba cikgu suka marah dia, tetiba dia nak cakap pun tak boleh cikgu suruh diam hahahaha.
Tapi bila dah siap, elok jer pun masing² berangkat ke sekolah. Rutin yang tak boleh tinggal, salam mama, hug mama, kiss mama, kiss adik dalam perut. Kalau Zulfan, ditambah dengan ucapan “Bye adik, abang ngah nak pergi sekolah ni. Adik duduk diam² OK”



biasalah tu..tp mujur anak2 aku excited giler nak gi sekolah..so, pagi ni aku ok je..hehehe..tp sweetlah zulfan…
malamnya mmg excited tp paginya liat nak bangun.. time nak bangun tu jer…. bila dah siap bagai, xde pun meragam.. sampai kat sekolah lagi happy
alah..sweetnya si zulfan tu.abang ngah yer..hiks
hehehehe….
aduhhh..macam2 ye karenah budak nak besar. awal2 pagi plak tu…memang menduga kesabaran mak pak btol
wait for ur time……… hehehehe
Anak-anak dirumah kalau bangun pagi agak liat lepas bising sedikit semuanya berderet beratur pergi mandi.
mmg nak kena bising sampaikan jiran tegur… rupanya budak2 dah start sekolah, gelak jer dia dengar…
hahaha.. ika sgtlah ngade2..
tau takpeee… tp arini dia siap dulu dr zulfan
Kita pun kalau cuti panjang…. confirm malas gak nak pegi keje gak kan….tapi budak2x nie biasa la kalau bab bangun pagi kannnn
kan.. orang tua pun tahu moody lepas dah lama bercuti
macam ni ye ragam2 anak2 pagi ssh nk bangun. tp xpe, 2,2 tu comel je. usung pun tido lagi.hehehe
dah jirus air atas kepala, nak tanak mmg kena bangun laa jugak kan….? hehehehe
Whoa!!! at war……
seriously!! Papa bebudak ni kalau tak marah takpe… tapi bila dia dah marah, dengan mama sekali kecut….
hahahaahaa… macam2 hal laaa kan..
dugaan anak2 yang bersekolah mmg cenggini…
hehehehe mcm2 alasan leh buat kan sis…
sib baik sapphire senang…
malam seblum tu dah ckp…
esok start skool tau….dah lama dah cikgu bagi cuti…
terus esok tu dia ok
kalo dah mau menyingga gak maknya nie
dah cakap tp tetappp jugak paginya bangun tido jadi gitu.. memalam kena paksa tido bagai….
amboi.. sakan btul aksi tidoq.. luar kawalan neh.. sensored tuh… ahakss~