Salam Jumaat.. Aku masih di sini. Masih menanti… hehehehehe
Sementelah nak melahirkan anak ni kan… ada banyak gak artikel [eehh banyak ker?] yang aku baca… ehh kebetulan TERRRbaca.. knowing me yang ferahsan ala² tahu semua, mana aku suka nak korek² ilmu… ilmu yang datang sendiri kat aku.. phuiiii
So salah satu info yang aku TERRjumpa, ini haaa… sebesar mana perut bayi…

Aku tahu, ramai ibu² especially yang baru menjadi ibu buat pertama kali, risau sangat kalau baby yang baru dilahirkan tak minum banyak susu. So datang ler spekulasi anak nangis sebab tak cukup susu. Nak nak yang duk menetek anak, dapat lah orang tua yang duk sama menyampuk tetek tu takde susu, anak tak puas minum. Itu yang jadi semangat nak fully breastfeed tetiba pudar sebab susu tak cukup.. kan?
Sebenarnya, mengikut gambarajah di atas, itu adalah saiz sebenar susu yang sepatutnya masuk ke perut anak kita mengikut usia mereka. So kalau kita tengok dengan mata kasar untuk usia bayi 1 hari, aissshh rasa macam tak logik kan? Tapi memang banyak itu sahaja dah cukup mengenyangkan mereka.
Macam pengalaman aku sendiri lahirkan Zulfan dulu. Aku lahirkan dia waktu malam. Malam pertama dia di wad bayi. Tapi malam kedua aku dan Zulfan dah berada di rumah. Dan malam kedua Zulfan tidur lena tak terjaga langsung sampai ke pagi. Aku pulak yang naik risau, kejap² bangun, kejap² bangun cek dia betul ke tidur ke hapa ke. Try kasi dia menetek, langsung tak mahu sebab syioooook nak layan tidur. But bila aku tengok sukatan kat atas, ada logiknya.
So ibu², jangan risau yaaa kalau breastmilk korang sikit pada permulaan. Sebab ianya mencukupi perut bayi yang hanya sebesar kacang pea tuu….
Pastu ini info tambahan, ntah dari mana aku dengar ada kawan aku cakap susu kena start perah dari sebelum beranak lagi. Sejauh mana kebenarannya, wallahualam. Tapi setahu aku, susu ibu yang pertama (awalan), lebih² lagi yang berwarna kuning tu adalah yang TERBAIK untuk bayi kita. Kalau kita duk dengar cakap orang tua dulu², dorang suruh buang susu kuning tu, basi katanya! Entah dari mana plak orang² tua dengar pasal susu tu kan…
Tapi percayalah, susu yang kuning tu lah [walaupun memang nampak tak elok pun warnanya sebab warna kuning], sebenarnya dapat mencegah banyak penyakit pada bayi.
Pada ibu² yang bercadang nak fully breastfeed anak², aku memang naaaaaaaaaak sangat nasihatkan dorang…. Mulakan pump susu dalam pantang. Jangan tunggu saat² akhir nanti akibatnya kais pagi makan pagi anak kita nanti!!~



ye mmg betul blh jadik stress ibu2 yg baru melahirkan dan menyusu badan bila baby naanges2 pastu ditambah perisa plak orang2 persekitaran kata susu tak cukup!
good info mehh..nak share fb tak rak butang pulak..hehhe
anak kedua saya dari lahir sampai hari ke 3 baru buka mulut nak menyusu…sepanjang 3 hari tu dia tiiiiiiidddoooo je…nangis pun x…risau sampai nak bawak g doc dh..doc ckp dia normal as long dia berak cm biasa…agaknya dia kenyang makan dalam perut x..huhu..now dah nak masuk 2 tahun dah saya fully breastfeed anak saya..:)
Lepas menyusu perlukan sendawa bayi kalau tidak bayi akan kembung tidak puas minum susu.
good info:)
likeee