Semalam aku dah start keje. First day keje selepas 2 bulan cuti bersalin… So semalam datang keje, tak sempat nak buat apa2 entry sebab tengok update all the filing & macam2 benda yang kena clearkan sebelum let go kan budak yang ganti aku tu….
Tapi niat awal² dah jahat…
“Arini nak mencelop balik awal, nak pi kedai cari barang jahitan” gittewwww kata hatiku.
Pastu kul 3pm dah siap² nak kuar tapi akak ofis depan nak join sama, so menunggu dia clearkan keje dia kejap. Dalam waktu menunggu tu, tetiba enpon berbunyi… Alamak, Setiausaha Agung menalipon. Aku angkat (sebelum tu dah call dia report diri masuk keje – dengan bangganya)
“aiii… awal lagi dah lesap?” – nada perli
“eh apa pulak, saya ada kat ofis lagi ni…”
“Abis, saya call kenapa tak angkat?”
“Laaa saya duk luar bilik, tak dengar bunyi phone. Kalau tak caya, try call office” walhal memang dah siap off PC kunci pintu bagai..
Pendekkan dialog, dia betul² call office demi membuktikan aku tak celop… Berdesup pi masuk balik bilik, angkat phone. Dalam hati fuuuuuuhhhh selamatttttttttttttttt…………….!! Pastu dah settle urusan dia bagai, aku usik² cakap bulan posa buleh balik awal. Dia kasi green light, alhamdulillah!
Lepas tu, pukul 3.30pm, bak kata kerajaan JANJI DITEPATI, betul² ler kami keluar ke Taman Melawati. Hajat di hati nak ke Giant sebab nak top up kain yang aku beli dulu, nak jahit sepasang untuk Ika. Tapi baru selangkah roda berpusing, enpon aku berbunyi… Aiyoooooooooooo, dia call lagi! Sebab menumpang keter orang, so takmo banyak songeh suh patah balik.
Dup dap dup dap dalam hati, tapi keraskan hati tak angkat. Pastu otak ligat berpusing nak cari alasan kenapa tak angkat phone. Sah² dia dah call office, sebab aku tak angkat, tu yang dia call enpon plak… Apa nak jawab? Apa nak jawap?
Dalam² hati dup dap dup dap tu sempat lagi buat window shopping walhal enpon dalam henbek duk berbunyi ni.. Last² dapat SMS kena perli hew hew hew….. Nak diuntungkan nasib, Presiden ofis depan pulak menalipon jugak mencari SUK dorang.. Nak tanak terpaksa balik ofis dan dan tu gak. Sampai ofis dah pukul 4.05pm… Hehehehe time balik ni, ada chance lagi selamatkan diri…
Aku pun dengan rasa tidak bersalahnya menalipon Setiausaha Agung…. dia bebel sikit², aku pun gelak sikit² lebih kurang dengan alasan tadi pi sembahyang tak sedar enpon ada misscalled. Ni nak balik baru tengok enpon…. Kah Kah kah, bijak tak saya??
Sekian, lawak sampan dari saya… Jangan bitau AJK saya tauuuu!!!



bahayanya kalau dia cek2 gitu..tak senang duduk di buatnya.
teringat ofis sy dulu pon cam tu..bos selalu call ofis semata-mata nak cek pekerjanya ada ke tak..huhu
wah ,dah balik..bolehla wifey antar order nak jahit baju kurung alisya camni
boleh gitu pulak yer ..hehehe. saya kuar jugak senyap2 kadang2 tapi balik awal memang x boleh laa sebab punch card lagi!
sabar je la amy oiiii
fuh!! nasib baik tak kantoi… kekeke…
sib baik alasan2 yg diberi tu kukuh sis hehehehehe
Sekarang ini lawak sampan sudah satu Malaya tahu.