Sambil Menyelam, Minum Air

Thursday, 9:30 am

Ingat senang ke nak sampai ke Shah Alam? Bagi aku, alang² sampai kerana satu urusan, biarlah dapat menyinggah melawat menziarah rakan dan taulan. Sokmo lah aku macam tu.

Bagi aku, Shah Alam tu satu tempat yang jauh tauuuuu…….! So setiap kali sampai Shah Alam, tak pernah aku lupakan sahabat aku yang sorang ni… Hehehehe

Ada orang puji aku makin cantik lepas beranak.. ye ker? lalalalala takpe laa, dah laki aku taknak puji, apa salah aku terima pujian orang lain kan…

 

Kenal her waktu chating MiRC kalau tak silap. Waktu tu glamer dengan chat room, so kami dah stucked kat satu chat room ni.. Ntah ke mana terkuburnya chat room tu, janji kami masih baik berhubung. Kadang berkongsi masalah. Kadang berlawan² tunjuk kehebatan. Yang pasti, kami no heart feeling.. Gurau ler cemana pun, takde nak ambil kisah or kecil hati.

Lynda baru jer jadi surirumahtangga sepenuh masa. So sambil² konsentret anak², dia produced karipap gemuk. Aku pernah rasa dulu masa visit umah dia sebelum puasa. So this time aku order dengan dia. Sajer lah, nak support business dia. Apa guna kawan, betul tak? Dia pun sama gak support bisnes aku, beli kain cotton yang aku jual, upah aku jahit lagi.

Dan dia, satu²nya customer aku yang naik lemak sampai ke kepala. Dari mengukur badan, sampai menghantar baju yang dah siap dijahit, semuanya aku yang mengadap dia. Hahahaha. Sebab aku faham ler, dia anak ramai, tanpa suami dan tanpa pengangkutan. So aku berbakti ler serba sikit, tak salah rasanya.

Lagipun, aku pergi mengadap dia ikut time aku. Dia kena menurut perintah jer janji ada hidangan atas meja tuk jamu aku. Hahaha itu yang penting.

So Rabu lepas masa aku hantar Mira pergi CIAST, aku tak lupa nak singgah rumah dia. First untuk beraya. Second tuk hantar baju dia. Memang aku tak malu dah dengan dia so aku suruh dia siapkan lunch untuk kitorang. Tengah² menunggu Mira lapor diri, menyelinap keluar pukul 12.30 tengahari pi lunch rumah dia, pukul 4petang hantar Mira balik ke CIAST.

Kenyang kami makan sup tulang, asam pedas ikan merah, sayur goreng and lovely sambal belacan. Buatkan aku satu balang woiiii…. aku suka!!

Sekian,
This entry was posted in Diary. Bookmark the permalink.

8 Responses to Sambil Menyelam, Minum Air

  1. eLLy says:

    ari tu aku dah puji ko kan… Lalalalalala

  2. su su says:

    macam mana rupa karipap gemuk tu kak…nak jugak tgk rupanya

    • sw33tdarling says:

      alohaiii aritu dah goreng tapi tak teringat plak nak ambil gambar.. nanti erk bila goreng lagi akak ambil gambar

  3. wida says:

    saya pon sempat gak chatting kat MIRC tu..kenangan.hehe

  4. akubiomed says:

    Sempat lagi berjalan-jalan. :-)

  5. zahidahwahid says:

    tiba2 rasa nak makan karipap pulak… kak amy!!! huhuhhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: