Raya kelima, stok baju raya aku dah abis so ulang tayang baju raya yang lama… Buat 4 pasang baju jer tahun ni tapi anak² punya baju cukup 5pasang… Biasalah, ibubapa kena kurang dari anak²… kalau baju raya mak pak lebih dari anak, OVER namanya tuuuuu….
Raya kelima tak budget nak beraya sangat sebab kitorang dah mood nak keluar Singapore. Esoknya Jumaat dah nak balik KL. Lagipun, banyak rumah yang tuannya bekerja, maklumlah Singapore cuma kasi 1 hari jer cuti raya tuk Muslim.. Kalau cuti raya Cina, lama laa kot……
So pagi raya kelima sangat santai. Bangun ikut suka time. Pastu slow² packing baju, siapkan anak², siapkan diri sendiri. Hajat di hati, tengahari nak ke Geylang dulu. Tunggu makcik balik dari keje, dah suruh dia mohon halfday untuk entertain kami di Geylang. Balik dari Geylang baru loading beg baju bagai, pastu terjah ke Woodland beraya kat mana² umah yang available.
Tetiba rancangan bertukar. Cik Esah tak banyak masa, so dari umah terus kena pakai baju beraya. So beraya sakan ler kita kat Geylang.

Dah macam pontianak beraya kat Geylang dengan baju serba putih… Pastu kelubung plak dengan nursing cover putih, si Zaim tengah duk menyusu… Abaikan hubby yang berseluar kain pelikat, baju putih [konon nak sedondon ke hapa?] Sila beri perhatian: pakaian laki aku adalah tanggungjawab dia sendiri. Memang dari dulu dia tak suka aku pilihkan apa baju dia nak kena pakai, apa baju dia nak kena bawak bla bla bla… Dari dulu nak travel pun, dia sendiri yang siapkan beg sendiri. So sila jangan ngumpat cakap aku tak pandai nak jaga pakaian laki.
OK, dah habis makan² kat Geylang [lepaskan hajat mak nak makan rojak keling jer pun], kitorang terus pecut ke Woodlands. Dah pukul 3pm pun. Sampai ke rumah anak angkat mak merangkap emaknya adalah jurumekap mak time kawen dulu… Tapi disebabkan mak jaga Kak Wani (tudung kuning) time belajar kat KUSZA dulu, maka jadi anak angkat so baik dan rapat sampai sekarang, Tetiap kali beraya di Singapore, wajib berkunjung ke rumah Cik Eton, mak Kak Wani.
Cik Akil yang dah tak berapa sihat tapi Allah masih panjangkan usia beliau. Alhamdulillah
Lepas ke rumah Kak Wani, kita terus ke rumah makngah yang dah berapa hari duk bertangguh nak ke sana… Makngah ni kakak sulung mak yaa. rasanya tetiap kali raya pun aku perkenalkan hehehe. Lepas ke rumah makngah, ke rumah anak sulung makngah plak, Abang Fendi. Tak jauh pun, turun lif naik lif jer. Semua gambar tak terambil, lupa.
So lepas dari umah abang Fendi, jam pun dah pukul 7petang. Katanya jem kat imigresen time orang balik kerja tapi hubby ketegaq jugak nak jalan. Turun ler kami 2 biji kereta tapi tengah jalan mak surrender taknak rempuh. OK, kitorang pergi dulu jumpa jer nanti kat Johor.
Tak guna lawan cakap laki, sebab dia yang drive. Aku duk diam jer dalam keter. Ye laa sangat duk diam, dengan si Zaim masa tu lah taknak tidur nak berpegang, nak menetek, nak nak nak cuma tak menangis meraung² jer. Yang budak berdua tu toksah cakap lah. Macam² benda dia nak rebut. Ada game enpon, nak rebut game enpon. Pendekkan cerita, sampai ler jugak kami ke Johor, terus ke rumah Abang Fadhil tak larat dah nak buat apa. Sampai terus tidur jer laa senang. Esok pepagi dah nak bertolak balik KL katanya.
Wattamat cerita rayaku…..
Ehhh.. tapi raya kat KL baru bermula, jeng jeng jeng.. sambung Isnin depan laaaa…
Esok Jumaat tapi cuti sebab MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA!!!
Tahu ke makna Merdeka tu, umat zaman sekarang ni? Yang depa tahu, yeaaaaaayy cutiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!! Tapi ada open house laaa… ![]()



Nursing cover tu kak jahit sendiri ke..
yahuuuu cuti lagi 3 hari…lg 2 minggu terbang ke China
Amboi bukan main lagi.
kemain putih berseri kau..mcm halimunanlah..hehehe..
macam best je nursing cover tu… *macam lah dia nak pakai… kekeke >.<
tak bestlah, kecik skit.. later nak jahit sendiri, nak bagi besar skit