Protect The Boss

Thursday, 11:00 am

For almost 1 year aku beli CD ni, duk simpan time berpantang aritu tak dan abes membawak ke pejabat pun tak tertengok jugak sebab duk melayan drama online, akhirnya aku habiskan gak menonton time cuti panjang Hari Wilayah aritu.

Kalau dulu, 1 CD aku boleh abiskan paling lama pun 2 hari, now dah menganjak jadi 3 hari. Dah tak boleh nak hardcore macam dulu. Kena jaga timing. Midnight wajib tidur sebab ada budak kecik kang nak menetek.

Drama ringan tak melibatkan banyak perasaan. Hanya untuk hiburan semata². Takkan berlaku pun dunia nyata ni rasanya…. kowwt?

No Eun Seol adalah seorang bekas gangster perempuan waktu di sekolah dahulu namun telah bertekad untuk memajukan diri demi masa hadapannya. Beliau berusaha keras untuk mencari pekerjaan tetap yang mendatangkan pendapatan lumayan.

Sikap kasar beliau akhirnya menjadi faktor utama beliau diterima untuk bekerja dengan seorang boss yang cerewet, yang telah banyak dimanjakan oleh ayahnya. Dalam waktu bekerjanya dengan menunjukkan sikap tekun dan jujur, akhirnya Ji Heon jatuh hati padanya. Namun, sepupunya Moo Won juga menyimpan perasaan yang sama terhadap Eun Seol.

Di sinilah berlakunya kisah pergaduhan dalam perebutan kuasa dan kekasih hati. Ditambah dengan campurtangan orang tua, Eun Seol telah dihalang untuk mendekati Ji Heon kerana latar belakangnya yang kurang baik.

 

Nothing much special dalam drama ni. Takde konflik berat, cuma menghiburkan dengan adegan² komedi.

Sekian,
This entry was posted in Diary. Bookmark the permalink.

2 Responses to Protect The Boss

  1. zahidahwahid says:

    jae joong sangat cute dalam drama ni…. ^_^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: