Minggu ni keje aku pepagi, menemankan mak buat urusan bank sana bank sini sebab nak dapatkan statement of account.
Korang tahu tak, nak print statement ni kena bayaran? Maklumlah, sekarang mana ada lagi dah pakai buku bank bagai. Kalau ada buku bank pun, harus terperuk jer kat rumah takde faedahnya kan? Sebab sekarang ni, kita lebih senang berurusan dengan mesin daripada manusia.
Tapi kalau dah memerlukan statement tu, nak tanak memang kena request. Betul tak?
Ok, ada 3 buah bank yang aku pergi. Memula Bank Islam. Mudah. Cepat. Kena bayaran RM5, dan dan tu jugak dapat. Tengok gambar atas, statement cantik bukan main lagi siap letterhead bagai.
Yang kedua, CIMB. Bayaran RM1. Pun cepat dan mudah sebab dapat dan dan tu jugak. Statement tak panjang so sekeping jer ler kertasnya. Walaupun takde pakai letterhead, at least printed kat kepala kertas tu CIMB Bank Berhad.
Yang ketiga paling lahabau. Maybank!! Dah ler nak statement kena request, makan masa 1 hari. Request petang ni, esoknya baru boleh datang collect. Charge yang dia mintak adalah RM10 untuk 2 keping kertas A4, tanpa letterhead, tanpa bank name printed!!!! Kat situ just printed ‘untitled’ apakah????
Korang rasa macam hapa? Hmmmmmmmmmm…… Maybank, oh Maybank. Awak memang banyak dapat komplen dari orang ramai kan? Duit banyak hilang pun dari bank awak jugak kan??
Perlu tak Maybank perbaiki servis dia ni untuk kebaikan bersama? Atau pun, tak perlu buat apa² sebab pelanggan tetap akan bersama mereka?



Ish ish..sabau jelah.
“untitled” tu tak tahan..
memang tak menahan kan.. pastu bank lain ada gak cop pegawai yang print tu… tp maybank langsung takde cop apa2.. agak2 kalau sendiri taip sendiri print pun lulus kot
RM10 untuk kos tanpa “letter head” dan “tittle”.
tanpa apa2 bukti bahawa statement itu dari maybank
mak ai, itu lah nasib kita. mahalnya garga sekeping kertas kan.
kalau tak silap, masa request tu staff dorang cakap RM5 per request pastu kena tambah RM1 untuk setiap kertas so bermakna harga sepatutnya RM7…. tp masa amik statement tu mmg lupa plak nak argue
klu ade maybank2u senang leh print jer..
tapi my friend pernah request, mmg amik masa satu hari nak dpt..
leceh betul…
my mom mmg tak pakai online so terpaksa minta printed statement
maybank mmg masalah kak… nk print statement pn ssh.. last2 saya print kat ofis, on9 maybank2u print sndri. heheh..
tp tu laa.. mak tak pakai maybank2u…
sangat2 x memuaskan servicenya kan kak..
Tuya pernah kena..nyampah..
kan kan kann….?
apa salahnya terus print jer.. boleh jer pun bank2 lain buat camtu.. CIMB, Bank Islam semua boleh print dan dan tu jugak… apasal maybank tak boleh??
Nasib baik nurul x suka makan murtabak.. sebab banyak bawang..
aik napa nak komen pasal murtabak, terkeluar kat sini..
hehehehe.. salah tekan button kot
Menyampah! Duit pun pernah hilang beberapa kali. Sibbaik 10-20 ringgit je… Malas nak komplen, kalau komplen belum apa2 dah minta service charge..!
dah ler tak berguna pun akhirnya statement maybank tuuu
Nampaknya kena register maybank2u untuk mak u la amy…. untuk urusan in future…
errr… tak mahu laa… merbahaya jugak maybank online tu… banyak yang fake
sebab dia tahu ramai orang guna bank dia, tu buat tak kisah….