Amboiihhh panjang banget tajuknya tu pak…. hehehehe
Katanya pun penutup kan? Takpelah sesekali tajuk panjang macam buat entry pung. Yang penting, entry ni masih di bulan Januari 2013 maknanya tak basi lagi ni. So mana entry bercuti time school break aritu? Takpe, yang dah basi kita biarkan terus basi. Kang kang kang dah rajen skit, baru kita up story pasal Tambun ke Cameron ke bagai ke… Moh citer pasal penutup tirai 2012 dulu.
Cadang awalnya, hubby nak bawak kitorang balik Kelantan. Nak melawat neneknya yang sakit [kini dah arwah, meninggal Ahad yang lepas, al-fatihah]. Tapi disebabkan banjir melanda pantai timur terutamanya Kelantan, memang tak dapek nak redah la. So percutian beralih ke Selatan. Ada kenduri kahwin rumah pakcik aku di Sedili, Kota Tinggi.
Gambar pengantin menjadi bukti.
Eh eh eh… bukan pengantin yang ni. Yang ni pengantin lama. Dan… aku pun tak berbaju kurung bagai tu ada kisahnya. Semalamnya sebelum bertolak, bukan main beriya iron baju & tudung siap gantung pakai hanger bagai. Konon nanti nak bertolak, gantung jer baju dalam van. Dah nak dekat sampai nanti, tukarlah baju kat mana² pump station. Bukan apa, malas ler nak berlasak dengan Zaim dalam van kang kedut seribu plak kat rumah pengantin. Tup tup, langsung terlupa. Dah nak masuk Tol Sungai Besi baru teringat. Tapi sebab kata orang tua², nak berjalan jauh tak elok patah balik ke rumah, kita tinggalkan ajer laa baju kurung tu tergantung kat hall. Huhuhu
OK, yang ni baru gambar pengantin betul.
Pakai camera kaput, tak larat flash nak berlawan dengan lampu kuning. Maka gini lah hasilnya. Gambar pengantin anak 4 elok plak terang benderang? Sebab gambar tu amik depan² muka. Gambar yang ni amik dari jauhhhh.. Kalau amik dekat². Kang tak pasal² kena menepung tawar. Dah layak sangat dah ni sebab aku ni pangkat makcik kat pengantin [perempuan].
Lain² aktiviti? Auuuuuuu caaaaaaaaaaaak!
Melayan budak ni membuas kat tengah ruang tamu. Nasib baik ramai yang nak melayan dia, plus ada geng. Cinta lama bertemu kembali!!~
Kena noda lagi. Tiapkali jumpa, Zaim jugaklah yang kena noda. Auuww sucinya anak aku… Huhuu
Sebenarnya takde benda lah nak story pasal singgahan pertama ni. Dah namanya pun pergi kenduri kawen, kalau tak menolong, kita duduk² jer laa santai sambil meramaikan majlis tak gitu? So layan bergambar je laa masing².
Lagi gambar Zaim kena buli dek perempuan
Suka jer awak kan…? Hmmm bukan reti apa pun budak ni. Dah orang gelakkan dia, dia gelak lah balik. Tak gitu?
Penutup entry ni, kita kasi teaser skit
Gambar dalam chalet tempat penginapan malam pertama percutian kali ni. Nice!!~~~



aku pun selalu gak iron baju gantung kat hall.
penah gak beberapa kali terlupa, tapi selalunya terlupa masa kat bawah rumah lagi, so sempat gak la naik amik.
tapi kalau dah masuk highway nak patah balik, harus lah tak berani nak suarakan kat laki ku!
selagi belum gerak kereta, takpe laa nak naik doploh kali pun angkut barang. Tapi kalau dah gerak kereta, nak patah balik tu agak tak sedap hati ler skit macam, takut2 ada musibah nak menghalang perjalanan.Wallahualam…
Sempat melepas gian bersanding diatas pelamin.
aku baru nk ckp apa kejadah letak bunga besar pinggan atas pala anak smpi tak nmpk muka..tup2 kau dah pakaikan kt zaim..hahaha..kesian kena dera..
aku dulu tinggal jeans masa gi kenduri kahwin sbb lps tu nak gi cameron..last2 beli kat Sakan Slim River dgn harga RM14..murah gilos..
kalau aku, pi jer cameron dengan baju kurung. ranggi. keh keh keh
Assalam kpde tuan blog.
Tumpang iklan.
Acuvue
Air Optix
Biomedics
CooperVision
Dailies
FreshKon
FreshLook
iContact
IGEL
Bausch & Lomb
blog : http://store-contactlens.blogspot.com/
Facebook page : https://www.facebook.com/pages/Contact-Lens-Store/565229900170814
sile lah, pilih2. Igt link kt ats tuh yer
tq.
-Contact Lens Store-
p/s: klau b’minat sgt2, nak jdi ejen p0n b0leh.
hehe..jadi mangsa zaim.budak besar2 cam tu..mmg sedaplah kena buli & gomol
betul. nak nak plak dia pandai melayan, tak menangis
cian zaim.. hehehe…
apa boleh buat. Adatlah budak kecik mmg kena buli