Ini cerita waktu Hari 1 Malaysia haritu. Tadika Zulfan masuk peraduan mewarna kanak² tadika 4 & 5 tahun. So masuklah Ika & Zulfan. Held kat dewan Taman Tasik Ampang Hilir.
Memula hantar Zulfan ke sekolah sebab dorang memang akan pergi sekali dengan cikgu dan kawan² yang lain. Pastu aku pi menyelinap ke Kampung Baru, pi makan lontong slurppppppppp!
Sampai kat kedai lontong awal giler. Belum pukul 8.30pagi, kami dah terjongol kat depan kedai so kerusi meja adalah kekosongan. Minah ni mengidam nak makan nasi lemak, so eloklah tu kedai tu memang jual lontong & nasi lemak jer pun…
Usah ditanya lagi kat mana gerai lontong ni, korang search jer entry dalam blog ni erh…? InsyaAllah jumpa entry tu. Tapi memang berderet² kedai jual lontong kat sini, kedai yang aku suka makan ni letakkan di sebelah kedai roti canai, nombor 2 dari kiri [menghadap kedai].
Kakak yang jual lontong & nasi lemak tu badan tegap berisi, rambut pendek. Sebelah gerainya plak jual jennifer lopes..
Lepas kenyang menketedarah, kami pun menyusul ke Taman Tasik Ampang Hilir ni. punyalah park depan gate, rupanya nak ke dewan ni tembus jer pintu dewan ke tepi jalan, bermakna boleh park ke depan skit, terus masuk dari pintu dewan.. Aiyaaaa takpelah, time balik suruh Mira tunggu depan pintu jer dengan Zaim. Nak heret Zaim ke kereta panas loooooo….

Zulfan, Ika dan kawan² ditempatkan dalam dewan, meja bulat. Ibubapa dan guru dilarang menghampiri peserta sepanjang peraduan bermula. So takde point rasanya aku menunggu. Lagipun, lepas mewarna ada lagi aktiviti lain yang cikgu dorang sertai. So boring laaaa.
Cakap kat cikgu Zulfan, nanti dah siap call jer aku. Nanti aku terus amik kat sekolah jer lah senang. Sementara tu, aku ajak Mira merayau lagi. Pi saloon!
Dah lama giler kot tak pi saloon. Hajat nak trim rambut dah lama sangat terbantut.
Mira pun cuci rambut & trim rambut depan. Tapi tak best laa cuci rambut kat kedai ni, takde urut². Takat ko basahkan rambut, cakar kulit kepala pun ala kadar, buat kat rumah pun boleh! Tak syiok, tak syiok! Tapi, as entry ini dipublish, aku rasa aku kena pi saloon lagi. Nak potong rambut lebih pendek sebab rambut aku ni kritikal sangat gugur kebelakangan ni. Setiap pagi lepas sikat rambut, memang segumpal rambut luruh, pening kepala aku nak hurai kekusutan rambut ni.
Time pun takde nak jaga rambut, nak duduk dalam bilik air lelama. So potong je laaa, next time laa bela panjang balik rambut ni…



mana hasil lukisan dorang sis…
mesti lawa berseni…..
zaim dah start ‘menyembur’ ke sis…
org tua2 ckp kalo baby start ‘menyembur’ rambut ibunya byk gugur…
tapi i nie…
kalo rambut over panjang…mesti byk gugur…
lama jugak dah tak pergi saloon… entah bila ke nak pergi….
bilalah dapat makan lontong ni???? #sambilkesatairliurmeleleh
tunggu zaim besar sikit..baru simpan balik rmbut tu kak.
sy ni pon asyik gugur je rmbutnya..merata-rata ada rmbut sy..hihi
kat kampung byr 10rgt dpt urut.. hehehe