Pendapat Saya Tentang Berkhatan

Tetiba bersaya-saya puleks… hehehehe ikut angin aku laa kan…! :)

Gini, sejak akhir2 ni ramai sungguh orang duk promote khatankan anak2 lelaki sementara masih kecik, sakit pun tak sangat dan budak2 pun tak merasa siksanya sakit berkhatan. Betul!!

Kalau zaman2 dulu, masa kecik2 tak boleh berkhatan sebab kata mudim kecik sangat lagi ‘bird’ tu, susah nak ‘tarik’ kulit.  Tapi zaman teknologi skang ni, apapun boleh kan?

Tapi pendapat aku, masihlah tetap aku menyokong berkhatan bila anak2 sudah bersedia.  Yakni biarlah dia berumur paling kurang 10 tahun.  Kenapa?

Tradisi berkhatan tidak patut kita kuburkan.  Alangkah seronoknya jika setiap lelaki ada pengalaman dan ingatan tentang sakitnya berkhatan.  Ibarat setiap perempuan ada ingatan dan pengalaman pecahnya dara.  Opsss tersensor plak.  Sorry tapi itulah kenyataan!

Apakata bila kita khatankan anak2 seawal usia 2 atau 3 tahun?  Waktu tu mereka belum mengerti atau mampu mengingati apa2.  So apa yang akan dibawa oleh mereka untuk anak2 mereka pula?  Apa yang mereka boleh ceritakan tentang pengalaman mereka berkhatan kalau ada anak2 bertanya?  None!!

Apa yang mereka mampu jawab, “papa pun dah kena khatan masa kecik2…  So papa tak ingat apa2…”

Umpama orang perempuan yang memang kena berkhatan masa bayi.  Contoh terdekat aku sendiri.  Bila dah besar skit, aku tertanya2… orang perempuan pun kena sunat erk?? Macamana? Bagaimana? Bila?  Kat mana nak berkhatan?

Jadi, marilah kita sama2 kekalkan memori dan kenangan kanak2 lelaki dengan tradisi berkhatan dan gantung kain pelekat.  Biarlah mereka sakitnya berkhatan selama seminggu, apalah sangat kalau nak dibanding dengan kesakitan cabaran hidup yang masih panjang untuk mereka tempuh…

KEMPEN KEKALKAN TRADISI BERKHATAN ~ kau hado?

Sekian,
This entry was posted in Diary. Bookmark the permalink.

29 Responses to Pendapat Saya Tentang Berkhatan

  1. Wak Gelas says:

    wak pon dulu penah berkhatann.. kekek2…… eeeeeE minggir mingir wak dh datang nii nak komen komennnnnn………….

  2. wida says:

    zulfan kena tunggu besar sikitlah baru leh berkhatan yer..hiks

  3. attyfir says:

    alhamdulillah firdaus dah selamat berkhatan seawal usia nak masuk 9thn
    rasanya akan menjadi memory utk fir ingat selamanya , sbb kty hanya sunatkan masih lagi tradisi lama pakai scapel dan gunting , tp ada bius , lepas bius ilang dlm stgh jam
    firdaus meraung2 sakit..sian jugak masa tu tak dpt nak buat apa..tp alhamdulillah semuanya dah selamat ,fir pun dah sihat.

    kalau pakai laser or clamp rasanya tak de sakit apa..

    • sW33tdaRLinG says:

      laser atau clamp tak sakit, tp pendapat saya biarlah budak tu tahu yang dia pernah jalani khatan…. biar dia tahu, lelaki wajib berkhatan, cemana berkhatan, apa yang dibuang ketika berkhatan… kan?

  4. akubiomed says:

    Teknologi yang ada pada zaman sekarang mencebabkan berkhatan tidak sakit lagi. Anak perempuan pun dikhitan ketika kecil tentu tidak dapat ingat lagi.

  5. yaty says:

    betul kak..
    kita pun setuju biarlah dikekalkan tradisi berkhatan tue utk the boys..
    baru lar dorang boleh ingt cmne rasanya dorang berkhatan..
    kalo buat dari umur kecik, mcm xda makna jer..

    marilah kita berkempen yerk..
    :)

  6. Suriaamanda says:

    kawan along masih x khatankan anak dia..bukan anak lelaki tau..anak perempuan..dah 4 tahun nak masuk 5 tahun dah budak tu…x tau la pesal..kata dia anak perempuan x wajib khatankan…

    • sW33tdaRLinG says:

      budak perempuan memang tak wajib berkhatan, tapi jika dikhatankan.. ia boleh menjaga nafsu kanak2 terbabit… tapi 4-5 tahun dah besar.. Ika berkhatan masa setahun aritu pun bidan komplen dah keras kulitnya… kesiannn!~

  7. Dee says:

    cara camana pun aku rasa eloklah masa dia dah darjah 1-3, so that ianya menjadi kenangan manis dalam hidup anak2 kan..nak2 kalau ramai2 ngan sepupu sepapat, mandi sungai or bomba siram pun takpe, kena dokong ngan ayahnya..fuh..lagi seronok..

  8. Lyn Yusoff says:

    lebih suka klu kta kekalkan tradisi berkhatan ni..
    at least leh citer kat anak2 nnti..
    kt kg i ni, tiap2 thn dorg buat majlis berkhatan beramai2.. my nephews pun participate..
    seronok tgk.. see.. ada memori kat situ…

  9. yatie says:

    setiap kali nak beranak anak lelaki doktor mesti tanya…nak sunatkan baby terus tak? I cakap nope…tunggu dorang besar and tahu apa berkhatan dulu. baru dia tahu erti sakit. kalau girl, keluar perut umur 2-3 hari doktor dah sunatkan so tak tahu sakit ke tak/

  10. eliss says:

    seronok jugak ada majlis2 khatan ni :p

  11. zahidahwahid says:

    ada pulak kempen berkhatan ye kak….hehehe
    my daddy asyik kata baik budak laki khatan sama macam budak perempuan…..mean masa masih bayi….hurmm..

    New Entry: 02- The meaning behind your blog name

    Jom buat Cabaran 30 hari

  12. Mr. Moshuchi says:

    Banyak perkara yang berubah selari dengan peredaran zaman dan kemajuan teknologi. Begitu juga dalam hal berkhatan. Berkhatan cara lama/dulu seronok kerana ada elemen-elemen budaya dan tradisi masyarakat Melayu. Manakala berkhatan di zaman moden ni segalanya serba pantas dan laju, dan kadangkala tradisi dan budaya tu tertinggal di belakang. Dari segi peralatan dan cara ‘memotong’ juga sudah berbeza antara keduanya. Jadi pasti ada bezanya antara ‘burung’ yang di desa dan juga yang di bandar..mungkin sedikit dari rupa parasnya :) Boleh juga lihat http://moshuchikata.blogspot.com/2009/11/belalai-anu-telah-dipotong.html

  13. nuriz says:

    memang meriah kalau berkhatan ramai2 ada kenduri dan ada mandi sungai ramai2 kalau dari kecik tu memang tak tau apa2 le pulak, sekarang dah ada ubat2 bius ke apa ke, tak la sakit sgt kot hehe

  14. Razman says:

    Apa kata kita kempen ramai2 sunatkan budak2 pompuan umur 5-6 tahun macam kat Indonesia. Barula ada memori dan meriah utk diorang ceritakan pada anak2 pompuan kelak. Mengapa perlu dirahsiakan budak2 pompuan sunat….bukannya budak2 tu tahu atau ingat bila disunatkan. Disebabkan tak dihebahkan, ramai pompuan2 skrg tak disunatkan yg mana sebenarnya hukum WAJIB bagi pompuan bersunat.

    http://aidanatasya.com/gambar-sunat-perempuan-di-indonesia/

    http://myibrah.com/hukum-khatan-wanita-bagaimana-rasulullah

  15. Azrul says:

    Entri menarik!

    Saya sebenarnya suka kalau kanak-kanak dikhatankan pada umur 10 tahun ke atas. Sekurang-kurangnya masih ingat lagi pengalaman dan perasaan ketika berpantang hehe. Nasib baik saya lalui pengalaman ini semasa sekolah rendah, dapat jugalah bercerita pada anak-anak nanti,

  16. Naziha says:

    Baru2 ni pi hantar bb girl nak sunatkan kat klinik Putrajaya, dokter wanita kat situ sarankan kalau nak sunatkan girl seeloknya umur 3 tahun keatas. kalau baby lagi, amat sukar dokter nak sunatkan sebab “bijik” kecik sangat. Kebanyakan yg sunat masa baby tu katanya bukan bersunat tapi cuma buat syarat aje cucuk hujung kelentit dgn jarum.

    Kalau nak sunatkan mengikut Islam, dokter akan memotong sedikit hujung kelentit dgn gunting, dan ini senang dilakukan sekiranya budak pompuan berumur 3 tahun keatas. Memang ada budak pompuan yg sunat umur 5/6 tahun skrg ni…lebih selamat.

    Kalau tengok perangai bebudak pompuan skrg, berani sesangat, masa kecik “tak potong” la tuu!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: