Aku terbaca kat FB ke mana ntah, SSM ada buat promotion untuk pendaftaran perniagaan dan juga pembaharuan. RM50 untuk 5 tahun tuuu… memang berbaloi2!!…
So kepada kawan-kawan yang ada bisnes kecil-kecilan elok juga daftarkan perniagaan korang. Aku pun dah daftar! Sebelum tu layan dulu gambar tahun lepas, time aku balik bercuti lepas resign kat ofis lama, punyalah lama gambar ni aku simpan dalam draft, lupa nak buat entry…
Time ni, temankan mak dan Che Bunga buat pendaftaran sebab diorang ada nak buat permohonan pinjaman kewangan. Mak memang dah lama berbisnes makanan frozen, cuma tak daftar jer sebab buat kecil-kecilan dari rumah.
Aku yang masih kurus. Masa ni baru 5 minggu kandungan…..



Wah sudah ada syarikat sendiri. Tanniah.