Isnin lepas aku pergi jumpa pakar Homeo, nak periksa kaki aku. Kes aku jatuh kat bangunan PERKESO tahun lepas, sebenarnya sampai skang masih ada kesannya. Tang buku lali certain time dia akan rasa menyengat.
Tapi sejak dua menjak tiga menjak ni, dah jangit plak ke bawah lutut. Dah macam orang tua, nak turun tangga rasa sakit. Duduk lama², bila nak bangun pun rasa sakit. Give up.
Memang dah give up. Dah puas berurut, tapi tak baik² jugak. Mintak tolong laki carikan tukang urut, tak tahu jer manjang jawapannya. Yang dia tahu, tukang urut lelaki. Sekian.
So nak dijadikan rezeki aku gamaknya, tengah duk berborak dengan kawan aku pi luahkan rasa sakit kat kaki ni. Elok benar katanya. Dia pun tengah sakit kaki. Baru jumpa dengan sorang pelakon veteran, Kak Nor. Dia ada buka klinik homepati.
Tumpang jaja gambar yaa, Kak Nor…
Tapi pergi ke klinik tu bukan berubat dengan dia. Dia suruh jumpa dengan pakar, PDr. Azmi. Abang kandung Kak Nor. 2 patients masuk sekaligus, memang panjang ler cerita jadinya. Hal penyakit kaki ni, sikit jer penyelesaiannya. Tapi berborak hal lain yang jadi panjang. Sambil² tu, doktor cek darah, kolesterol dan gula aku.
-
RBS 4.8
-
Cholesterol 211
-
Bp 125/70
Alhamdulillah, masih di bawah kawalan. Sambil² borak, tak sangka banyak pulak ilmu lain yang aku dapat. Ilmu roh dan jasad. Keluar macam² cerita. Kalau tak kerana ada patient lain yang datang, mesti banyak lagi cerita yang keluar.
OK, sementelah dah dapat ilmu. Kat sini aku nak kongsi skit apa yang aku dapat semalam dan insyaAllah, aku pun nak mulakan kehidupan sihat untuk tubuh badan aku ni. Antara kata PDr. Azmi, setiap wanita seharusnya ambil supplement seumur hidup terutamanya apabila umur meningkat 30an. Antaranya adalah Evening Primrose Oil. Dia siap tuliskan nota untuk aku antara kelebihan Evening Primrose Oil ni.
-
Mencantikkan kulit
-
Mengimbangkan hormon
-
Mencegah barah buah dada
-
Mencegah barah pangkal rahim
-
Menjaga jantung dan mengawal paras kolesterol
-
Melambatkan proses menopause
Lagi satu. Especially kes macam aku ni yang culas minum susu. Walaupun macam tu, tetap perlukan kalsium. Bolehlah ambil ubat pil kalsium tapi pastikan CALCIUM MILK. Sebab kata doktor, kalsium pun ada macam² kalsium. Doktor tu ada jual semua keperluan tu tapi sebab dah membayar ubat untuk kaki aku yang sakit ni sampai RM220, maka aku terpaksa tangguhkan dulu nak ambil supplement tu. BUT insyaAllah, I will… ini azam aku!
Last but not least, inilah gambar PDr. Azmi. Cilok kat FB beliau keh keh keh. Rock tak? Memang rock! Dia pun memang minat muzik. Itu hobby dia.
Kata aku, kalau dalam masa 10 hari tak baik lagi cemana?
Add FB dia. Kalau ada apa² masalah, inbox jer. Cool!! Mana nak cari doktor macam ni? Semoga Allah murahkan rezekimu PDr. Azmi.



alamak sis….tak sangka leh melarat sampai cenggitu…
rasa bersalah pun ada gak ni….ya ampon ya ampooonn….
hope you’ll feel better soon…
bagus u share tips ni sis…
sbb i memang tengah plan nak amik supplement…
dah lama masuk 4 series ni…
tapi lum amik apa2 supplement….
janganlah rasa bersalah. i pun tak salahkan diri i.. muahahaha…!
beb, amik supplement yang i cakap tu, evening primrose oil & calcium milk. Dua ni sangat penting. selama ni pun tahu kalsium sangat penting nak nak tulang dah nak mereput ni tapi duk ketegaq culas nak minum…
owh EPO… dulu ada amik yang dari cosway punya, but since susah sangat nak ke cosway trus stop… huhuhu… remaja macam saya ni (perasan muda lagi) xpe kan amik EPO jugak? hehehe thank for the tips kak…
semua boleh ambil… untuk kesihatan sejagat. cosway mesti mahal kan?
evening primrose oil… menarik gak tu… lelaki boleh tak guna…?