Hipokrit

Friday, 8:57 pm

Duduk di dalam kelumpuk seni
Harus pandai bermuka-muka
Hipokrit
Senyum di bibir, berkulat di hati
Janggal
Lama-lama sebati

Sekian,
Posted in Diary | 4 Comments

34

Wednesday, 10:44 am

Selamat Harijadi untuk diri sendiri.

Sejak dah masuk 3 series, tiap² tahun pun kena kira dah berapa umur. Tak hafal dalam kepala, sorry ya… maklumlah, hati masih mahu muda. Hehehe

Sekian,
Posted in Diary | 7 Comments

Kena Buli

Tuesday, 10:00 am

Balik mengundi di kampung. Sampai² jer, Zaim kena buli dek abang aku. Pasrah jer nak…

Sekian,
Posted in Diary | 3 Comments

Mood Cuti

Friday, 12:09 pm

Pelik semacam gambar kempen “Jom Balik Mengundi” ni kalaer ijau. Sekarang ni, warna² sangat sensitif. Jangan tersilap pakai kaler, terus kena cop! [takde poster lain dah]

 

 

Tak pernah aku suarakan pilihan aku kan? Takpe, skang aku reveal kan pilihanku. Ehhhh tak payah nak cemek muka sangatlah. Ada aku pertikaikan pilihan korang?

Aku rasa, aku tak pernah lagi kuarkan apa² status tentang pendirian aku terhadap PRU13 ni kat mana² especially FB. Sebab aku taknak kawan² aku yang aku sayang kecik hati dengan apa yang aku tulis nanti, sebagaimana aku kecik ati dengan status kawan² yang bukan main lagi kat FB nun…

Yaa… aku kecik hati. Korang nak kutuk parti lawan bukan main lagi. Korang sedar tak, korang kutuk tu umpama cubit peha kanan, peha kiri terasa?

Apa salahnya kalau korang buat status memuji² parti pilihan korang?

Aku rasa sangat jarang orang yang buat status memuji² apa yang parti pilihan korang telah buatkan untuk korang. Yang banyaknya status provokasi, mengaibkan dan menjijikkan pihak lawan.

Ehhh… panjang plak berleter.

Aku nak tulis SELAMAT BALIK KAMPUNG jer kepada semua kawan² yang bersemangat balik kampung untuk mengundi termasuk aku.

Aku sangat excited sebab dah 2 penggal aku tak balik mengundi. So ini adalah kali kedua buat aku untuk menjalankan tanggungjawab terhadap anak bangsa.

Sampai jumpa lagi hari Selasa, insyaAllah. Ramai jugak yang cuti Isnin kan…?

Sekian,
Posted in Diary | 3 Comments

Masih Ada Waktu

Thursday, 10:00 am

Giliran Zulfan pulak. Ini kali kedua Zulfan dapat berlakon. Dan dua-dua watak pun dapat dialog. Hehehehe rezeki Zulfan.

015

Yang ni katanya keluar kat RTM. Tak pasti lagi RTM1 atau RTM2. Huuhuhu pun jarang sangat bukak RTM.

011

Sesi menghafal dialog. Dapat 2 scene. 2 scene tu jugak ada banyak dialog. Jenuh aku kena sama menghafal dialog dengan Zulfan.

Si Zulfan ni pulak, bila dia tengok 2 orang budak ni pandai baca skrip sendiri, dia pun nak berlagak² la konon² pandai baca. Dia tanya aku line mana dia punya dialog. Pastu bila practice, tanya dia bukan main lagi menunjuk skrip tu konon² dia pun baca. Hahahaha! Semoga cabaran ini membuatkan Zulfan cepat pandai baca.

Ada cerita sadis di sebalik shooting hari Jumaat lepas.

Calltime pukul 8am. Eh memula dia panggil kul 9am. Pastu tukar ke 8am katanya nak buat scene budak 1st. So aku budget mungkin akan habis awal. Kalau datang terus shoot, paling busuk pun 2 jam mesti habis punya.

013

Malangnya, ejen yang cari extras tak bagitahu scene budak tu ada dialog. Yang budak lagi sorang datang memang tak boleh berdialog (budak sama yang shoot dengan Ika semalamnya).

So PM (production manager) nak release budak tu. Nak cari budak lain dan dan tu  jugak? Alahaii….. 12.30pm baru datang budaknya. Bayangkan aku yang datang menunggu dari pukul 7.45am ni….?

Pastu dah pukul 12.30pm bukannya boleh terus shoot. Diorang break plak untuk solat Jumaat. Duuuhhhhhhhhhhh!!

Pukul 2pm baru start shoot.

 

017

Shoot 2 scene memang sekejap sangat pun. Memang tak sampai 2 jam. Nak nak cuaca plak dah gelap nak hujan. Betul² last scene tu dah turun pun hujan sebenarnya.

Sekian,
Posted in Diary | 4 Comments