Alahaiii dah lama sangat dah gambar ni… dah almost sebulan kot. Takpe, seperti biasa jangan bazirkan gambar yang ada.
Kisahnya di hari kejadian, Zaim punya babysitter mintak cuti sebab nak hantar anaknya check-up ke hospital. Anak dia tu ada masalah gas dalam perut, ke camne ntah sakitnya tapi memang tak boleh letih or silap sikit nanti kang muntah jadinya.
So takde cara lain, terpaksalah aku bawak Zaim ke ofis. Syukurrrrrrrr alhamdulillah sangat sangat dengan pekerjaan aku sekarang yang sangat flexible. Janji aku ada kat ofis, cukup.
Tilam tu aku baru beli dan memang letak kat ofis. In case Zulfan & Ika yang datang transit kat ofis kalau hubby sibuk. Beli kat Carrefour jer pun harga dalam RM30 jer kalau tak silap. Selain untuk anak², maknya pun boleh tumpang tidur sekali kalau mengantuk. Tapi dah jarang dah aku tidur skang ni. Dulu jer waktu ngandungkan Zaim, tetiap hari pun nak kena lelapkan mata. Takpeeeeeeeeee, sapa nak marah? Asalkan bunyi telefon aku dengar, aku angkat cukuplah.
So waktu Zaim tidur, aktiviti berjalan seperti biasa tapi bila dah bangun…..
Hmmmmm… moh keje! Duduk ngadap PC macam mama jugak ya. Baca blog mama tu, kasi rating naik tinggi. Hehehehehe
Bulan Disember ni babysitter Zaim cuti lagi. Balik kampung. Kali ni 2 minggu plak. Lalalalalalalalala habislah mama!~~~



lamanya cuti bs akak cuti..kena gi keje lah yer zaim?
syioknya tengok zaim tidorrr…
cam nak join sekali….
untung u sis, ofis you very flexible…
susah nak dapat suasana cenggini….
alololo..zaim jadi bos ye..
syoknya kerja mcm gini :P
Makin tembam.