Muzium Samudera

Friday, 10:00 am

Back to Melaka mood. Semalam tak kesampaian nak buat entry sebab busy nak menghabiskan drama Korea episod akhir.. muahaha… hokeh, sambung trip Melaka.

Lepas dah masuk ke Memorial Penyistiharan Kemerdekaan, kami jalan kaki ke Muzium Samudera. Dari dulu zaman bujang pun, aku asyikkkk teringin nak naik ke kapal besar duk kat tengah² bandar Melaka ni tauu tapi tak kesampaian. Dan akhirnya, kerana anak² maknya dapat masuk sekali.

Tiket cuma RM6 dewasa, kanak² percuma. Tapi kalau korang warganegara Malaysia, dapat diskaun RM3. Dapat masuk 3 muzium sekaligus, cuma jangan hilangkan tiket yang dibeli di Muzium Samudera ni..

Tarikan utama Muzium Samudera adalah replika kapal Flor de Lamar (Portugis) yang dibina pada awal tahun 1990 dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, pada 13 Jun 1994.

474

Nampak tak kat tangan Zulfan pegang apa? Dia pegang kad yang dia ambil kat hotel. Setiap kad tu ada tunjukkan tempat² yang menarik kat Melaka ni. So every tempat yang kitorang pergi, dia buat checklist. Mana yang ada kad tapi tak pergi, dia akan question.

Macam duck ride tu, dia tanya. But fortunately, memang dari kecik Zulfan ni anak yang baik. Bila kita cakap mahal, dia terima alasan tu tanpa soal selidik lagi. Lagipun, kami memang tak cukup masa. Kat sini ajer pun dah makan masa setengah hari. Nak berkejar balik ke KL lagi hari tu jugak.

475

476

481

482

485

487

489

490

Rata², dalam kapal ni ada model² kapal lama, dan model barang perdagangan yang dijalankan di Melaka pada zaman dahulu. Tak banyak barang² peninggalan lama yang asli kat sini, tapi dapat masuk ke dalam kapal, rasai sendiri suasana kat dalam ni pun, dah cukup puashati.

Lepas dah naik kapal, kita masuk ke Kompleks Muzium Maritim, duk kat sebelah kapal tu ajer. Ingat pesanan kat atas tadi, jangan buang tiket RM3 tu, kalau tak, kena bayar lagi.

492

Kat dalam ni plak lebih kepada model² sampan yang digunakan zaman dahulu, terutamanya nelayan di Melaka. Tak banyak gambar kat sini sebab muzium ni pun kecik ajer. Rata² di bahagian bawah muzium ni berkisar pasal kehidupan rakyat Melaka di zaman dahulu.

493

Bermanja dengan Laksamana Hang Tuah. Betul ke gitu rupa Hang Tuah? Kembang jer hidungnya. Hehehe….

Hubby & Ika kepenatan. Pancit betul lah korang! So Zulfan dan aku naik ke tingkat atas. Ada pameran WWF (World Wide Fund for Nature) kat sini. Ada replika angkawasan.

494

Ada jual batu² krypton kat sini. Tapi aku tak beli, sebab utama purse ada kat hubby di bawah. Kalau tak, rasanya harus gak aku membeli satu keychain buat kenangan.

Keluar dari Kompleks Muzium Maritim, kami ke tempat ketiga pula yang terletak berhadapan sahaja. Kena lintas jalan. Muzium Tentera Laut Di-Raja Malaysia.

Kat sini banyak barang² Tentera Laut, baju seragam, peralatan, pengangkutan. Bukan ajer di dalam bangunan malah kat luar pun ada.

495

496

497

499

500

501502

504

507

508

Tengok gambar tak puas. Kena datang sendiri dan alami sendiri. Hehehe, iklan Melaka plak.

Phewww lega, hutang jenjalan Melaka settled. Walaupun lagi banyak gambar dari cerita, layankan ajer sebab dah lama sangat, dah lupa cerita apa nak tulis kat sini. Tapi hakikatnya, memang kenangan yang besar buat Zulfan. Yupp, lawatan ini untuk Zulfan semata² sebenarnya. Tiada yang lebih penting, dari pengalaman anak².

Panjang giler entry ni kan? Baluuunnnnnnnnn… Kalau tak cerita sekaligus, tak kenalah. Sebab Muzium Samudera, Kompleks Muzium Maritim dan Muzium Tentera Laut adalah satu pakej, satu tiket.

Akhir kata, tak tahu nak penutup apa dah. Lenkali wish dapat bercuti lagi di Melaka, kalau boleh nak pergi Muzium Baba Nyonya, nak masuk ke Istana Kesultanan Melaka. Dan banyak lagi kan tempat² bersejarah kat Melaka ni….?

Sekian,
This entry was posted in Diary. Bookmark the permalink.

12 Responses to Muzium Samudera

  1. atty says:

    salam amy..
    kty pun kalo pergi melaka ni tak penah jemu2..
    walupun mil org melaka..tp lor ni dah sewakan umah kat melaka..

  2. rasp says:

    ooooooooo u masuk gak ek sis…
    best best best….
    i gak lum sampai2…
    and i pun lum puas2 holiday kat melaka nie sis…
    nampak happy tul zulfan tu sis…..
    menyengih jer ;)

  3. Dee says:

    aku gi melaka kalau masuk muzium kapal tu..gi muzium sebelah je..x pernah smpi muzium tldm tu..menarik utk info anak2 kan..cer kau bawak gi planetarium negara..confirm zulfan & ika lagi suka…

  4. akubiomed says:

    Tempoh hari tidak sempat masuk dek kapal tentera laut sebab hari hujan.

  5. KiD says:

    ahhaaaa… lalu je muzium nih.. tak sempat nak masuk lagi sebab pegi time public holiday… kena gi time hari biasa.. hehehee

  6. zahidahwahid says:

    Wow! terkagum dengan zulfan.. a very systematic person… hehehe… stress bila fikir bila dapat pergi jalan2 kat melaka tu….roommate baru je pergi weekend hari tu, jealous -.-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: