Iyalah sangat menunggu 40 hari walhal abis semua dah bantai makan… Takpe, ikut kemampuan diri. Sila jangan ikut aksi saya di rumah anda… Hahahaha
Bersempena hari ke 40 ni, aku nak ucapkan syabas kat diri sendiri. Tapi hari ni nak cerita pasal pergi klinik buat injection 1 bulan untuk Zaim on 3rd July hari tu.
Anggun tak makcik dalam pantang pergi klinik? Hehehehe. Pestime beranak boleh pakai balik baju kurung yang ada dalam lemari. Selalunya tak muat tang pinggang or bontot. Told you, this time punya pregnancy kan ai tak selera nak makan. Bulan2 terakhir baru selera terbuka. So badan makcik alhamdulillah tak membesar sangat. Timbang baru ni pun terlebih 1kg jer dari berat normal. Syukran!~
So, kami hari tu jadi mem besar. Sampai2 jer klinik terus melilau cari kakak ipar. Pastu terus potong queue masuk check-up. Eh, actually bukan potong queue sebenarnya. Aku ada nombor giliran. Nombor 1 lagi tauuu!! Sebab kakak ipar aku awal2 dah masukkan buku dalam bakul giliran. So tidaklah dikira potong queue kan kan kan?
So berat Zaim dah 3.75kg hari tu. Ikut graf memang la ideal tapi still bawah paras rendah. So nurse nasihatkan kalau boleh banyakkan lagi menyusu supaya berat dia di tengah2 paras ideal. So idok ler nanti tersasar ke bawah paras ideal plak, in case.
Dah check bagai, buat injection plak. Zaim seharian hari tu, macam balik ke usia dia di hari pertama, memanjangggggggg jer tidur. Bangun menetek pastu sambung tidur balik. 48jam dia macam tu. Nak kata tak risau, risau ler jugak. But since dia bangun gak menetek so kurang ler risau tu. Happy pun ada gak sebab boleh layan Korea habis2an ringan skit keje menjaga dia.. Hehehehe.
So time nak kena cucuk tu, nurse suruh aku goyang2 hidung dia biar dia terjaga skit. 3-4 kali kejutkan dia, tetap tak berganjak. Pastu kejut lagi, dia macam dah menggeliat skit terus ler nurse cucuk kat peha dia. 3 seconds lepas kena cucuk, terus melalak. Melalak selak yaa, bukan melalak uwaaaaaaaaaaaa macam tu. Bahaya hokeeeyyy! Tapi nasib baik ler uwaaaaa tu keluar jugak akhirnya, terbentang ler suara dia.. Bagi upah susu, terus diam. Good boy!~
So alang2 dah datang klinik, nurse pun buat soal jawab perancangan keluarga dengan aku, so aku terus amik planning plan. Aku decide nak buat injection depo. Yang inject kat montot dua atau tiga bulan sekali. Senang, tak payah nak kena ingat makan ubat hari2. Kang lupa, tu yag tersasau terberanakkan si Zaim tu. First time amik planning kat klinik kerajaan. Dulu aku amik injection depo, aku cucuk kat klinik swasta. Sekali cucuk RM55 for 3 months. Tapi bila amik kat klinik, sah2 ler free but only for 2months. Nanti dah nak abis 2 bulan, berulang lagi ke klinik amik injection.
Tapi aku pernah dengar cerita orang, kadang2 kat klinik takde stok nak buat injection so terpaksa ler kena tunggu. Hmmmm parah gak kan kalo camtu?
Lepas tu, masa nak pergi cucuk tu senangnya sebab tak payah tunggu giliran. Takde orang pun dalam bilik tu. Nurse ada 3 orang tu siap goyang kaki lagi berborak2. Tapi punyalah lamaaaaaaa nak tunggu dia interview aku satu. satu. sebiji. sebiji dia soaljawab. Nurse pelatih ler katakan, ada ler yang dia nak buat kajiselidik tu tapi tolonglah efisen skit. Tanya sepuluh kali tanya, nak tulis pun tanya lagi berkali2. Patient sorang jer, tukang buat keje sampai 3 orang pastu siap argue2 lagi nak tulis jawapan aku dalam buku. Korang ingat ni nak jawab exam ke hapa?
Si Zaim kat luar, hubby dukung dari elok sampai dah merengek minta susu. Siap aku sempat menyusu dalam bilik injection tu, puuuun tak habis2 lagi soal selidik dorang. Itu pun aku dah singkatkan masa aku cakap, apa2 soalan pasal penyakit kronik saya takde, alhamdulillah sihat walafiat. Pastu kakak ipar aku dah 2-3 kali ulang alik situ tengok aku tak siap2 gak lagi dia pun sound ‘adik-adik’ tolong cepat sikit. Lemau sangat tau!
Tapi time kena cucuk tu, aku terasa sangat jarum dah kena kulit tetiba dia tarik balik. Ntah apa silapnya dia cakap kat aku suruh tunggu. Pastu dia shoot lagi satu injection. Hurmmmmmmmmmmmmmm. No komen! Jangan ada mudarat sudahlaaah.
So dalam2 potong queue tu, 2 jam gak ler aku duk bertangga kat klinik tu. Masa memang banyak spend kat injection tu jer. Grrrrrr!.. Eh ada gambar hubby kat klinik, kebetulan dia balik ke kampung 2 malam sebelumnya. Balik hantar Zulfan. Lepas habis kat klinik, dia terus bertolak balik ke KL. Will miss u again, hubby!~



wah sekejap jer dah habis pantang..
bkn 44 hari ker??
u mkn semua ker?? tak pantang sgt lah erk.. klu tak mudaratkan takpe.. jgn kemudian hari ada effect sudah.. masak woooo
kemain lagi MakCik baju Kuning tu men-stare anak ko!
makcik baju kuning tu neneknya… hehehehhe
Yeahhh…. dah boleh makan cam biasa balik la kan…. ke ko kontrol makan lagi
Xde maknanya nak kontrol makan
ihiks, 2 kali tercucuk utk 4 bulan bertahan kot…kekeke
tengok orang pregnant+nberanak+pantang macam kejap je … tp klu diri sendiri rasa macam alahaiii … heehhe
so pinky lah zaim..hehe
kak..sape nama sil kak tu,hehe..leh tegur2 dia..nnti cepat sikit kalau gi kk hiliran tu
Wah sekejap sahaja masa berlalu seperti semalam sahaja Amy baru bersalin.