Menjemput Anak

Semalam aku ditugaskan menjemput anak² balik dari sekolah.  Hubby ada urusan di Cyberjaya tengahari semalam, so tak sempat.  Memang routine dia hari² hantar dan jemput anak di sekolah.  Bila tak sempat macam ni, akulah jadi mangsa kena ambik [agak jauh dari rumah].

P1050120_thumb2

P1050122_thumb

Kebetulan pulak semalam ada birthday party celebration so memasing dapat goodies laa.. happy sakan!~

P1050124_thumb2

Gambar kat atas ni plak, memang rutin dorang time balik kena ambil kasut sendiri, pakai stokin dan kasut sendiri… Nampak kesian tapi bagus sebenarnya sebab cara macam ni mengajar diorang berdikari…. So tak pernah² pakai stokin sendiri, sejak sekolah dah pandai… Kadang² kalau kat rumah, taknak plak kitorang pakaikan…

Balik dari sekolah, terus ke ofis.  Sebenarnya semalam aku masuk ofis lambat.  Memandangkan kalau dari ofis lagi jauh jadinya perjalanan ke sekolah diorang, maka aku buat keputusan masuk ofis separuh hari.  Pukul 11.30am keluar dari rumah, sebelum 12 tengahari dah sampai kat situ… Itu yang sempat intai² dari tingkap.

Waaahh Ika bukan main excited bila nampak aku, siap eksen kat kawan² dia “Awak, itu mama saya… mama saya datang hari ni ambil saya…” dari luar aku dengar dia duk eksen tuu.. hehehe!  Memang, aku dedulu masa kecik² pun, cukup bangga kalau dapat eksen kat kawan² mak atau arwah abah datang ke sekolah…. Tak tahu kenapa, tapi rasa bangga sangat dan nak eksen lebih²… Korang rasa cam tu tak masa kecik² dulu?

Ehhh sambung cerita.. sampai ofis, perkara pertama yang diminta dek Zulfan – “Nak main game”

image_thumb8

Abaikan muka mak nak enterframe… watak utama adalah di belakang tu.. memasing meniarap atas karpet ngadap laptop… Selalunya Zulfan main game kat PC bilik sebelah tapi ntah napa PC tu dah rosak tak boleh on dua minggu lepas… So aku buka laptop company yang ada dalam simpanan aku.  Bagi dorang baring² kat belakang tu [port tidur tuuuuu].  Unfortunately, semalam siap bergaduh berebut nak main game.. selalunya Ika sabar jer tapi semalam boleh plak berebut².. Hangen sangat rasanya!!!~

Hari ini, sewaktu entry ini ditulis, mereka ada lagi kat belakang aku… Tetiba hubby call pukul 11.30am tadi nak hantar bebudak tu ke mari.  Katanya dia nak ke Kertih, adik ipar dia mintak tolong hantar barang ke sana dengan van.  Penat lelah semalam melayan dorang tak abis lagi rasanya tup tup hari ni kena hadap lagi.  Aku tak kisah kalau dorang boleh duduk elok² tak bergaduh.  Tapi bila dah tang bergaduh, berebut, mak nak high-pitch pun sangkut² duk dalam ofis ni walaupun takde orang….

Apa boleh buat, tahi kambing bulat ~ penah nyanyi lagu ni masa kecik² dulu tak?

Hadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaap!!  Lebih hadap arini kena tidur sorang²… tapi kata hubby, sampai jer sana dia terus bertolak balik.. Ye laa bertolak balik tu bukan sejam dua jam punya perjalanan.. Kalau ikut perangai hubby yang suka berhenti², tidur tengah malam, mahunya esok pagi atau tengahari baru sampai…. Kalau ini berlaku, nampak gayanya budak² kena ponteng sekolah… Mak tak larat nak hadap ngantar dorang pepagi kena sampai sekolah sebelum pukul 8pagi…

 

**apa masalah pulak scheduled entry ni tak keluar on time? merajuk dengan live update kerrr?

Sekian,
This entry was posted in Diary. Bookmark the permalink.

5 Responses to Menjemput Anak

  1. Nurul says:

    Aloo comelnye anak akak ni.. Nurul kalau kecik2 dulu bila mak dtg ambik, hepi giler.. ;)

  2. wida says:

    belum tmbh adiknya pulak nanti…hihi.

    mmg pening jugak nak melayan bila dh start gaduh2 n berebut ni.

  3. Lyn Yusoff says:

    baru 2 org kan..

    lum tiga lagi.. hehehe

  4. akubiomed says:

    Esok sudah bertiga macam mana agaknya perang dunia ke 3 jadinya :-)

  5. Iyra Mutalib says:

    high pitch jgn smp keluar adik depa cukup,.. sabar ye sis..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: