Mengensot Dah Pulak

Tuesday, 3:30 pm

Dua tiga hari ni, bukan main lagi si Zaim meniarap. Tahu² jer dah berpindah tempat.

IMG00304-20121007-1717

Pernah twit kan gambar kat atas ni. Port asal dah tentu² lah kat atas tilam tu. Ehh tetiba dah berpindah atas tikar. Aduiii… bila masa dia bergerak? Seriously, kalau kita tenung jer dia tak berkalih, memang kat situ ler jugak duduknya. Tapi bila dah kalih jer mata kita ni, tahu² jer dah ke lain arahnya. Main silap mata ke, Zaim??

 

IMG00307-20121008-1844

IMG00308-20121008-1845

Ini plak gambar 2 hari yang lepas. Dah nampak dah…. dah start main angkat² bontot plak dah. Ker memang itu cara dia bergerak pantas selama ni. Entah² nak merangkak plak kot????

Knowing Zaim memang tulang keras dan badan memang pejal sejak lahir. Ehh memang semua anak aku pun cenggitu. Dia faham mama dia memang jenis kasor tak reti nak beralus, sebab tu Allah kurniakan anak² yang kuat tulangnya. And now, memang payah nak mandikan dia sebab dia tak mahu duduk!

Sometime aku kena tekan bahu dia nak suruh dia duduk tapi dah dia taknak duduk memang tak bengkok pun lututnya tu tegap jer. Habis², mandi ler berdiri. Pasrah ler satu tangan pegang ketiak, satu tangan curah air. Nak pakaikan baju pun macam tu. Sibuk nak meniarap taknak terlentang lama² sudahnya pakai baju sambil berdiri ler jugak… Huhuhuhu

 

 

IMG00298-20121006-1327

Gambar ni plak gelagat dia duduk dalam bassinet tu. Memula sibuk dia nak meniarap lepas tu abis tunggang langgang bassinet tu yang naik Zaim, bukan Zaim naik bassinet. Gambar diambil setelah berjaya mengawal keadaan, walaupun tangan tersepit langsung tak menangis. Tak reti sakit agaknya??

 

IMG00299-20121007-0950

Gambar yang ni plak, dia menggelongsor turun. 4-5 kali letak pun, dia end up angkat bontot then menggelongsor. Kesudahannya, dah selamat store kan balik bassinet tu untuk next product pulak [eh???] hehehehe….. Kalau Allah nak kasi, mungkin ada hikmahnya. Siapalah kita nak menidakkan rezeki. Cakap seribu kali taknak pun, kalau dah ada laki takkan tak buat? Eh eh eh? Tetttttttttttttt….!

Sekian,
This entry was posted in Diary. Bookmark the permalink.

6 Responses to Mengensot Dah Pulak

  1. suriaamanda says:

    ayat yang last tu sgt menarik..huhu

  2. akubiomed says:

    Sudah mula hendak merangkak dah. Anak buah saya baru belajar pusing badan tak sampai 2 bulan.

  3. hatiputera says:

    Tak lama lagi merangkak la tu.

  4. Dee says:

    buat tetap buat..jadi ke tak je tak tau..hahaha..

    wah..zaim ni sok cpt jalan lah aku rasa..hehehe..

  5. hahaahahaha production postponed dulu buat seketika boleh??? hahahahahhaha…

    kan main lagi si zaim chubby nie tau…..

  6. wida says:

    cepatnya zaim..dh meniarap mngensot bagai.

    anak sy baring lg kak..mngiring pon sikit2 je

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: