Masuk adalah percuma. Ada penjaga yang duduk kat meja reception tu, cuma masuk dan senyum pada mereka. Yer lah, dah ler tak kena bayar.. Nak masuk sedekah senyum pun kedekut ker? Senyumlah.. dan pasti mereka pun akan balas senyuman anda. Dan jangan lupa ucapkan terima kasih pada mereka bila nak keluar nanti. Tetiba iklan kerakyatan plak kat sini. Hehehehe
Basically, kat dalam memorial ni banyak barang² peninggalan lama sebelum kemerdekaan. Contohnya, duit lama, kapal² dagang yang digunakan untuk peniaga dari luar masuk ke Melaka, pakaian tentera atau polis sebelum kemerdekaan, peralatan elektrik lama seperti radio ataupun alat perhubungan dan macam² lagi.
Zulfan adalah penakut bila nak lalu pintu masuk ni. Banyak kali cakap kat dia, itu patung laaa bukan orang dulu² yang dah mati tapi dia tetap kecut perut. Jadi hasil tangkapan gambar dia adalah sangat bergegar. Yappadaaaa……
Patriotik giler perasaan aku bila dapat berdepan sendiri dengan Meja Merdeka ni… Sayu pilu bangga semua bercampur baur dalam hati aku. Weeiihhh, aku ni nampak jer rock. Tapi bila masuk bab² patriotik gini, airmata aku boleh meleleh tak pasal² taawww….
I wonder mana perginya gambar replika kecik saat² Tun Hussein Onn melaungkan kemerdekaan depan Meja Merdeka tu. Terdelete kah? Sayangnya………….



Noks sejak bila ko jadi Ketua puteri UMNO neh *Merujuk pada gambar 2nd last*
Kaler pink puteri yaaa…? Muahahahaha
wah..tak pernah lg smpi sini..aku pun kdg2 terlebih patriotik…
sempat lagi bwk anak2 cuti sekolah nti
wah!! teringin nak pergi jugak…
pergilaaah, mmg seronok kalau dapat berangan duduk zaman lama
Belum masuk lagi selain lalu sahaja dihadapan bangunan.
dulu pun takat lalu jer tak singgah. Skang dah ada anak, ada alasan utk lesson budak2