Menonton secara atas talian [online] sahaja.
Man Ok atau dalam bahasa Inggeris bermaksud Full House. Yes, lama giler tunggu citer Full House 2 ni, akhirnya keluar juga dengan tajuk Full House Take 2. Tidak, bukan kesinambungan… tidak ada kena mengena langsung drama Full House yang dulu tu…
Tapi point cerita adalah sama, berusaha keras untuk mendapatkan semula rumah pusaka yang ditinggalkan oleh ibubapa yang tergadai.
Full House dulu, heroin yang tergadai rumah maka dia terpaksa bekerja untuk si hero. Full House Take 2 ni, hero yang tergadai rumah maka dia bekerja keras sebagai artis/penyanyi demi menebus semula rumah tersebut dari agensi tempat dia bekerja. Si heroin pulak, Jang Man-Ok secara kebetulan dipaksa bekerja sebagai stylist untuk Lee Tae-Ik (hero) kerana diperas oleh agensi Tae-Ik yang memang kejam.
Cerita memang menghiburkan tapi tak berbaloi kalau nak beli CD.
Tapi aku tak puashati satu benda jer. Kenapalah mereka meng-hodoh-kan hero yang ensem ni????? Penantian yang sangat² mengecewakan. Dah 2 drama (Gumiho & Midas) si No Min-Woo ni berlakon ensem gilerrr tapi sebagai 2nd hero jer. Bila jadi hero utama, kenapa kenapa kenapaaaaaaaa [kenapa aku emo???]
Hodohya kaauuuu Min-Woo buat rambut cenggitu?? Si heroin pun sama hodoh kat permulaan cerita sebab buat rambut kerinting menggerbang.

Haaaaaaaaaaaaa… kan ensem & cantik sebenarnya memasing? Kenapa laa berlakon jadi hodoh sangat??? Takde motif sangat rasanya nak kasi hodoh kecuali watak Jang Man-Ok tu, memang cliché sangat heroin memula hodoh pastu jadi cantik then jatuh hati…



tak tgk lagi…best ke kak?
bajet artis kenalah rambut cam tu..hikhik
dah bis tengok ke kak? tak tengok lagi… bila masa nak mendownload ni… adeh! hehhehe
dah abis.. now tgh rolling I Miss You plak lakonan HYE