Main Air Pula

OK, haritu dah cerita kitorang pergi main salji kat Snow Walk i-City. Keesokkan harinya, kitorang bangun pepagi nak main air pula. Kat mana? Kat Desa Waterpark!!

P1060380

 

Kenapa Desa Waterpark? Kenapa tak pergi Sunway Lagoon yang tersohor tu? Ataupun kat i-City yang baru buka tu? Ada corong giant kat situ….

Kat i-City tu, time aku pergi belum bukak lagi. Sunway Lagoon plak, dah banyak kali pergi. Tiapkali pun pergi Sunway Lagoon. Memang ler best, tapi memandangkan nak save budget plus mengenangkan bebudak ni semua tau nak main air jer so kitorang pergi ler try Desa Waterpark plak. Entrance fee pun murah. RM30 for adult & RM20 for kids. So main ler air puas². Mainan lain bebudak tak pandang.

P1060386

P1060385

Kitorang pergi hari Jumaat. Walaupun cuti sekolah, tapi perlu diingat hari Jumaat adalah hari bekerja. So amatlah lengang kat dalam Desa Waterpark tu. Kitorang plak sampai awal, memang kosong sekosong kosongnya laa.. Siap boleh pikir² nak pilih gazebo mana nak lepak. Tapi haruslah pilih gazebo yang mengadap kolam bebudak. Senang nak rehat pun boleh duduk jer sambil guide bebudak mandi.

P1060391

Dak kecik si Zaim pun ikut sama mandi. Pestaim yaaa Zaim main air ni. So mandi kejap dia dah ngantuk. Memang time dia tido pun pepagi. So kasi dia pakai pampers, balut jer dengan selimut then layan tido…. Aku pun santai² ler bawah gazebo.

Zikri & anak² my bro si Kakak & KakNgah dah hilang pi port lain. Takpelah, dorang dah besar aku tak risau sangat. Lagipun Desa Waterpark ni kecik ajer. Pi mana pun, tang tu jugak boleh nampak. Aku tak amik port sangat la mainan gelongsor ke hapa ke sebab tumpuan aku kat Zaim.

Selain mainan gelongsor yang tinggi pakai pelampung tu, kat sini ada gak satu permainan extreme. Aku lupa apa namanya. Dibuka SEKALI sahaja untuk satu hari. Dia akan annouce. So berduyun² ler memasing beratur nak main. 4 orang 1 pelampung. My bro, wifey, Kakak & KakNgah satu pelampung. Zikri menumpang kat pelampung orang depan kebetulan 3 orang jer. Abang aku suruh aku pi beratur lepas dorang dah main uhhhh malas lerrrr nak beratur bagai. Lambat!

Tapi aku tetap gak dapat satu chance naik gelongsor. Abang aku suruh pi dengan sis-in-law. Dia tengokkan Zaim. Agaknya dia kesian tengok aku tak main apa². Hehehehe… Sayang gak dia kat aku erk. Time kecik² dulu gaduh bagai nak hapa.

Desa Waterpark ni tutup pukul 5.30pm. Tapi disebabkan kami dah sampai awal, maka pukul 3.30pm dah rasa puas main air. So kemas² barang tukar baju bagai, chalowwww……

Last but not least, tayang tuan badan… Peace!!~~

 

P1060387

Sekian,
This entry was posted in Diary. Bookmark the permalink.

12 Responses to Main Air Pula

  1. Iyra Mutalib says:

    ouhh.. da ada baju renang muslimah..

    ok jeles~ hahaha..

    mama, mana gambar boypren ensem saya tuh??

  2. wida says:

    Lawa swimming suit akak..beli mane

  3. akubiomed says:

    Belum sampai walaupin beberapa kali lalu depan pintu gerbang. Kawan-kawan pun ada recommend. Nantilah bawa famili ke sana.

    • sw33tdarling says:

      boleh lah cuba pergi… kalau setakat nak main air dengan gelongsor, eloklah pergi ke Desa Waterpark. Jangan membazir duit ke Sunway Lagoon. Tapi kalau nak kepelbagaian, memang kena pergi Sunway Lagoon laa…

  4. rasp says:

    lagi best main air kat sini sis…

    tak sesak cam kat sunway tu…

    kalo i pun prefer kat sini……

    phewwwiiitttttt org selim pakai swimwear muslimah tu sgt gorjes ok…

    cer kalo org bambam cam i nie…

    hahahahaha tema sarung nangka gitu hahahahaha

    • sw33tdarling says:

      betul.. kat sini relax jer takyah nak rebut². Kalau kat sunway, banyak sangat mainan yg nak dituju sampai tak cukup masa….

      alahaiiii, nama pun baju renang muslimah, lemak2 semua boleh disorok hehehehe

  5. cindyrina says:

    loh! hidup lagi waterpark nih??? mmmmm…enjoy betul bebudak tu jumpa air ye…:)

  6. zahidahwahid says:

    seronoknya diaorang main air…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: