Kota A Famosa

Monday, 10:00 am

Kota A Famosa yang bermaksud ‘masyhur’ dalam bahasa Portugis, terletak di Bandar Hilir, Melaka. Di bina oleh orang Portugis sebaik sahaja mereka berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. Kota ini mempunya 4 pintu masuk dan di bahagian bawah pula adalah tempat kediaman tentera dan kuda bagi tujuan peperangan.

Ecewaaahhh tetiba jadi ahli sejarah pula, walhal sejarah time sekolah dulu selalu jer duduk atas pagar. Hehehe….. I hate reading fact. Tapi kalau kasi cerita² dongeng & khayalan, yang itu nombor satu! Nampak sangat hidup ni, susah untuk menerima kenyataan. Eh?

441

438

444

Cuaca hari tu tak berapa baik, walaupun mendung itu adalah bagus sebab dapat mengelakkan dari terkena cahaya matahari tapi mendung juga bererti akan hujan. Dan kerana khuatir bakal turunnya hujan, maka aku gagal menawan hati hubby untuk bawa kami masuk ke Istana Kesultanan Melaka. Sayangnya……………….

445

446

Aku heran dengan diri aku ni sebenarnya. Time sekolah dulu, cukup menyampah dengan sejarah. Tapi bila bab² melawat tempat² lama gini, aku paling suka! Aku suka berlegar dalam kehidupan masa lampau. Kalaulah aku dalam masuk dalam Istana tu…. mesti aku akan berangan jadi Puteri Gunung Ledang phuiiii… hak hak hak!~

 

Di kawasan tu juga terdapat kereta perisai diraja semasa zaman darurat.

448

447

Kitorang ni amik gambar cincai² macam pit stop jer sebenarnya. Nampak jer apa², “haaa kat situ Zulfan, pergi duduk kat situ mama nak ambil gambar”. Nak mengejarkan cuaca macam nak hujan pun sebab utama juga. Dan sebab lain, tak sabar nak masuk ke dalam bangunan Memorial Pengisytiharaan Kemerdekaan. Kat dalam tu ada ekon. Lalalalala….

So apakata kita sambung citer kat dalam bangunan tu esok pulak? Lap u ols..

Sekian,
This entry was posted in Diary. Bookmark the permalink.

9 Responses to Kota A Famosa

  1. akubiomed says:

    Kalau pergi waktu malam pun menarik juga kerana kawasan sekitar dilimpahi dengan lampu warna-warni.

  2. rasp says:

    kalo time belajar boring sis…
    dok dlm kelas baca dari buku gitu…
    kalo berjalan syiok…leh jamu mata…berangan bagai kannnn….
    sbb tu i tak skor sangat pun sejarah hahahahahahahahaha

  3. suriaamanda says:

    rasa mcm nak pi lagi sekali

  4. eiela says:

    pernah pergi sana sekali je.

  5. zahidahwahid says:

    tak puas jalan-jalan kat melaka hari tu… nak pergi lagi next time..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: