Korea | SungKyunKwan Scandal

Tuesday, 10:00 am

CD ni antara yang latest aku beli sebelum ke labour room.  So tak sempat nak scan cover CD untuk ditayangkan…

Untuk menyara ibu dan adik lelakinya yang sedang sakit, Kim Yun-hui telah menyamar lelaki demi untuk mencari wang dengan menjadi pentranskrip, menyalin buku2 novel. Dia yang bijak dan minat untuk belajar sejak dari kecil lagi, tetapi sebagai perempuan, mereka tidak layak untuk belajar pada waktu itu membuatkan cita-cita dan minatnya terbantut.  Satu insiden telah terjadi sewaktu dia mengambil upah untuk menghadiri peperiksaan bagi pihak pelajar lain, tetapi kerana perbuatannya telah ditangkap oleh pelajar pintar Lee Sun-jun yang juga anak kepada Perdana Menteri, Yun-hui yang pintar akhirnya dititah oleh Maharaja untuk memasuki Sungkyunkwan, sebuah pusat latihan untuk bakal pegawai kerajaan. Dia terpaksa menggunakan identiti adik lelakinya Yun-sik untuk belajar di situ.

Di sana, dia telah ditempatkan satu bilik bersama2 Sun-jun dan seorang lagi anak peguam, Moon Jae-shin yang juga digelar sebagai Kuda Liar kerana sifatnya yang sangat misteri. Dari situlah bermula segala kisah dan cabaran untuk Yun-hui terus menyembunyikan identitinya walaupun pada mulanya keanehan dia telah dapat dihidu oleh Goo Yong-ha, digelar Kaki Perempuan yang mempunyai perasaan syakwasangka yang sangat kuat. Bermula juga pergolakkan perasaan yang dihadapi oleh Sun-jun yang jatuh hati kepada Yun-sik dan menyangka dirinya adalah seorang homoseksual.

Tapi, antara Sun-jun dan si Kuda Liar, kenapa pulak aku terlebih feeling kat Kuda Liar? Hahahaha… agaknya Sun-jun ni lurus bendul sangat kot, dan aku plak jenis agresif so sebab tu aku terjatuh hati pulak kat Kuda Liar tak pasal-pasal….. So, basically citer ni memang best.  Rasanya dah banyak filem atau drama (Hong Kong kalau tak silap) ada terbitkan kisah perempuan yang menyamar lelaki untuk masuk ke pusat latihan macam ni.. Tapi olahan cerita ni tetap berbeza dari cerita lain.

Sungkyunkwan Scandal dah ubah pendirian aku terhadap cerita zaman lama macam ni… [Selalu aku tak lalu nak follow citer zaman purba]

Terbaikkkk!! 5 star plus

Sekian,
This entry was posted in Diary. Bookmark the permalink.

3 Responses to Korea | SungKyunKwan Scandal

  1. phreak-id says:

    Sarang ne Park Min Young.. Mwah!

  2. zahidahwahid says:

    goo yong ha!! saranghae… kekekeke… try tengok deep root tree pulak kak amy… deabak!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: