Korea | Snow Queen

Thursday, 3:15 pm

Terus terang aku cakap, aku beli cerita ni semata-mata kerana ada Hyun-bin… Everything about Hyun-bin, I’ll get crazy! Hahaha tidaklah melampau sebegitu, masih tetap ada hadnya.  Tapi memang betul-betul aku minat dengan lakonan Hyun-bin.  Seboleh2nya akan menonton apa sajer drama atau movie yang dilakonkan Hyun-bin termasuklah Snow Queen.  Ini sebenarnya cerita lama.  Tapi aku baru terjumpa kat tenet Hyun-bin ada berlakon dalam drama ni.  OK, let’s review now.

Kisah dua orang pelajar genius matematik yang bersahabat baik.  Namun, setelah gagal dalam pertandingan matematik, dia mula kecewa kerana itulah pertama kali gagal seumur hidupnya lalu membuat tindakan untuk membunuh diri.  Kesan dari tindakan itu, membuatkan sahabatnya merasa bersalah kerana menjadi nombor satu dalam pertandingan itu dan memberi kesan terhadap masa depannya.  Dia telah berputus asa dalam akademik dan menjadi seorang peninju seperti yang diimpikan oleh rakannya.

Namun, setelah 10 tahun pelajar genius matematik menghilangkan diri, akhirnya dia muncul dan berkenalan dengan seorang gadis malang yang mengidap penyakit dari kecil lagi.  Dejavu.  Rupanya gadis itu adalah gadis yang sama yang pernah ditemui pada zaman sekolahnya dahulu.

Cerita ni ada sedih, dan ada banyak jugak tauladan. Tapi disebabkan aku layan citer ni dengan adik aku, maka rasanya airmata yang keluar tak sepenuhnya.  Cover ler tu konon!~ Walauapapun, aku tetap kasi rating kat Snow Queen 3 star

Apapun, lakonan Hyun-bin memang mantap selamanya.  Saranghe Hyun-bin!!  Bila laa dia nak kuar khidmat negara?

Sekian,
This entry was posted in Diary. Bookmark the permalink.

One Response to Korea | Snow Queen

  1. zahidahwahid says:

    cita ni memang best…. nafsu dengan drama korea macam dah hilanglah… huhuhu… lama giler tak layan drama ni….huhuhuhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: