Gittewwwwwwwwwwww…………….
Baca tajuk senapas, macam tu jugak ler nafas aku nak sampai ke destinasi ni… Destinasinya satu jer, Klang. Tapi abang GPS bawak aku dah ke mana².. Hehehe salah sendiri sebenarnya. Salah mata yang melihat, salah hati yang kurang prihatin. Abang GPS, ku tak salahkan mu… Aku tahu kau jujur. Memberi hanya apa yang diterima. Baiklah.
Lasssssst house for jamuan raya! Actually ada 2 jemputan. Satu kat Klang, satu kat Kajang. Sebab Klang lebih rapat, so mari kita ke Klang dulu. Sempat atau tidak, baru kita ke Kajang. Yang penting, Klang mesti sampai jugak²!
Tanya abang GPS, kat mana Jalan Melayu?
“Jalang Melayu – Klang, Selangor” katanya.
OK, mari kita bertolak.
Dah sampai baru tahu salah. Abang GPS hantar ke Jalan Melayu, tapi tengah² bandar Klang. OK, mari mencari semula.
“Jalan Kampung Melayu, Bt 13”
OK, let’s go!
Passed Shah Alam exit PLUS highway. Passed Damansara. Passed.. Passed.. Passed.. Hati dah berdetik rasa tak sedap. Haiihh, takkan jauh bebenor walhal memang dah Klang pun tadi. Exit Sungai Buloh, aku kasi signal emergency, berhenti tepi jalan. Subhanallah!! Jalang Kampung Melayu, Batu 13!!! Yang aku cari Batu 3, bukan batu 13. Padanlah dihantarnya ke Sungai Buloh pulak.
Zulfan dari tidur dah bangun, terus cakap lapar. Sorry, Zulfan. Kita dah sesat. Tapi ini bukan main² punya sesat. Dua kali sesat, dua benua punya sesat. Nak muntah dah ni nak ulang alik Highway PLUS tu nak patah balik sampai Bukit Raja.
Sampai call Lynn, sambil suruh Mira cari jugak jugak map ke rumah Lynn. Tapi memang tak jumpa ler dengan PAPAGO ni.. Tahun lepas camne leh jumpa erk??
Punyalah keletihan berjalan macam singgah 2 negeri, sampai² jer terus duduk makan. Makan makan makan punya makan. Angkat bontot nak balik, baru bergambar
Thank you, Lynn kerana sudi menjemput. Tak serik laa pun pergi sana sebab dah set to favourite dah map ke rumah you..
Sudahnya, dari Klang terus balik rumah. Tak jadi ler ke Kajang. Itupun, dua kali aku stop tepi jalan sebab mengantuk yang amat! Tak dapat lelap pun tapi dapat gak rest mata kejap yang lali duk nak terpejam jer.. Nyaris² tak langgar toll booth tauuu…. Nasib baik pulak Zaim elok jer tidur dalam perjalanan pergi dan balik… Alhamdulillah!~



gigih kak drive sorang2..dengan 3 anak tu?
Tajuk senafas.. tapi singgah setempat jer hahahaha
aduhaiii sian u & anak2 sampai sesat barat ak pergi rumah i..
akhirnya jumpa jugak kan…
next time jgn serik tau
anyway thx for coming
uishhh sib baik u double check…
kalo dak lagi teruk nak berpatah balik….
fuhh..penat dengar~
hahahahha pakal la sampai ke sungai buloh jerk nok..kot di buatnya kampung melayu majidee peginya kang….
Nasib baiklah gps tak bawa ke LegoLand.:-)
mak aih…mesti penat giler nak patah balik bagai tu… huhuh