Kita Sambung Gambar2 Artis FFM24

Wednesday, 10:00 am

Fuuhhh… entry aku ni tersangkut kat sini lah kan?  Sebab busy kan pekerjaan aku kat sini, blog aku adalah terabai.  Letih sesangat2 buat keje2 event ni rupanya, walau apapun apa berbaloi sebab aku dapat Sijil Penghargaan so boleh ler aku masukkan dalam CV aku.  Pun, aku dapat trofi uols…!~

136

Urusetia Malam Gemilang Perdana yang keletihan… Ini sebahagian dari kami jer.  Nanti last entry, aku tunjuk gambar penuh yaa… Ini port rehat kaki sebab dah keletihan, penamat dah Festival, artis2 dan media tengah duk kat post party.  Kami kat luar, lepak2 sambil tunggu mana2 artis yang keluar untuk di tangkap dan diambil gambarnya ngeeeeeeeeeeeeeee~~

Entry yang lepas, aku stop ngam2 kat Awal Ashaari.  Itu gambar masa aku meninjau2 artis kat dalam post party.  So dari situ aku sambung lagi artis mana yang aku jumpa yaa….

114

Bersama Tan Sri Jins Shamsuddin.  Merangkul anugerah Khas Juri, Pencapaian Sepanjang Hayat.  Beliau datang sebaik sahaja tamat majlis perkahwinan anakandanya, Putera Hang Jebat.  Kalau lah aku, mesti aku dah layu longlai keletihan lepas majilis kahwin uols. 

 

115

Lisa Surihani.  Dia datang dengan Yusri tapi aku segan nak mintak bergambar dengan Yusri sebab kat dalam post party tu dia busy teramat.  So nampak tak Yusri kat belakang?  Kiranya 2 in 1 laa ya… tinggi nya haiii Lisa rupanya.

Start dari sini, aku dah letih nak merayau sorang2 dalam post party tu.. Segan lor nak minta bergambar tapi takde orang nak amikkan.  Huhuhuhu so aku pun keluar laa, menunggu kat pintu luar jer.  Dari awal bukan tak boleh tunggu kat pintu luar tapi ada dua pintu keluar so nasib2 laa jumpa artis mana yang keluar dari pintu yang kami tunggu tu…

 

116

Kenal siapa ni?  Inilah dia Anita Baharom.  Lain kan muka dia? Yaa memang lain skit malam tu tapi nasib baik aku boleh cam lagi.  Dia datang berpimpin tangan dengan anak dia, so cute tapi taknak plak bergambar sama2….

 

120

Sheera Iskandar sangat gorjes malam itu.  Eh dia pun tinggi lor.. [nampak sangat aku yang pendek kan?]  Elehhh plus aku pakai flat shoes, tak de tumit langsung so lagilah menyerlah kekentotan aku tu… hahahahaha

 

121

Sapa tak kenal dengan Kenchan Dewi kan… hitam manis orangnya dari luar.  Aku ni memang tak kira siapa, asalkan aku kenal aku mintak bergambar tak kira laa ko glamer ke idak, ko tercalon ke idak, ko menang ke idak….

 

122

Selama ni aku memang tak tahu nama pelakon ni tapi sejak duduk dengan SENIMAN, sedikit sebanyak baru ler aku belajar kenal nama artis.  Kak Kismah Johar aku memang minat lakonan dia.  Masa dia datang SENIMAN collect kat jemputan, waktu dah petang sangat, masing2 buru2 nak balik so tak sempat nak bergambar.  Nasib baik jumpa kat sini.

 

124

Adam Corrie and wifey.  I can see dia sayang betul kat bini dia.  Masa aku mintak bergambar, bini dia dah mengundur ke belakang tapi dia panggil jugak ajak bergambar sama2.  Alah, aku apalah sangat.  Apa salahnya ye dak?  So aku sekalian melambai kat wifey dia ajak bergambar sekali maka terhasillah gambar ini.  Just to show kat Zulfan pelakon2 Libas yang dia minat sangat tuuu…

 

125

Sapa minat A.Galak???? Makcik aku minat… peminat tegar Gerak-gerak Khas katanya.  Hahahaha just have fun bergambar dengan dia, tu jer.

 

126

127

Lalalalalaa dapat gak bergambar dengan Edry dan Yusry.. Norman? Tak payahlah kot, aku dah bergambar dengan Norman masa malam pembukaan haritu.  Later baru show2 gambar yang tu… Tapi korang nampak tak tangan pink yang terjuluq kat tepi Yusry tu?  Ituuu.. ntah siapa PA dia kut duk rush rush tarik Yusry ajak balik.  Ngada!  Sib baik aku sempat gak bergambar sian kat member aku tak dan.  Eh sekalian Lisa sekali ikut balik, told you dorang datang bersama..

 

128

Wa caya sama lu David Teo!  Eh dia bukan artis tapi BAPAKKKK segala artis.. Siap bawak personal photographer lagi…

 

 

130

Perlew ke perkenalkan jugak penyanyi dan pelakon yang seorang ini?  Inilah dia Marsha AF.  Comel dan cute rupanya.  Dia ada buat persembahan malam tu..

 

132

Jeham Miskin.  Kacak dan shemart sangat.  Ramah jua.

 

134

Yang ni aku malas nak cerita.  Eh nak cerita jugak.  Eh malas!  Apapun aku nak tanya korang, kalau lah korang retis kan, adakah patut korang merungut sakit pinggang di saat2 peminat ramai berduyun nak bergambar?  OK, aku tipu tak berduyun pun tapi ramai ler kan yang ajak bergambar.  Ko nak translate “uuhh bosannya, letih laa nak melayan bergambar ni?” cenggitu?  Dengan orang2 produksi elok sangat ko layan bercakap sampaikan peminat ni termangu2 menunggu ko abis bercakap sebab nak bergambar [bukan aku sorang jer].  Bye bye Eja, tak minat ko lagi!!  Peminat dah sentap.

 

137

Ni siapa?  Pemenang Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.  Aku tak kenal sebab tak menonton pun cerita KL Gangster.  OKBai!~

 

image

Sekian,
This entry was posted in Diary. Bookmark the permalink.

19 Responses to Kita Sambung Gambar2 Artis FFM24

  1. pa'E faizah says:

    sofi jikan namanya…
    eja?? #okbai

    • sW33tdaRLinG says:

      yer sofi jikan.. mmg tak pernah tahu nama dia tp lepas dia menang baru tahu

      • ruziela says:

        sofi jikan tue ade berlakon dalam zombie kampong pisang , berlakon sebagai pembantu perubatan yg sakit jiwa tu la yg melarikan diri dari polis huuhuhu.. sw .. ogy seronok ler tgk cite2 artis dari sw nie… kalu ade info2 baru kasi tau ler ok…. kalu ade funtion yg we all boleh join kasi tau la erk… contoh majlis2 anugerah ker… majlis ruma terbuka ker… bg tau ok.. rojer… nk join sgt… hehehehe

  2. wida says:

    Sofi Jikan ke sis..
    wah dia pulak gi salam kat sis..

  3. syana says:

    suke la yg sofi jikan tu
    hehe aku pn xtau nama dia..tp kenal la muka
    suke tgk dia berlakon..sempoi gile
    perasan dia belakon zobi kg pisang tu..

  4. Iyra Mutalib says:

    retisssssssssss byk nya..

  5. Mya says:

    aku tak penah minat eja.
    baca cerita ko ni lagi la cam huh..

  6. budak comey says:

    chantek lisa surihani, aaaaawait yusry itam bebenor..

    jehan miskinnnnnnnnnnnnnn… i mira sederhanaaaaaaa.. wakakaka

  7. Lyn Yusoff says:

    tak baik retis kata gitu..
    klu takde peminat ko pun tak kemana..
    emo tetiba…

  8. akubiomed says:

    Tingginya Lisa Surihani. A Galak misainya mengancam dan tajam. David Teoh bila mahu tawar watak kepada Amy? :-)

  9. rasp says:

    david teo terbaeeeekkk hehehehehehe…
    byk retis dah u dpt jumpa ye sis…

  10. zahidahwahid says:

    syoknya…jelez..jelez…dan jelez 10000x >.<

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: