Kerisauan Melanda

You know, Zaim dah masuk 6 bulan 4 hari yang lepas. Tapi seawal seminggu yang lepas, aku dah start kasi dia bermanja² dengan solid food since tengok dia dah pandai mengidam tengok orang makan. OK, tipu. Masa umur Zaim 5 bulan 2 minggu lagi aku dah start masak bubur kosong untuk dia. Just bubur & letak kiub pati ayam. Tapi sungguh² plak dia refuse taknak makan, laksana kasi dia makan ubat dijeritnya. So aku stop. Tapi dah nak masuk 6 bulan ni, nak ke tanak ke kenalah jugak makan ye tak? Takkan nak hisap susu sampai ke besar.

OK, respon sangat positif. Dia dah pandai makan. Dia kemam² & cap cap antara lidah dan lelangit sampai masuk ke tekak. Tapi aku kena cairkan skit bubur dia tu. Paling best bila dia mengamuk kalau lambat masuk mulut. Dan dia pun suka sangat bila disuap air kosong. So aku happy because he’s ready now…!

Awal minggu ni, aku pun bekalkan Zaim dengan bubur ke rumah babysitter dengan excitednya. Bubur nasi + labu. Then aku pesan kat babysitter, cairkan skit bubur tu bila nak makan nanti. Letakkan EBM [express breast milk] pun takpe. Then tengahari aku try call babysitter. Actually nak cakap pasal benda lain, tapi babysitter ngadu cakap Zaim taknak makan. Dia tolak balik bubur tu. Then aku suggest tak payah letak EBM, letak air biasa jer. Petang bila nak ambil Zaim, aku dapat jawapan yang mendukacitakan. Zaim tetap taknak makan, katanya. Bila dibagi susu, elok plak dia minum.

OK, mungkin dia rasa tak biasa sebab babysitter yang suapkan. OK, think positive… think positive. Lagipun pepagi tu aku dah kasi dia skit sebab semalamnya dia tak dapat makan bubur, kami away dari rumah.

Taknak cepat putus asa, esoknya aku masak bubur + ayam. Balik kerja dapat lagi jawapan yang mendukacitakan. Zaim tetap tak mahu. Sungguh² punya tak mahu. Huhuhuhu….. Penat mama, nak. Bangun subuh² masak bubur sebab malamnya mama terlupa masak dalam slow cooker. Tapi akhirnya anak taknak makan. Sediihhhhhhhhhhhhh sangat rasanya.

So semalam aku sikit merajuk, dah tak bekalkan bubur ke rumah babysitter. Tak…. bukan aku putus asa. Tapi aku tukar strategi. Balik keje petang semalam aku masak bubur untuk Zaim. Bubur + labu. Aku nak tengok, sejauh mana Zaim tanak makan. Tapi balik petang semalam, sungguh² plak dia tidur. Pukul 8pm lebih baru dia bangun. Bangun jer, aku ambil bubur & suapkan Zaim.

Wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh………… seronok dia makan. cap cap cap bunyi dia kunyah bubur antara lidah & lelangit. Haduiiiii, habis tu camno????? Nak salahkan sapa ni??? Betul ke Zaim yang tanak makan, atau taknak babysitter suapkan. Ada ker budak memilih camtu??

Ker babysitter yang tak pandai nak ‘ayat’ Zaim kasi makan? Betul, starting nak suap makan tu, memang lah dia refuse dulu. Kasi tappppp skit kat bibir dia biar dia rasa, then baru dia stay nak makan. Ada situasi yang tetiba dia macam dah tanak makan, tapi aku kerah jugak dia habiskan, puji² dia, pujuk² dia, cakap dia pandai makan, cakap sedapnya bubur, cakap itu cakap ini kat dia sambil suap dia. Akhirnya semalam habis licin!!

Sungguh aku runsing kalau situasi ni berterusan. Sebab budak seharusnya makan bubur waktu siang. Tapi kalau perkara ni berterusan, nampaknya aku terpaksa suap Zaim bubur waktu malam. Tak apa ke??

Sekian,
This entry was posted in Diary. Bookmark the permalink.

7 Responses to Kerisauan Melanda

  1. rasp says:

    ooppsss hurrmmm ntah ler…

    boleh jer kot bagi dia makan malam2…

    tak ingat dah ler….

    dah 5 tahun lebih kan xder baby hehehehehehe

  2. suriaamanda says:

    maybe dia x nak babysitter yg suap..dia nak mama jugak..budak2 zaman skrg pandai tau….

    • sw33tdarling says:

      babysitter dia mcm tak berusaha keras laa nak pujuk dia makan. Itu yang syaitan duk hasut kat telinga skang ni

  3. Dee says:

    mesti babysitter kau tu sua dua tiga kali terus ckp zaim taknak makan..kau bekalkanlah balik tp bgtau cara nak tackle selera zaim..kalau takleh gak, nampaknya malamlah kau kena bagi..huhu..tp weekend kau bagilah siang kot2 dia mau..

  4. sama macam anak aku si aisyah tue…kadang2 kat umah babysitter dia…habis bekalan bubur yang aku bagi..kadang2..dia cakap anak aku xmo makan…sama jugak ngan susu (EBM) yang aku bekalkan..kadang2 dia minum..kadang2 dia xnak…sedey tau..bila anak xmo makan…

  5. akubiomed says:

    Mungkin Zaim sudah kenal suapan tangan ibunya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: