Semalam ada borak² kat twitter pasal anak Pa’e mandi pukul 10.30am.. Bila tiba time tu, Ammara akan bersedia untuk dimandikan. Baby ni memang macam tu kan… Dia tahu apa routine dia sehari²…
Tapi Zaim lain pulak.. Dia punya waktu mandi pukul 8.30am. Kenapa lebih awal? Memang routine dia awal. Seminggu duduk hospital, tetiap pagi pukul 7 mama dia kena kejut dengan nurse suruh bangun mandikan anak. Dorang kasi semangkuk kapas dengan air. Lap ler badan anak dengan kapas tu…
Balik dari hospital, nenek tukang urut plak datang nak urut pukul 8pagi.. Sampai² jer terus mandikan Zaim dulu.. dah siap bagai kasi dia tidur baru urutkan mama Zaim. So routine tu melekat pada Zaim sampai sekarang. Tiba jer pukul 8.00-8.30pagi, dia mesti ternanti² kita mandikan dia..
Kalau dah bogelkan dia macam ni, dia tahulah nak kena mandi. Masa tu dia kan tunggu dengan sabar. Kebiasaan sekarang yang dah pandai meniarap, pantang baringkan atas katil sekejapan meniarap. Tapi bila nak mandi ni, elok plak dia baring jer terlentang dengan sabar… Cerdik kan anak² ni?
Zaman Zulfan dulu yang dijaga oleh babysitter, (Ika takde babysitter, dia ada kakak maid) pun aku biasakan dia mandi awal. Senang cerita, waktu pagi aku akan mandikan dia dulu sebelum hantar rumah babysitter. Babysitter Zulfan ada gak pelawa nak mandikan waktu pagi tapi aku cakap takpe, aku boleh mandikan.
Aku pernah terkena dengan babysitter Zulfan yang firrrrrrrrrrrrrrssst dulu. Satu hari tu, hari Jumaat rehat panjang. Aku kebetulan keluar ofis then dah ada area rumah so ingat nak balik rumah rest. Then aku pi jenguk Zulfan kat rumah babysitter nak bawak balik ler kan. Time aku pergi tu, babysitter tengah ada tetamu [ahli mesyurat tingkap tengah bertandang]. Dia tengah syiok berborak and Zulfan tengah elok duk diam tapi TAK MANDI lagi dari pagi. Still dengan baju tidur. Katanya anak aku baru bangun. Kalau pukul 12.30 belum mandi pagi, pukul berapa pulak nak mandi petang, kan?
Satu sebab lagi. Kebiasaan kita hantar anak mestilah dengan pampers yang kering. Bangun pepagi, tukar pampers dulu then baru hantar pi umah babysitter. So kalau datang babysitter yang rajen, pukul 8pagi or pukul 9pagi mandikan budak, so rasa macam membazirlah kan pampers yang baru ditukar, nak ditukar lagi. So demi menjimatkan duit laki, baiklah aku mandikan terus. Lagipun, anak memang dah terjaga. Lainlah kalau dia tengah lena tidur, kita nak kejut mandikan, rasanya tak sampai hati ler jugak…
So sama jugaklah macam Zaim. Aku bangun pukul 6.30pagi. Lepas uruskan budak² pergi sekolah pukul 7.30pagi, samada aku kemas rumah atau sambung rehat, pukul 8.30pagi mesti mandikan Zaim dulu. Dah siap dia baru aku plak yang bersiap² nak pergi kerja. Sampai rumah babysitter dah senang, dia terus sambung tidur.
Then petangnya, kalau dapat babysitter yang mandi cincai² pun, tak kisahlah. Sebab paginya kita dah mandikan anak dengan kepuasan hati kita sendiri.
Kalau pagi pun kita serahkan anak tak mandi, petang amik anak dah siap berbaju tidur, time bila kita nak membelai badan anak? Hujung minggu? 2 hari seminggu aku dapat belai badan anak, tak cukup rasanya. Itu pendapat aku. Jangan samakan pendapat aku dengan kemampuan korang plak ya…
Korang² yang rushing nak pergi kerja pagi², aku fahamlah kalau kesempitan waktu nak uruskan anak mandi pagi. Sebab nak mandikan baby kecil ni, bagi aku memang amik masa. So terpulang masing² dengan kemampuan diri sendiri. Kalau ada lebih masa pepagi, lagi bagus kalau dapat mandikan sendiri anak². Kita gosok, kita sabun.. Lagipun, seronok lah tengok muka anak yang happy main air dalam bath tab [ini jenis anak yang memang tak meraung bila kena air hehehehe]
Then time nak pakaikan baju pun penting.. time ni ler kita nak bersihkan hidung dan telinganya. Nak urut badannya untuk rangsangkan otak dan mood anak kita. Aku rasa, time mandi lah yang kita boleh pupuk extra kasih sayang kat baby by sentuhan tapak tangan ibu, tak gitu?
Tapi bila mandi petang plak, aku sendiri rasa lebih santai. Kalau Zaim dengan aku, mandi petang aku cuma mandikan dalam sinki. Mandi dengan air paip jer. Dah petang kot, cuaca pun panas. Tak perlulah nak ber-bath tab dengan air suam bagai. Kena ajar anak jadi tough skit… hehehe [padahal mak dah malas nak tadah air kau, nak]



Sama la kita sis.. Dah biasa mandikn anak2 awal. Kena pulak mak yg jaga dulu. Hantar jer dia pg2 mak terus bg mandi.
itulah.. orang yg ikhlas jaga dengan tak ikhlas ni lain kan.. orang ikhlas mmg tak selesa tgk budak2 tak bersiap
betul tu..kalau ada masa..mandikanlah siap2..tp anak2 aku alhamdulillah dpt bbsitter yg mmg rajin..so, xde problem sgt bab mandi2 ni..tp time mandikan baby mmg seronokkan..
eloklah zaim mandi air paip..tulang kuat..tp kalau pagi or masa hujan tetaplah kita mandikan dia ngan air suam kan..kita sure nak yg terbaik je utk anak kita..
insyaallah… aku ni nak kata manjakan anak sangat pun tidak.. nak kata tak peduli anak pun tidak.. hehehe
Ammara si anak kecil saya tu memang suka mandi..kalau nangis2 pun bila kita nak bogelkan dia untuk mandi, dia diam..lepas tu bila rendam2 sikit dalam besen lagi dia diam (suka). bila rendam kaki dia mula ‘mengayuh’ sikit2…
saya ingat nanti nak ajar dia berenang…awal sikit. bagus kalau anak ada kemahiran berenang…
kann bebudak yang suka mandi ni, dia akan menangis bila tiba time nak mandi.. pastu dia tahu, bila bukak baju maknanya dia dapat mandi yeaaayyy
setuju dgn pendapat sis tu..time mandi n siapkan anak2 tu lah masa yg paling berkualiti. time tu jugaklah nak tgk ada kesan lebam ke, parut ke..hehe
kan…
good point. sy x terpikir pon b4 this. tp mmg anta kt pengasuh b4 g skola, adik iffah dh wangi sgt.. bestler ‘mak’ dier cium2…
and babysitter pun akan rasa suka jaga anak kita…
Ramai ibu muda berkerjaya tak sempat mandikan anak sebelum hantar ke babyditter..tapi nak mekap ke kerja sempat pulak.. Sy pun latih anak mandi awal mcm akak
Ramai ibu muda berkerjaya tak sempat mandikan anak sebelum hantar ke babysitter..tapi nak mekap ke kerja sempat pulak.. Sy pun latih anak mandi awal mcm akak