Kenapa Suami Tak Mahu Isteri Berpantang Di Kampung?

Keeeer ramai jer sebenarnya suami yang lebih suka isteri berpantang di kampung sebab dapat ‘membujang’??

Sebenarnya, ini adalah satu isu buat aku yang sedang menanti saat² kelahiran.  Walaupun isu ni bukan pertama kali aku hadapi, tapi situasi kali ni betul² berbeza….

Waktu lahirkan Zulfan, kebetulan arwah abah sakit tenat dan aku pulak memang menanti hari sangat waktu tu… So kesempatan tu, aku ambil untuk beranak di kampung.  Ditakdirkan, arwah abah meninggal sebelum sempat aku lahirkan Zulfan.  Kebetulan aku dah memang ambil cuti awal supaya dapat menjaga abah, sekaligus aku sambung cuti sampailah lahirkan Zulfan.  So, aku memang beranak di kampung, berpantang di kampung.  Dalam waktu yang sama, menemankan mak yang mungkin dalam keadaan sunyi.  So kehadiran Zulfan sikit sebanyak dapat memeriahkan semula suasana rumah yang sedih di atas kehilangan arwah abah. Tapi genap jer 40hari, hubby dah datang kutip aku balik KL.

Waktu lahirkan Zulaikha, hubby awal² lagi dah sediakan aku maid.  So alhamdulillah, aku selamat bersalin dan berpantang di KL.. Mak dan adik² datang menemankan aku selama seminggu aja di rumah.  Selebihnya, hubby dan maid yang menjaga aku dalam pantang.  Waktu tu, Zulfan pun masih kecil.  So tak banyak karenah yang perlu di ambil berat.  Aku uruskan Zulaikha, maid pulak menjaga Zulfan sambil² sediakan makan dan minum aku.

And now……………………………

Aku dalam dilema… Kebetulan Rohmah berhenti, aku pulak dikurniakan rezeki.  Entah apa rahmat yang Allah nak bagi menduga aku macam ni.  Dalam keadaan payah, aku uruskan dua anak, rumahtangga dan diri yang dalam sarat.  Caci maki dari keluarga, aku telan je laaa… Nak buat macamana.  Tapi bila datang persoalan untuk berpantang, aku memang tak berani nak ambil risiko.  Hubby sibuk pagi petang siang dan malam.  Macam tak cukup tangan.  Aku mengaku, dia pun banyak membantu dalam soal rumahtangga terutamanya soal pakaian.  Dia yang ambil alih tugas membasuh baju dan menjemur.  Tapi setakat itulah sajer yang dia mampu.. selebihnya tak cukup masa.

Nak tanak, larat atau tak… aku laa ambil tugas² lain.  Mana nak jaga diri sendiri, mana nak jaga 2 orang anak.  Mana dengan dugaan takde keje so terpaksa ambil upah menjahit supaya dapat tampung perbelanjaan aku… Selagi yang termampu, aku cuba buat. [selagi mata boleh tahan tengok rumah bersepah ~ tapi setakat mana?]  Now, dah 2 minggu aku surrender.  Aku cakap dengan hubby, aku dah tak larat lagi nak duduk mengadap kain baju 3 bakul untuk dilipat.  Tenaga yang ada ni aku nak gunakan untuk abiskan saki baki tempahan baju.  Kalau siap awal, dapatlah berehat awal sebab aku memang dah tutup tempahan pun.  Nak membasuh pinggan dalam sink pun, sikit² mampulah aku.  Kalau dah bertambun, memang menyengat laa pinggang belakang ni… Badan yang sakit² pun, kandungan kali ni hubby jarang membantu nak urut atau sapu minyak.  Nak suruh pun kesian kat dia balik meniaga dah tengah malam, belum subuh dah terpaksa keluar.  Balik semula ke rumah pukul 7.30am ambil anak hantar ke sekolah.  Semuanya dalam keadaan terkejar².

So bila datangnya waktu berpantang nanti, aku memang tak mahu ambil risiko.  Bukan hubby taknak ambil maid tapi entah bila isu maid akan dapat penyelesaian dari kerajaan.  Hubby pun pernah sarankan, katanya akan upah isteri kawannya untuk menjaga aku dalam pantang tapi aku rasa tak selesa.  Ada orang cakap, dah namanya pun upah, suruh ajalah apa yang perlu.  Lain bezanya bila kita menyuruh orang yang kita kenal dengan orang yang kita tak kenal.

Mampukah dia datang ke rumah seawal 6pagi untuk uruskan budak² yang berdua tu bersiap untuk ke sekolah?  Walaupun dia mampu untuk datang pukul 6pagi, tapi boleh ke dia kejutkan budak² tu, mandikan dan siapkan mereka?  Sedangkan aku sendiri, macam² gaya dan pujukan aku kena buat saban hari.  Inikan pulak orang luar, orang yang mereka tak kenal..  Atau hubby sendiri yang uruskan budak² tu?  Bila takde keperluan, aku percaya dia boleh buat.   Tapi kalau dalam keadaan terpaksa, yang memerlukan dia bangun dan keluar ke pasar awal pagi untuk sediakan hidangan untuk customer, siapa yang kena ambil alih tugas tu?  Dah pasti aku kan??  Dan inilah RISIKO yang aku maksudkan..

Walauapapun, aku tetap tak faham kenapa hubby tetap nak pertahankan supaya aku berpantang di KL… korang, para suami boleh tolong jawabkan?  Manalah tahu, kot dengan jawapan korang aku boleh faham dan boleh pertimbangkan balik samada berpantang di KL atau balik kampung…

Sekian,
This entry was posted in Diary. Bookmark the permalink.

20 Responses to Kenapa Suami Tak Mahu Isteri Berpantang Di Kampung?

  1. cindyrina says:

    wah!!! memang dilema betul kali ni. Harap harap ada jalan penyelesaian terbaik yang aman. mudah mudahan insyallah!!! tawakal banyak banyak yek wak!!!

    • sw33tdarling says:

      rasanya dah dapat jalan penyelesaian.. hubby nampaknya dah lembut hati izinkan balik kampung

  2. wida says:

    suami akak nak tgk akak kat depan mata dia. trgnu – KL tu jauh jugak, maybe dia rasa leceh nak berulang-ulang. ika n zulfan pon kak angkut sekali..takut nanti dia rindu kat anak2 lagi..hehe.

    kak bincang lah baik2 dgn suami yer. insyaAllah..mesti ada jalannya.

    sy pon pening jugak memikir sape lah nak jg sy time pntng nanti..kalau dipikir-pikir, rasa nak nangis jer. tp tu lah..mungkin DIA nak uji kita kan.

  3. budak comey says:

    balik kampung wooooooooooooo.. mira boleh jaga, mak boleh jaga.. yeayyyy

  4. eliss says:

    eliss nak berpantang dirumah sendiri jugak kalau boleh nanti.. mungkin mak datang sekejap lah jaga :) berangan mcm kan dah mengandung aku ni..hehehehe

    • sw33tdarling says:

      hehehe…

      kalau takde anak berderet, takpe jer uruskan diri sendiri… tapi ini byk sangat \’kerja\’ kat dalam umah ni….

  5. yatie says:

    3 kali beranak 3 kali pantang sendiri suami jaga.dia nak semua depan mata senang ada apa hal dia ada.Yang no 3 penat sikit dulu no 2 aid ada, no satu hb jaga n takde anak lain lagi. yang no 3 kena jaga anakyg besar lagi. so hb tolong sesikit, ajar anak berdikari dan selebinya kitalah kena kuat dan buat. semoga ada penyelesaian untuk cik amy ye.

    • sw33tdarling says:

      kan kan kann.. yg penat tu yg takmo nak fikir tuu.. kang stress.. saya ni dah ler kurang sabar orang nyaaaa

  6. syana says:

    mcm suami aku dia xbg blk kg sbb dia tau isteri dia xbleh xnampak muke dia

    sbb kang aku stress takde tempat plak aku nak lepaskan amarah aku

    hehehe..

    aku rasa suami ko lg tenang kot bile anak isteri ade depan mata

    biar la dia susah kot mana pun..janji sume yg dia syg ade hari2 dgn dia

  7. Lyn Yusoff says:

    pd i, biarlah balik kg..

    ada ur mum n sis tlg jaga..

  8. Dee says:

    aku pun tak tau nak rekemen apa..kalau aku selesa berpantang di rumah sendiri..biar penat sekalipun..sbb aku dah biasa buat sendiri..tapi aku rasa diri sendiri je yg ada jawapan…

    • sw33tdarling says:

      situasi kita dan persekitaran kita mungkin berbeza.. kalau pun suka rumah sendiri tapi sebab situasi skang mmg tak mengizinkan.. kalau ada maid, dah lama aku proceed pantang kat KL jer…

  9. akubiomed says:

    Harap dapat jumpa jalan penyelesaian cara menguruskan Amy ketika pantang nanti. Moga-moga Allah permudahkan segala urusan kehadiran orang baru ini.

  10. pa'E faizah says:

    kalau ikut hukum mudahnya, balik bersalin kt kampung. angkut sekali ika & zulfan. takat sekolah tadika tu..cuti je la. akak dah kuat sket (lepas abis pantang) kalau hubby nk bawak blk ok la sket. sbb kalau semua pun kt KL dia jugak yg kalut ni. mmg la nmpk mudah je..upah org jaga tp tak lepas kita jugak nanti sebab benda depan mata. lgpun memudahkan urusan hubby akak jugak. takde la terkocoh2 ke sana sini. apa2 pun bincang la elok2 utk kebaikan bersama.

    • sw33tdarling says:

      betul.. kalau upah orang mmg tak ada penyudahnya jugak.. budak2 tuu kang last2 mintak akak jugak buatkan.. kang orang yg diupah tu, tolong tengok jer akak yg kena berhempas pulas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: