Semalam sempat tengok MHI TV3 sebelum pergi kerja. Kebetulan diorang bincangkan pasal masalah rambut dan menyelit jugak pasal keguguran rambut wanita selepas bersalin ni.
Selalunya, wanita selepas bersalin mengalami keguguran rambut yang kritikal sinonim dengan anak yang kononnya main air liur, atau kerap menyembur air liur. Hehehehe. Itu kata orang² tua lah! Sebenarnya, keguguran rambut wanita lepas bersalin memang perkara biasa selepas 3 hingga 6 bulan kelahiran. Gittewwww!!

Korang perasan tak, lately aku duk merungut pasal rambut gugur kat blog mahupun kat twitter dan sebab tu jugaklah membawa kepada keputusan untuk memotong rambut aku menjadi pendek. Yaaa dah potong pun tapi baru hari ni tahu rupanya itu memang perkara biasa dan tak perlu nak dirisaukan.
Sebenarnya, rambut wanita selepas bersalin yang gugur tu adalah ‘membayar hutang’ rambut yang tidak gugur ketika mengandung. Kat MHI tu ada tunjukkan carta tapi aku gagal nak cari carta yang serupa dengannya nak tunjukkan kat korang kat sini.
Nak bagi senang faham, rambut perempuan yang mengandung lebih kuat berbanding perempuan biasa. Jadi, selepas 3 – 6 bulan selepas bersalin, rambut yang sepatutnya gugur sewaktu mengandung dulu, akan gugur waktu ini bersama-sama rambut yang memang sepatutnya gugur. Sebab tu kita nampak rambut yang gugur sangat banyak dan kritikal. Tak perlu risau pun! Selepas 6 bulan, rambut kita akan kembali normal.
Apa kaitan pulak dengan anak yang bermain airliur?
ini bukan gambar Zaim tengah main airliur.
Lazimnya, umur bayi 3 bulan memang akan mengalami simpton airliur meleleh atau suka blow airliur. Takde kaitan kalau dia tak main airliur maka rambut maknya akan selamat dari masalah keguguran. Hehehehe.
Dari situ jugak, aku baru tahu sebenarnya rambut kita cuma boleh hidup maksimum 6 tahun. Selepas 6 tahun, rambut akan berhenti tumbuh maksudnya takkan panjang lagi dah. So bermakna, maksimum manusia normal yang boleh membela rambut panjang pun, setakat bontot jer. Kalau lebih dari tu, kurang normal laa kot maknanya?


mereka² yang tidak normal??
So takpelah. Tak risau dah sekarang. Potong rambut pendek pun takpe jugak, at least muda laa skit nampak muka tu.



hik3…… memang…
rambut gugur la… potong jer.senang….. jimat duit syampoo..hik3
aishhh…I yg tak mengandung dan tak bersalin ni pun rambut gugur mcm nak botak. Sikat rambut dari belah tengah ke belah tepi dah ni..lepas ni tak tau nak belah kat mana lak nih!
kalau masalah gitu, mmg u kena pergi buat treatment lah…
Baru tahu ia adalah perkara normal. Selalu orang tua kata begitu.
Ooo gitu rupanya. selama ni duk percaya ckp org2 tua, baby main air liur..rmbut gugur..haaai lah
6 tahun je? baru je nak berangan nak rambut macam repunzel… hehehe
kakakakaka xmenahan aku tengok gambar 3 dara pinggitan tue…scary mak nok….xlena aku tido malam
rapunzel tu lagik tak normal kan hahahahaha….
i pun banyak gak rambut gugur …..
sakit mata tengok lantai rumah kalo sehari tak sapu…
lepas sapu pun mesti ternampak ada nye….
kalo cuti sekolah lagi parah….
sbb tambah rambut anak2 dara i lak….