Sambung entry lepas, lepas check-out dari Tanjung Sutera Resort, Sedili.
Dalam cuaca mendung & sejuk selepas hujan renyai², kitorang mulakan perjalanan ke Nusa Jaya. Kengkonon nak pergi Legoland. Ehh memang betul² punya kengkonon sebab dari awal pun memang berniat nak berhenti amik gambar dari luar jer, nak eksen² kat korang kononnya kami dah jejak Legoland. So ada dalam 2 jam punya perjalanan, paksa anak² tidur dulu, kumpul tenaga [lagi sekali konon].
Inilah keadaan anak² dalam van sepanjang perjalanan percutian kami. Row pertama (driver) of course laa hubby. Ehh ada 2-3 kali gak aku amik job driver ni bila hubby nak lelap sangat. Tu pun time Zaim tengah lena tido. 2nd row from passenger, Zulfan concur. 3rd row, Zaim + penjaga khas dia (aku lah tu) and last row adalah Ika, syiokkkkkkkk punya lelap tu..
Rupanya sebelum sampai Legoland, kita akan jumpa JPO dulu. Hubby sound nak singgah, aku lagi ler suka!! Teringat entry Kakred katanya barang kat JPO not worth to buy sebab harganya tak semurah yang dijangka. So awal² dah pasang niat, takkan rambang mata kat sini. Setakat cuci mata cukuplah. Janji orang lain sampai, kita pun dah sampai jugak kat sini.
Tak sangkat sedondon pulak aku & hubby hari tu. Hiks.
Mari layan gambar skit, boleh?
Zulfan surfing
Lupa dah apesal minah ni merengek nangis. Buat bohlayan jeer.
Ehhh, itu jer gambar yang amik kat JPO?? Huhuhu.. Memang tak bergambar sangat pun rasanya sebab duk kalut dengan ramai orang, plus menolak Zaim dalam stroller yang kengkadang dia mintak dukung sebab bosan asyik terbaring jer. Pastu kalau bergambar pun semata² layan Zulfan jer.
Banyak gak kedai yang kami singgah masuk yang agak² mampu untuk kami tapi semuanya dah tertutup hati dengan terpahat kata² “Kat KL lagi murah kot”. Pastu ada gak masuk BodyShop sebab terpampang sale 50%. Boleh ler rembat minyak wangi kalau separuh harga. Tapi non-hado. Semuanya alat² kosmetik, penjagaan tubuh badan. So, boooooooooooooooo JPO! Hehehe
OK, lepas JPO terus ke Legoland. Humaaaaakkk aaiiii…………. Ramai gileeeeeeeeeeeeeer orang! Nampak kereta bersemut jer semata². Pusing punya pusing tak nampak pun tang mana signage Legoland tu. Last pusing nampak parking kereta tapi kalau nak menapak balik ke lobby, mahunya makan masa 15-20 minit. Plus dengan panas, so kita tengok dari kejauhan sajer laa. Tak dapat nak eksen konon dah jejak Legoland.
Tapi bila dah keluar ke highway baru nampak signage yang disohorkan. Pun nakkkkkkkkkkkk jugak amik gambar signage Legoland tapi kecik kelemut kat atas telinga Zulfan nun. Blur plak tu so, mission failed. Perut pun dah lapauuuu. Patah balik ke JB, nak menyinggah umah makcik pakcik di Bandar Baru Uda.
Tup tup ternampak Aeon. Berhenti kat sana makan KFC. No picture taken sebab memang semata² berhenti makan. Nak makan kat JPO sebelumnya pun dah penuh sangat food court plus mahal pun boleh tahan harganya. Tak berbaloi nak makan santai² nak tenangkan diri.
So dah kenyang perut suka hati. Hubby kasi up lagi dengan Donut Big Apple. Terus pecut umah makcik kat BBU, dinner kat sana lepak² kejap malam check-in kat umah sepupu area situ gak. Pepagi esok kitorang nak menyeberang, melawat pakcik yang jatuh sakit.



Johor pun dah ala ala spore.. sana sini mahal!
betul!
lenkali boleh singgah n masuk legoland tu kak..hehe.
sy pon x sampai lagi..hukhuk
wida, not advisable laa kalau ada baby kecik… memang panas terik yaaa hampun. Takde tempat berteduh langsung rasanya. Pun rasanya, nak berjalan dari parking ke kaunter tu pun dah penat, apalagi nak berjalan kat dalam tu…
syioknya leh baring2 dlm kete…
kalo leh, dgn kita2 skali nak baring hehehehehe…
i kalo singgah jpo saja jamu mata je sis…
memang tak shopping…
lum berkemampuan lah
….
kalau mampu pun, orang KL cam kita ni better cari kat KL jer kot. Plus, my cousin cakap old stock yang tak habis tu jer pi lelong kat JPO. ntahlaaa, macam2 spekulasi. JPO ni target market kat pelancong asing laa especially Singaporean laa paling dekat.
Kedua-dua tempat belum berkesempatan untuk pergi lagi.
Pergilah untuk menimba pengalaman. Dont expect much.. hehehehe.
xpelah nok..yg penting dh smpi..hehehe..
heheh betul….. so dah tahu rupa bentuk dia cemana, lenkali boleh pikir lagi 10x kalau nak pergi sana
saya pun hari tu jalan2 je kat jpo… nak membeli? tak mampu… cuci mata je.. tapi rasanya cukup sekali tu je kot.. hehehe
bukan tak mampu, tapi taknak bazirkan duit… kan?