Jangan Menipu

Tuesday, 10:00 am

Kong Ah-Jung adalah seorang pegawai kerajaan yang mempunyai personaliti yang comel dan bersikap jujur.  Selama ini, dia tidak pernah merasa tertekan untuk berumahtangga walaupun usianya hampir mencecah 30 tahun namun setelah bertemu semula bekas rakan sekolahnya yang berkahwin dengan lelaki yang pernah diminatinya, dia mula rasa menyesal kerana tidak pernah memikirkan soal kahwin.  Kerana berasa malu, tanpa sedar dia mengaku yang dia telahpun berkahwin.

Gosip menular dengan pantas di kalangan rakan-rakan sekolahnya dan tidak semena-mena Kyun Ki-joon, seorang usahawan muda dikaitkan dengan perkahwinan Ah-jung. Demi untuk mencari punca sebenar gosip ini, Ki-joon telah mencari Ah-jung dan meminta penjelasannya. Beberapa insiden telah berlaku sehingga memaksa mereka mengikat kontrak untuk menjadi pasangan suami isteri palsu.  Namun, dalam diam masing2 telah jatuh cinta.

Mulanya aku hesitate gak nak beli cerita ni sebab nampak heronya macam tak berapa nak hensem.  Memang aku tak pernah tengok hero ni kat mana-mana drama tapi aku beli jugak sebab knowing Yoon Eun-Hye yang memang pandai berlakon, apa salahnya layankan ajer…

Tapi, don’t judge a book by it’s cover!  Hero ni takde ler tak ensem langsung, ada gak daya tarikannya bila dah ngadap dalam cerita ni especially bila dia senyum, cuma…. hehehehe, macam ‘lembut’ skit walaupun watak dalam cerita ni sepatutnya dia seorang yang berkarisma… Ntah sengaja pengarah suruh dia acting gitu gamaknya nak kasi nampak cam kelakar… Walaubagaimanapun, cerita ni memang mampu buat aku tersenyum dan koyar (berangan) sorang2…. memang sweeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeet sangat especially bila dorang dah start feeling kat masing2….

star1star1star1star1star1  for Lie To Me!!!~

Sekian,
This entry was posted in Diary. Bookmark the permalink.

4 Responses to Jangan Menipu

  1. eLLy says:

    noks ko membuatkan aku mcm nak tengok jer cite nie.. acemner tu?

  2. dah terKOYA sama.. hishhhhhhhhhhhhhh, mcm i je perempuan tu.. hahahaha

  3. zahidahwahid says:

    haro tu berlakon dalam hong gil dong, coffee house, capital scandal… kekeke

    tapi dalam cerita ni serious macam lembut….

  4. akubiomed says:

    Isteri 2 kali ulang tonton di saluran Astro. :-)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: