Haram Makan Murtabak Atau Roti Canai Kalau….

Friday, 11:00 am

Hukum asal makan roti canai telor dan murtabak adalah harus . Apa yang menimbulkan masalah ialah apabila penebar roti canai atau murtabak, tidak membasuh telor yang digunakan. Ini kerana tempurung telur yang tidak dibasuh mengandungi najis (bercampur tahi ayam). Apabila penebar roti canai tadi memegang telor yang tidak dibasuh tadi, menyebabkan tangan penebar tadi bernajis, dan terus menggaulkan dengan tepung, dan secara langsung telah menggaul najis dalam roti canai ataupun murtabak.

Dinasihatkan juga kepada ibu, tukang masak dan sesiapa sahaja, apabila hendak menggunakan telor dalam masakan, hendaklah membasuh telor terlebih dahulu. Perkara ini sangat penting kerana makanan akan menjadi darah daging kita, jika darah daging kita dari sumber yang haram maka menyebabkan hati jadi gelap, malas buat ibadah, anak-anak menjadi nakal, mudah melakukan perkara yang dilarang agama, doa tidak diterima dan banyak lagi kesan makan dari sumber yang haram.

Dalam sebuah kisah yang terkenal. Suatu hari Saad bin Abi Waqqas bertanya kepada Rasulullah, “Ya Rasulullah, doakan aku kepada Allah agar aku dijadikan Allah orang yang makbul doanya.” Rasulullah menjawab: Hai Sa’ad! Baguskanlah makanan engkau nescaya adalah orang yang) diperkenankan permintaan, dan demi (Allah) yang diri Muhammad di tangan-Nya, sesungguhnya seorang hamba yang memasukkan sesuap makanan haram ke perutnya, tiada diterima Allah amalannya empat puluh hari (Riwayat Tobroni).

Dalam hadis yang lain Rasulullah saw telah bersabda: “setiap daging yang tumbuh daripada yang haram, maka nerakalah yang lebih layak baginya (Riwayat Tirmizi)”. Pastikan makanan kita bersih dan suci. Wallahu a’lam.

Sekian,
This entry was posted in Diary. Bookmark the permalink.

20 Responses to Haram Makan Murtabak Atau Roti Canai Kalau….

  1. bitt says:

    thanks 4 the riwayat..lepas pergi pasar…selain basuh ayam masuk peti sejuk terus basuh telur jugak..sebab kalau time masak tu takut tak sempat kan…

    • sW33tdaRLinG says:

      betul… i pun buat macam tu.. basuh siap2 telur, macam basuh pinggan tauu sebab selalu beli telur satu papan sekaligus.. so dah basuh masukkan dalam bakul, toskan.. dah kering baru masuk dlm peti ais

  2. Mak says:

    Jangan bimbang…. Bawak balik rumah aje… terus basuh dan cuci dengan sabun, lepas tu baru masuk dalam peti ais…. Insya Allah…, halal dimakan!

  3. eliss says:

    nampak remeh tapi kesannya besarkan… teringat pulak charu kuey teow penang telur dibasuh tu :)

  4. suriaamanda says:

    alamak…knp x tau sebelum ni…dah baper banyak masuk perut..after this kena alert la kan…

  5. payiet82 says:

    sib baik aku tak gemar makan murtabak mahupun roti canai. Pasnih kene bawak telur sendiri la gamaknya =(

  6. Lyn Yusoff says:

    mmg kat rumah sentiasa wat gini..
    basuh bersih2… then toskan…
    baru masuk dlm fridge.. mane yg nak simpan kat luar.. letak elok2 dlm bekas

  7. Juan says:

    setuju dengan entry ini, bila tgk murtabak rasa lapar la plak

  8. wida says:

    teringat kat ustazah sy dulu..mmg sia x makan makanan yang berasakan telur sebab tak yakin telur2 tu di basuh atau tidak.

    tp biasanya sy tgk jugak..kalau peniaga tu amik terus dr sarang telur tu, kemungkinan besar telur tu x di basuh lagi. tp kalau telur tu dah di letak dlm bekas lain..maybe peniaga tu dah basuh.

    sedap pulak tgk gmbr murtabak sis tu..hiks

  9. akubiomed says:

    Selalu dipraktiskan setiap kali membasuh telur.

  10. zahidahwahid says:

    kat rumah memang buat macam ni… tapi kat kedai makan tak sure diaorang buat tak…. last week baru makan roti canai….adoi!!

    • sw33tdarling says:

      yang kita was2 kan kat kedai laa punya.. agaknya ada tak yg prihatin nak basuh sebiji2 telur tu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: