Di Pagi Raya 2012

Monday, 11:30 am

Selalunya kalau beraya di KL, pepagi raya aku lah yang paling semput sebab kena bangun lagi awal dari subuh, siapkan itu ini bangunkan anak², mandikan dan siapkan anak²… Pastu nak siapkan diri sendiri lagi sebab nak kejarkan sembahyang raya kat rumah mak mertua, walhal bukan aku yang pi sembahyang pun…

Pagi raya tahun ni, kita tukar schedule since anak dah bertambah dan mungkin kegilaan juga akan bertambah kalau kita still dengan schedule yang lama.. So aku cakap kat hubby on malam rayanya, suruh siap² bawak balik rendang dan ketupat untuk alas perut pagi raya.. [konon nak masak sendiri ketupat & kuah kacang, apakan daya aku demam teruk petang raya tuu]

Planned menjadi.. aman dan damai teramat yang aku rasakan pagi raya tahun ni. No stressful.. Bangun pagi kejutkan Zulfan dan Ika. Hubby pun sama² bantu siapkan budak berdua tu. Tup tup Zulfan nak ikut pi sembahyang raya, Ika pun nak ikut sekali..

P1050605

For caption, sila alihkan mouse pada gambar ya….

So pagi raya cuma tinggal aku & Zaim kat rumah.. Sooooooooooooo peaceful!!~

Zaim pun belum bangun aku pun bikin spring cleaning lerr pepagi raya ni.. Kemas umah, menyapu siap mop lagi bagai.. Puas hati! Lepas tu packing bag nak balik kampung esoknya. Semua buat pagi raya, korang bayangkan… Orang sibuk beraya, aku sibuk nak mengemas umah kekekeke

Lepas dah bersantai siap dapat layan TV, hubby call cakap dah abis menziarah kubur arwah ayahnya, nanti dia balik amik aku nak bawak pi umah mak mertua. Biasanya, beraya di rumah mertua adalah sekadar berkumpul adik beradik ramai², makan juadah raya, dan sambut tetamu yang datang. Dan bila tetamu datang, aku amik port dalam bilik jer…

Sedih…….

Jangan ditanya mana gambar raya kami sekeluarga, non hado!!!~

Gini ler biasanya kalau beraya di KL, selalu dah sibuk² layan tetamu sampai lupa nak amik gambar family.. Selama beraya di KL, ada sekali jer dapat amik gambar family proper siap berframe lagi, ada gantung kat dinding umah… So sementelah takde gambar family, korang layan ler gambar syiok sendiri dalam bilik layan bebudak.

P1050608

P1050612

P1050621

P1050629

P1050634

P1050645

P1050686

 

Last but not least, penutup raya pertama tahun  ni, kita sudahi dengan…………….

P1050717

Tangan aku yang membengkak macam tangan orang gebu.. Kes elergik yang tak dapat aku kenalpasti sampai sekarang ni… Dalam beraya ni ajer, 3 kali aku kena kes bengkak² gini.. Pendekata, abis jer ubat dalam badan aku, bengkak tu mesti naik balik kat mana² part body aku yang dia suka…

Sekian,
This entry was posted in Diary. Bookmark the permalink.

16 Responses to Di Pagi Raya 2012

  1. wida says:

    amboi..sedondon ika n mamanya.cantik

  2. Mya says:

    heyyy gambar menetek zaim! LOL

    • sw33tdarling says:

      ini budak2 punya keje.. takpe, tak nampak so masih menutup aurat.. tapi kot² laa ada insan2 yang tetap boleh nampak walaupun tertutup, wat to duu

  3. akubiomed says:

    Alergik apa tuh sampai bengkak tangan.

  4. pa'e faizah says:

    kemain melebauuu senyum si zulfan

    • sw33tdarling says:

      menurun ehhh keturunan… laki aku kalau senyum pun melebaau jugak.. cuma takmo senyum jer..mahaiii

  5. yatie says:

    at least ada gak gambar sambil menetek youuuu….selamat hari raya awakkkk

  6. tudung hijau itu adalah cantik….

  7. atty says:

    cantik baju ika ngn mamanya

  8. zahidahwahid says:

    kenapakah ika muram je? tak nak senyum… zulfan melebar je senyum nya… kekeke

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: