Hehehehe nak buat pengumuman perasan skit…. Sila bagi laluan ya…!
Hubby a.k.a. suami saya telah mula berniaga sejak semalam, menumpang di kedai Ana Tomyam, Jalan Langkawi, Setapak…. Untuk gambaran jelas, boleh tengok gambar kat bawah ni…
Gambar di ambil pagi tadi (kedai tutup pepagi)… Tapi kalau tak jelas lagi kat mana lokasi sebenar kedai ni, tengok plak gambar kat bawah ni…
Haaaa… berhadapan dengan Melati Evergreen, kedai landskap. Atau lebih tepat di kawasan perumahan apartment dan kondo Teratai Mewah. Eyriqazz kalau tak tahu, sajer sangat lerrrr….
Hubby jual apa?
Dia jual nasi lemak dengan berbagai lauk, yang pasti di jamin sedap dan meletops… (pujian dari bini sendiri).. walaupun bini sendiri yang puji, sesiapa yang pernah rasa masakan hubby aku memang tahu ler cemana hasilnya…
So harap kawan² sudilah kiranya singgah di warung Ana Tomyam untuk merasa nasi lemak hubby ku… errr petang hingga lewat malam sahaja yaa….



Jom ramai-ramai kita serbu.
moh!~
owh bole try nanti ni
dekat sgt dah
kira area jajahan juga ni hehe
p/s : kt opis ada keje ksg x?
tgh carik keje ni
opis ni nak pindah bangi plak dah
alahai keje kosong… ai sendiri pun terumbang ambing ni haa… hehehehe
eh, jangan lupa datang makan nasi lemak yaaa!~
Insyallah boleh terjah kalau ada masa ni
duk sorang2 ni, elok ler makan kat kedai jerkk… hehehehe
dari LRT Gombak kena ikut arah Taman Melati la yek? x clear sgt laluan tuh… tp nnt i redah p yek
ko jangan ngengada cakap tak tahu.. ini laluan nak masuk ke umah akak jer.. kalau tak tahu, sajer sangat lerrr nak kena babap
okeh..depan umah eden je tu.. nanti eden terjahh……
baiklah… jangan lupa mention nama bini dia, mana tahu dapat diskaun ke special rate kerr
yup sye org gombak
hehee
insya Allah….
insyaAllah… datanglah yaaa
wah tahniah..apa lagi geng jom serbu..
erhmmm dpt diskaun tak?
mention laa nama saya kak… kot tokey murah hati nak kasi special price… hehehehehehe
Dah dekat umah TOKEY RIMAU… nak suruh dia belanja lalalalalala
baiklah.. sila serbu tokey rimau segera
Agak-agak ada delivery service sampai ke Kapar Klang tak…hehe..Insyallah akan try nanti kalau berkesempatan dan panjang umur..hehe
lom luaskan perniagaan delivery lagi.. kekekeke
alahaiiii jauh nau..
klu dkt wajib serbu.. hahaha
kalau2 laa tersesat ke sini, waktu malam dan perut pun lapar, silalah singgah
dpt diskaun tak ni? hahaha..all the best and semoga sukses kpd suamimu itu..
ko sebut nama aku, hembus skit2 mudah2an tokei baik hati nak kasi special price… hehehehe
kene panggil GTB buat review ne.heeee
hahahahaha kena pakat dgn tokei restoran tu laa…
dah serbu! sedap nasi lemaknya.. i like..
datang lagi….
errrmmmm insyaAllah akan ku terjah….
rasanya cam tau jer kat mana…
sis CNY nie buka kan….
nak gi time tu aaa…
rasanya bukalah kot tp malam jer yaa sis sebab kalau buka petang pun, lewat petang sangat.. so better datang malam laa
wahh, promosi nampaknya. hehe..
kalau bini tak tolong promote, sapa lagi.. hehehehe
saya dah try..memang sedap… i think saya lebih sukakan nasi lemak ni jika dibandingkan dengan nasi lemak mali’s corner….
haaa.. bini dia pun cakap benda yang sama… manalah tahu kot2 orang dah tak singgah mali’s corner kalau setakat nak makan nasi lemak.. kekekekeke
anyway terima kasih sebab sudi jugak singgah semalam!~
wah..confirm sedap ni!
insyaAllah sedappp
sall peminat Tom Yam, ni boleh, cuba, try. Bagi alamat penuh boleh?
alamat penuh.. alamak kalau bg direction sennag jer… dari simpang uptown danau kota, masuk ke jalan langkawi then teruuussss jer sampai nampak ana tomyam ni belah kiri
jom kita serbu ramai2