Day 2 Bangkok : Kanchaburi Promittr Studio

OK, perkara yang aku tunggu² untuk tunjukkan pada korang… Tak pasti semua orang tahu atau tak, tapi aku pun baru tahu.

Hari kedua aku di Bangkok, kitorang melawat set penggambaran filem King Naraesuan di Kanchanaburi. Perjalanan ke sana aja dah makan masa setengah hari. Duduk dalam bas 3 jam lebih. Sampai sana selepas makan tengahari. Oh, makan kat Bangkok adalah mahal yaaa… especially di restoran halal

Berbalik pada set penggambaran filem Naraesuan ni, sesapa tak tahu silalah google. Kisah zaman dulu. So set dan bangunan ataupun rumah pun adalah rekabentuk zaman dulu.

Silalah tahu bahawa mereka bina bangunan tiruan semata² untuk merealisasikan filem ini. Eh dah ada King Naraesuan 2 pun kalau tak silap.

281

Peta set penggambaran Promittr Studio. Aku galakkan korang buka link ni dah rasa sendiri semangat yang membara. Ngeh ngeh ngeh

 

287

Sebelum memulakan lawatan, kami diberi taklimat dulu serba sikit tentang tempat ni. Ia dibina oleh seorang berketurunan raja yang juga adalah bekas tentera. Dia telah menyewa atau memajak tanah di sini untuk jangkamasa 10 tahun kalau tak silap. Now masa sudah hampir tamat. Dengar² kata kerajaan nak ambil balik tanah ni.

So korang, kalau rasa gambar² aku ni menarik, bolehlah datang ke sini secepat yang mungkin sebelum tempat ini dilupuskan. Ya, lawatan dibuka untuk orang awam juga.

296

295

367

Rumah kampung lama. Katanya yang buruk memang sengaja diburukkan. Begitu juga yang runtuh atau kesan terbakar dan sebagainya. Memang sengaja direka bersesuaian dengan jalan cerita.

 

304

305

Korang percaya tak kalau aku cakap bangunan, tugu,  pagar, dinding² batu atau hampir keseluruhan senibina kat situ sebenarnya diperbuat dari foam?

308

Silalah percaya. Nampak serpihan yang dah pecah? Walaupun dah pecah, tapi masih keras dan utuh. Foam yang digunakan adalah sejenis foam yang paling keras.

Aku nak explain banyak² tak reti gak bab² penggambaran or architecture ni kan.. So layan gambar. Mana yang aku boleh explain, nanti aku explain.

311

313

318

319

Diorang ada explain kat location yang berbeza ni dalam jalan cerita King Naraesun tu. Tapi memandangkan aku tak tengok pun cerita ni sepenuhnya, maka sayangnya aku tak dapat nak dalami betul² tempat ni.

322

Scene pembakaran mayat

 

326

331

332

Yang gambar gelap tu macam kat dalam penjara. Takde orang masuk kat dalam tu tapi aku masuk. Hehehehe. Kata orang, kalau kita ambil gambar then ada nampak zarah² putih atau tompokan putih itu bermakna entiti.

 

333

347

350

351

 

Yang kat bawah ni pulak perkampungan cina yang jenis dah moden sikit.

358

359

362

 

Now perkampungan melayu Thailand. Nampak macam senibina melayu melaka tapi kalau diteliti betul², ada perbezaan pada atap rumah.

380

379

 

381

 

Ada di antara rumah traditional ni dibeli asli dan diangkat dan dipindahkan ke sini.

 

Dah abis lawatan, balik ke Bangkok semula.

 

Massage time……………………!!!~~

Sekian,
This entry was posted in Diary. Bookmark the permalink.

One Response to Day 2 Bangkok : Kanchaburi Promittr Studio

  1. akubiomed says:

    Dulu dengar ada cadangan hendak buat perkampungan filem di Melaka. Tak tahu apa jadi dengan cadangan tersebut?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: